Category: TLDM

TLDM TAHAN 3 BUAH BOT NELAYAN ASING

Kota Kinabalu, 23 Mei 19 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya menahan 3 buah Bot Nelayan Asing dipercayai dari Vietnam lebih kurang 15batu nautika Timur Laut Stesen PAPA TLDM.

Bot nelayan bersama 33 orang awak-awak serta tekong itu telah ditahan oleh Kapal  Auxilary Bunga Mas 5 (KA BM5) pada 21 Mei 19 jam 1530H.

 

Pegawai Memerintah KA BM5 Kdr Banggau Anak Limbing TLDM berkata, bot tersebut telah dikesan menceroboh perairan negara dipercayai untuk melaksanakan aktiviti menangkap ikan secara haram. 

Siasatan awal mendapati kesemua awak-awak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah serta dipercayai warganegara Vietnam. Bot beserta awak-awak tersebut diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan lanjut.

TLDM dalam kenyataannya memaklumkan kejayaan penangkapan Bot Nelayan Vietnam tersebut adalah kali kedua selepas penangkapan di perairan Kuching yang lalu oleh KD TODAK.

TLDM akan meneruskan rondaan dan meningkatkan pengoperasian di kawasan tertumpu bagi memastikan perairan negara tidak diceroboh dan sumber maritim dicuri sewenang-wenangnya oleh anasir luar.

KD TODAK TLDM TAHAN BOT NELAYAN ASING

Kuching, 6 Mei 19 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya menahan sebuah Bot Nelayan Asing dipercayai dari Vietnam lebih kurang 60 batu nautika utara Kuching. Bot nelayan bersama 31 orang awak-awak serta tekong itu telah ditahan oleh Kapal Diraja (KD) TODAK pada pagi semalam.

Pegawai Memerintah KD TODAK Lt Kdr Ahmad Zaki bin Ismail TLDM berkata, bot tersebut telah dikesan menceroboh perairan negara dipercayai untuk melaksanakan aktiviti menangkap ikan secara haram. 

 

Siasatan awal mendapati kesemua awak-awak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah serta dipercayai warganegara Vietnam. Bot beserta awak-awak tersebut diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan lanjut.

 

TLDM dalam kenyataannya memaklumkan “Meskipun berada di bulan Ramadan kapal-kapal TLDMkhususnya di bawah naungan Markas Pemerintahan Armada Timur akan terus melaksanakan rondaan demi memastikan sumber ekonomi negara dilindungi serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara“.