Category: Traffic Updates

KERETA HILANG KAWALAN LALU MASOK LONGKANG 😢

Sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki telah terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Miri-Pujut, Miri di sini sebentar tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika kenderaan pancuan empat roda yang dipandu berseorangan dari arah Pujut menghala ke pusat bandar, tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan dan terjatuh ke dalam longkang yang berair.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah PBK II Abg Muhammad Fhazil berkata, setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Mangsa dikenali sebagai Thomas anak Akin, 33, cedera ringan telah diberi rawatan awal oleh Unit EMRS Bomba seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat sekitar jam 9.34 malam.

SEDIH KERETA YG HILANG DIJUMPAI TERBAKAR 😢

Kereta Proton Waja yg dilaporkan hilang pada malam 16.05.19 (Khamis) telah ditemui terbakar berdekatan Kampong Sudat Kuching pada malam tadi.

Sewaktu ditemubual oleh pihak SE sebentar tadi,Dr Maria yg bekerja di HUS kesal sebab kereta kepunyaan ibu nya itu adalah satu2 nya kereta yg dia guna untuk turun kerja setiap hari.

Sejak kebelakangan ini,kes kecurian kereta dan rim2 kereta semakin menjadi jadi dekat kawasan car park HUS.

Kes kini dalam siasatan pihak polis.

TERKINI : KEMALANGAN NGERI DI SIBU ,KERETA PUTUS DUA

Sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki telah terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Ling Kai Cheng, Sibu di sini pagi ini.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika kenderaan yang dipandu melalui kawasan tersebut hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan. Kesan kemalangan tersebut telah mengakibatkan kenderaan yang dinaiki terputus dua.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah PBK II Shairulnizam Wailie berkata, setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki telah berjaya dikeluarkan sebelum pihak bomba tiba.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Sany bin Yusop, berumur 40 tahun cedera dan seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat sekitar jam 2 pagi.

-wiraalam-SA

DUA CEDERA DALAM KEMALANGAN KERETA YG BERTEMBUNG DI BINTANGOR 😢

Dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Tanjung Genting, Bintangor sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor PBK I Hasman Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 2.01 petang. Sebanyak tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Waja telah bertembuh dari arah bertentangan,” katanya.

Kedua-dua pemandu kenderaan tersebut telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi dan telah diserahkan kepada pihak ambulan bagi mendapatkan rawatan. Pihak bomba melakukan kerja-kerja pembersihan serpihan kenderaan akibat kemalangan dan operasi ditamatkan pada jam 2.40 petang, katanya di sini hari ini.

PEMANDU KERETA WARGA EMAS MAUT APABILA KERETA NYA TERBABAS DEKAT JLN KPG BATONG LAWAS PAGI TADI

KERETA yg dipandu oleh seorang warga emas, Lai Joon Shin 66 tahun hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dekat Kpg Batong,Jln Punang Limbang pada awal pagi tadi.

Menurut jurucakap dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, Pasukan Bomba Lawas yg tiba di lokasi kejadian telah mengeluarkan mangsa dari kereta.

Dan hasil pemeriksaan pihak ambulan,mangsa dikatakan telah meninggal dunia di tempat kejadian.Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.Operasi ditamatkan pada jam 9.20 pagi.