Category: Subis

SARANG DADAH DI MIRI DAN SUBIS DIGEMPOR : 41 PENAGIH DI TAHAN

MIRI. : Seramai 41 lelaki termasuk seorang wanita ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dalam satu operasi Perdana AADK Daerah Miri di kawasan OSC MIDS Daerah Miri Dan Subis dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Penduduk (JKP) dan RELA. Operasi bermula 25 Oktober dan berakhir hari ini.

Ketua AADK Miri En Mazlan Bin Jikran berkata daripada 51 orang suspek yang diurin 41 orang suspek berusia antara 16 hingga 50an didapati positif dadah jenis Methamphetamine @syabu dalam saringan awal ujian urin.

Menurutnya, operasi tersebut dilakukan di kawasan daerah Miri 25 – 28 oktober 2019 melibatkan kawasan Tudan, Senadin, Permyjaya, Pujut Adong, Pujut Padang Kerbau, Kg. Wireless dan kawasan Taman Tunku.

Operasi diteruskan di kawasan Daerah Subis bermula 28-30 Oktober 2019 melibatkan kawasan Simpang Bekenu Lama, Kampung Subak Dan kawasan Suai Niah.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

Fakta menarik:

Dua orang OKU berumur 18 – 27 tahun positif dadah Jenis syabu. Keluarga menafikan anak mereka terlibat dengan dadah dan akur apabila keputusan ujian saringan diperolehi.

Kehadiran penguatkuasa AADK mengejutkan seorang penagih berumur 24 tahun berniat membawa lari tong gas daripada rumah untuk dijual semasa ahli Keluarga sedang tidur.