Category: Umrah

Syarikat umrah terunggul Al-Zahabi sudah berada di Sarawak

KUCHING: Umat Islam di Sarawak yang berhajat menunaikan umrah mempunyai banyak pilihan menerusi syarikat yang berpengalaman luas dalam industri pelancongan.

Syarikat Al-Zahabi Travel antara yang berpengalaman selama 13 tahun dalam umrah dan ziarah mengembangkan sayap ke Sarawak menerusi beberapa pakej menarik yang ditawarkan.

Al-Zahabi Travel antara syarikat pelancongan yang berprestij dan terbaik di Malaysia memiliki lesen khas umrah berstatus muassasah.

Lebih menarik syarikat ini menjadi pilihan RTM TV1 bagi bersama-sama menjayakan Program Salam Baitullah 2019 Umrah dan Ziarah.

Pengurus Al-Zahabi Travel Cawangan Sarawak, Ustaz Adie Darul Hana berkata, lebih 30,000 umat Islam menunaikan umrah dan ziarah sejak syarikat beroperasi 13 tahun lalu.

Beliau berkata, syarikat mempunyai mutawif yang

terlatih dari Malaysia sedia memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Angka 13 tahun sudah cukup memastikan syarikat ini boleh dipercayai dan mampu memberi perkhidmatan terbaik.

“Saya tidak ragu-ragu membawa syarikat Al-Zahabi ke Sarawak kerana telah terbukti dari segi kemampuan serta perkhidmatan yang berkualiti diberi kepada pelanggan,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pakej yang mendapat sambutan hangat yang disediakan oleh Al-Zahabi Travel ialah Pakej Rakyat serendah RM3,990.

“Menerusi pakej ini, jemaah berpeluang pergi umrah dan ziarah selama 12 hari 10 malam,” katanya.

Selain itu katanya, pakej yang terbaru untuk jemaah pada September depan iaitu pakej Super Promosi yang berharga RM4,990 selama 12 hari.

“Pakej ini termasuk tiket penerbangan, takaful berkelompok, kursus umrah, visa umrah, air zam-zam, mutawif, sajian makanan (fullboard), badar wadi Rauha jamuan nasi arab dan sebagainya.

“Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Adie ditalian 016 7732165, 016 2884 165 atau menghubungi pejabat 01110305213 (Othman Sarbini),” katanya.

Beliau berkata, syarikat Al-Zahabi Travel akan mengadakan siri jelajah dengan kursus umrah percuma di seluruh Sarawak.