Category: Sri Aman

PENUMPANG WANITA TERCAMPAK KELUAR MANAKALA PEMANDU LELAKI TERSEPIT : KEDUA2 MANGSA MAUT DLM EKSIDEN DI JLN SERIAN SRI AMAN MALAM TADI

Sebuah kereta hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dekat Kpg Semukoi A ,jalan Serian Sri Aman pada pukul 9 malam tadi.

Komander Operasi membuat size up dan didapati ada seorang mangsa lelaki terperangkap di bahagian hadapan tempat duduk dan seorang lagi mangsa seorang wanita telah tercampak keluar dari kereta .

Pihak Bomba seterusnya menggunakan alat Rescue tool untuk mengumpil pintu kereta, dan dalam tempoh 9 minit mangsa lelaki berjaya di keluarkan.

Kedua- dua mangsa telah meninggal dunia dan disahkan oleh Pegawai Perubatan dari hospital Serian.

RH ANNIE SEMAWA HULU, JALAN PANTU TERIMA BANTUAN WANG IHSAN BENCANA

SRI AMAN, 15 Julai 2019. Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan ( Kes Kebakaran Rumah Panjang ) Rh. Annie Semawa di Daerah Kecil Pantu, Sri Aman yang berlaku pada 27 Mei lepas. Seramai 12 Ketua Isi Rumah (Pintu) telah menerima sebanyak RM 6,000 masing-masing mendapat RM 500 setiap keluarga.

“Pegawai Daerah berkata, Bantuan ini adalah daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang mana ianya diuruskan oleh Angkatan Pertahanan Awam selaku sekretariat pengurusan bencana di peringkat negeri, bahagian dan daerah. Bantuan ini disalurkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana kebakaran rumah panjang”

“Tuai Rumah Annie pula mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan negeri dan persekutuan yang sentiasa memberi bantuan di kala kami semua ditimpa musibah. Bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat telah kami terima dan bantuan bahan mentah untuk membina sementara rumah kami sebanyak RM 5,000 setiap pintu akan disalurkan pada masa terdekat.”

Majlis penyerahan tersebut telah diadakan di Pejabat Daerah Sri Aman dan disempurnakan oleh Tuan Mohd Ashree Wee, Pegawai Daerah Sri Aman. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Mej (PA) Ismail bin Mahedin, JPBN Sarawak dan Kapten (PA) Siti Huzaimah binti Ibrahim Sekretariat JPBB Sri Aman.

#sekretariatJPBNSarawak

LUPA PADAM KAN API KETIKA MEMASAK AIR DI DAPOR ,RUMAH TERBAKAR

Kebakaran di Taman pasir panas Sri Aman.

Kebakaran berlaku pagi ini. Rumah tersebut dimiliki tokey mee di pasar tamu MDSA lama.

Menurut jurucakap APM Daerah Sri Aman,Kapt (PA) Siti Huzaimah Bt Hj Ibrahim ,”penyewa yang tinggal rumah tersebut beliau sedang memasak air didapur dan terlupa untuk memadam dan terus keluar rumah untuk ke pasar.Jiran disebelah rumah mendengar bunyi letupan yang kuat dan melihat api serta asap tebal di bahagian dapur rumah tersebut terus bergegas mendapatkan bantuan dan memaklum kepada beliau”.

Pasukan penyelamat daripada APM, PDRM, JPBM berjaya membantu memadam api dan keadaan terkawal sepenuhnya pada pukul 8.30 pagi dan tiada kemalangn jiwa yang berlaku.

Info maklumat: Abg jeff jiran mangsa dan APM Sarawak.

Arfathma Abadi

LORI TRELER BERTEMBONG DGN LORI 3 TAN DI SRI AMAN

KEMALANGAN melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah trailler pengangkut yang membawa kobe bertembung dengan sebuah lori 3 tan.Kejadian berlaku dekat jalan Kampung Punggu Dadak Sri Aman pada pukul 12.35 tengahari tadi.

Tiada mangsa yang tersepit dilaporkan. Mangsa yang cedera telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak Bomba.

Pasukan Bomba membuat pemantauan menyeluruh untuk memastikan tiada lagi mangsa yang seterusnya berada didalam kenderaan. Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Sri Aman menggunakan ambulan hospital.

NUKUK BEDOK PADA MALAM RAYA AIDILFITRI DI KPG PULAU SEDUKU SRI AMAN

Beduk ditukuk atau di palu menandakan waktu solat telah tiba biasa kita dengari. Namun lain pula di Kpg Pulau Seduku, Sri Aman Sarawak dari tahun 1930an hingga kini. Beduk ditukuk untuk meraikan malam hari raya pertama. Kebiasaan ditukuk selesai solat Isyak sehingga pagi raya. Golongan tua, dewasa kanak-kanak saling berebut nak menukuk beduk.

Namun sejak peralihan zaman budaya menukuk beduk makin pupus ditelan zaman. Malah nada atau irama paluannya tak seindah dulu. Malah ramai yang tak tahu menukuk beduk masa kini.

Sejak penduduk Pulau Seduku dipindahkan ke penempatan baru Agropolitan Pulau Seduku,budaya menukuk beduk makin hilang dihati mereka. Mungkin faktor perubahan zaman menyebabkan golongan generasi baru lebih suka dengan budaya baru meraikan malam raya. Kalau dulu malam raya wajib nukuk beduk. Namun kini diganti letupan mercun dan bunga api.

Namun Haji Sulaiman bin Endeng dan beberapa orang generasi tua masih mempertahankan budaya menukuk beduk. Golongan belia pun ada mencuba tapi tak seindah dan seirama paluannya. Bagi saya budaya menukuk beduk harus dikekalkan agar generasi akan datang kenal budaya kaum mereka.

Beduk Masjid Pulau Seduku ini wujud puluhan tahun dahulu. Beduk ini dibuat menggunakan batang kayu sebesar dua pemeluk dan mula dibuat dalam tahun 1930an. Manakala kulit lembu disimpei menggunakan rotan dipermukaan lubang kayu balak yang telah dilubangkan. Kemudian ditala dengan bongkahan kayu kecil untuk menghasilkan bunyi yang merdu dan mantap.

Bagi saya budaya menukuk beduk di malam raya harus dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang.

Arfathma Abadi

Indahnya budaya kampungku.

KELITAK @LELITAK MAKANAN EKSOTIK DARI SARAWAK

Kelitak atau lelitak makanan eksotik kaum Iban di Sri Aman. Semangkuk kelitak dijual dengan harga RM5.00 di pasar tamu Sri Aman dan di Pekan Lachau harganya RM6.00 semangkuk. Tahukah anda bagaimana kelitak diperolehi. Jom kita rungkaikan bersama.

Pengalaman saya di malam raya ketiga. Saya terserempak dengan sepasang suami isteri pencari kelitak berasal dari kampung Empelanjau Sri Aman. Menurut beliau dan isteri selalu mencari kelitak di kawasan rumah saya hingga rumah Razali dan ke Loji Tangki Air di kampung saya.

Pada mulanya uncle dan isterinya malu nak mencari kelitak di kawasan rumah saya. Bila melihat saya ada di rumah. Namun saya menyapa dan turut serta mencari kelitak bersama beliau. Saya berterus terang dengan beliau saya ingin menulis pengalaman mencari kelitak sebagai satu pengalaman yang baru bagi diri saya.

Menurut uncle kelitak aktif di malam hari. Kelitak banyak di kawasan tanah yang lembab tapi kurang di kawasan tanah yang berlumpur (licak bahasa kpg). Lebih tepat kawasan tanah yang dibanjiri air masin disitulah banyak kelitak. Terbukti kata uncle benar bila saya turut serta mencari kelitak malam ini. Bila siang ianya hilang entah kemana.

Menurut uncle lagi dia dan isterinya mencari Kelitak malam ini untuk dijual kepada penduduk kampung Empelanjau yang nak balik ke Bintulu esok hari. Saya juga sempat bertanya kepada uncle kelitak sedap dimakankah uncle? Jawap uncle kelitak lebih sedap dari daging ayam. Menu masakan dari kelitak boleh dibuat kari, masak kicap dan pelbagai. Terliur saya mendengar.

Mencari kelitak walaupun tak sukar namun terdedah dengan bahaya seperti terserempak dengan binatang berbisa seperti ular kata uncle. Sebab itu dipinggangnya terselit parang dibawa bersama untuk keselamatan.

Uncle juga meluahkan isi hati kepada saya. Selain berkebun, mencari kelitak adalah mata pencarian sampingan beliau dan isteri. Faktor usia dah tua beliau tak mampu berkerja dengan kompeni. Jadi dengan hasil mencari kelitak inilah untuk meneruskan kelangsungan hidup untuk membeli kopi dan gula jadilah kata uncle.

Alhamdulillah hasil malam ini saya, uncle dan isterinya mendapat lebih kurang RM30.00 keatas. Bila beliau hendak pulang saya mempelawa uncle dan isteri jalan raya ke rumah saya namun mereka berdua menolak ajakkan saya kerana pakaiannya kotor. Namun saya bekalkan kueh raya untuk dibawa pulang malam ini.

Selamat hari raya jang kata uncle dan isteri. Selamat Ari Gawai uncle untie. Saya turut berpesan jika nak cari kelitak cari sahaja kat kawasan rumah saya. Jangan takut. Hati hati uncle untie. Bye

Arfathma Abadi

Rezeki Allah itu luas