Category: Tasik Biru

RIBUAN PENGUNJUNG BANJIRI TASIK BIRU

BAU:  Ribuan membanjiri sambutan Pesta Tasik Biru ke-60.

sambutan Tasik Biru pertama kali diadakan pada tahun 1969 dan telah memasuki edisi ke-60 untuk pesta tersebut. 

Semalam telah dirasmikan oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembagunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi. 

Menurut Adun Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep berkata, sepanjang penganjuran pesta tersebut, ia dinaik taraf dan disambut bersama ramai orang dengan meriahnya. 

Beliau turut berkata, peralatan dan kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak di Tasik Biru harus digunakan dengan sebaiknya oleh masyarakat. 

Antara program dan aktiviti dinanti-nantikan oleh orang ramai pada Pesta Tasik Biru ialah perlumbaan Jong Regatta.

Selain itu, acara seperti boat ride, e-sukan, gusti lengan, persembahan kebudayaan dan pentas rakyat merupakan sebahagian daripada pengisian program. 

PECAH TANAH PERASMIAN JAMBATAN TASIK BIRU

BAU: Projek Jambatan Tasik Biru bernilai RM1 juta sebagai mercu tarikan Daerah Bau pada masa akan datang.

Pecah tanah Projek Jambatan Tasik Biru dan Perasmian Pesta Tasik Biru disempurnakan oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi pagi ini.

Projek pembinaan jambatan pejalan kaki tersebut panjang 60 meter merentasi kolam tasik biru dijangka siap penghujung tahun depan.

Adun Tasik Biru, Dato Henry Harry Anak Jinep berkata, jambatan berkenaan bakal mengembalikan nostalgia Tasik Biru sebagai ikon pelancongan Daerah Bau.

“Jambatan ini sebagai tarikan kepada pengunjung yang mengunjungi Tasik Biru yang menjadi tumpuan pelancong,” katanya.

Beliau berkata, reka bentuk jambatan berkenaan bersamaan dengan jambatan di Daerah Waihi di New Zealand.

PESTA TASIK BIRU 2019

Persiapan berjalan lancar, jom berkampung ke Bau esok

BAU: Persiapan penganjuran Pesta Tasik Biru 2019 berjalan lancar. Jangan lupa bertandang ke Daerah Bau untuk menyaksikan Pesta Tasik Biru.

Adun Tasik Biru, Dato Henry Harry Anak Jinep hadir pada Majlis Raptai untuk melihat persiapan kelancaran Perasmian Pesta Tasik Biru dan Pecah tanah Projek Jambatan Tasik Biru di pentas utama tempat penganjuran Pesta Tasik Biru 2019.

Pecah tanah Projek Jambatan Tasik Biru dan Perasmian Pesta Tasik Biru akan disempurnakan oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi pada esok.

Pelbagai acara berlangsung iaitu pertandingan jong regata dan jong cantik yang popular di kalangan masyarakat tempatan.

Selain itu, turut berlangsung pentas rakyat dan persembahan kebudayaan, pertandingan Mr, Mrs Talent Bau Tasik Biru dan Zumba.

Acara jadi tarikan sukan rakyat, gusti lengan, pertandingan e-sports, Kasus Saberkas Tasik Biru dan Bau boat ride tour.

Program pengisian bagi memeriahkan Pesta Bau ialah jualan hasil tani, kraf tangan dan usahwan pertanian, pameran agensi kerajaan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Bau Anielia Sitam turut hadir pada majlis tersebut.

PESTA TASIK BIRU BERMULA JUMAAT HINGGA AHAD INI

BAU: Pesta Tasik Biru 2019 dijangka menarik 40,000 sepanjang tiga hari berlangsung bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Pesta Tasik Biru yang genap 60 tahun bakal menampilkan pelbagai aktiviti berbeza daripada tahun sebelumnya menerusi program yang dirancang.

Acara yang menjadi tumpuan ialah pertandingan jong regata dan jong cantik yang popular di kalangan masyarakat tempatan.

Pegawai Daerah Bau Anielia Sitam, merangkap pengerusi jawatankuasa pengelola Pesta Tasik Biru berkata, sambutan pengunjung dijangka meningkat 40,000 kerana penganjuran berlangsung sempena cuti sekolah.

Menurutnya, acara lain yang berlangsung iaitu pentas rakyat dan persembahan kebudayaan, pertandingan Mr, Mrs Talent Bau Tasik Biru dan Zumba.

“Pelbagai lagi acara yang berlangsung iaitu sukan rakyat, gusti lengan, pertandingan e-sports, Kasus Saberkas Tasik Biru dan Bau boat ride tour.

“Program pengisian bagi memeriahkan Pesta Bau ialah jualan hasil tani, kraf tangan dan usahwan pertanian, pameran agensi kerajaan,” katanya.

Semalam berlangsung program gotong-royong perdana di Tapak Pesta Tasik Biru.

Beliau berkata, antara objektif Pesta Tasik Biru 2019 ialah untuk mempopular dan mempromosikan Tasik Biru sebagai destinasi pelancongan serta memperkenalkan acara sukan air yang amat unik dan tidak terdapat di tempat lain.

Di samping itu, katanya, pesta ini diharap dapat menarik pelancong dari luar dan dalam datang ke Daerah Bau sekali gus meningkatkan pendapatan ekonomi masyarakat tempatan.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput datang beramai-ramai untuk menyaksikan Pesta Tasik Biru 2019.

Perasmian Pesta Tasik Biru dan pecah tanah Projek Jambatan Tasik Biru disempurnakan oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi pada petang Jumaat.

Majlis Pelancaran One Stop Committee (OSC) bagi menangani isu dadah peringkat daerah Bau disempurnakan Adun Tasik Biru, Datuk Henry Harry anak Jinep pada Sabtu.

Majlis penangguhan Pesta Tasik Biru disempurnakan Menteri Pelancongan, Keseian, Kebudayaan Sarawak Merangkap Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Ahad.