Tag: #kebakarankereta

Kebakaran Kereta di Flat Sepakat Jaya

Kuching: Sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang diletakkan di tempat letak kereta di Flat Sepakat Jaya, Kuching musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku di sini malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Nurzainuldin bin Marzuki berkata, sebanyak sembilan anggota menggunakan sebuah Fire Rescue Tander (FRT) bergegas kelokasi setelah menerima panggilan pada jam 10.14 malam.

“Sebuah kereta sedang terbakar hampir 100% kita pasukan kami tiba,” katanya.

Jelasnya, pihak bomba mula membuat pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dan air dari tangki jentera tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya.

“Sebuah kereta Proton Waja dan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang diletakkan bersebelahan turut mengalami kerosakan akibat dari bahang panas,” katanya.

Tiada kecederaan dilaporkan dan oeprasi tamat pada jam 11.07 malam. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,”katanya ketika dihubungi.

-wiraalam-SA