Category: Sport

Gol Cantik Kompany Kembalikan Man City ke Puncak Liga

Manchester City selangkan menuju gelaran juara setelah berjaya menumbangkan Leicester City dengan kemenangan tipis 1-0 dilaman sendiri.

Serangan tanpa henti dilakukan Raheem Sterling pada minit babak pertama ke pertahanan Leicester namun belum ada peluang menghasilkan gol.

Memasuki minit ke-32, City hampir saja unggul ketika bola hasil sepak cantik Sergio Aguero. Namun bola berjaya ditepis Schmeichel dari menerjah gawang.

City mengandakan serangan ke gawang Leicester, namun tiada gol yang tercipta hingga tamat babak pertama.

Kembali separuh masa ke dua, City terus mendominasikan perlawanan dan masih buntu untuk menghasilkan gol. Keadaan ini telah membuat Pep Guardiola melakukan perubahan dengan memasukkan Leroy Sane untuk menggantikan Phil Foden.

Ilkay Gundogan memperoleh peluang ke emas untuk membawa City memimpin perlawanan namun sepakan kuat dari luar kotak penalti tidak menepati sasaran.

City akhirnya memecah kebuntuan hasil dari gol cantik Kompany pada minit ke-70. Sepakan kencang yang dilepaskan dari jarak 25 meter gagal diselamatkan Schmeichel.

Iheanacho pun mendapat peluang emas untuk menyamakan kedudukan dalam minit ke-87, sayang percubaannya jauh dari sasaran. Jaringan 1-0 untuk kemenangan City bertahan hingga tamat masa perlawanan.

https://youtu.be/_p1mkKCpdeo

-wiraalam-SA

Esports: YB Datuk Sebastian Ting Usul dan Cadang Perkasa Sukan Elektronik Sarawak

Kuching: Pada 2 Mei 2019, YB Datuk Sebastian mencadang Sarawak untuk mempertimbangkan untuk membina “Esports Centre” di Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu bagi memastikan industri sukan elektronik dapat berkembang di Sarawak.

Selain daripada itu, industri sukan elektronik juga memberi manfaat kepada ekonomi Sarawak dimana sukan elektronik bertaraf antarabangsa dapat membantu pelbagai sektor di Sarawak terutamanya sektor pelancongan, pemasaran, hotel dan “Foods & Beverages”.

Berikut adalah video dalam persidangan DUN Negeri Sarawak Ke-18:

Esports: Pertandingan Esports Miri Mendapat Sambutan Hangat

Miri: Hobiz Innovation bersama dengan Bintang Megamall dan Be-Com telah menganjurkan pertandingan Mobile Legends Mini Tournament Siri 1.

Pertandingan ini mendapat sokongan penuh oleh Sarawak All Stars E-Sports dan pertandingan tersebut telah sertai oleh 41 pasukan ataupun 205 perserta datang daripada seluruh Miri. Pertandingan tersebut di adakan di “Dedicated Esports Arena” di Bintang Megamall Miri, 2019.

Menurut Hobiz Innovations, hadiah terkumpul bagi pertandingan ini adalah sebanyak RM3,000.00 (Tunai) dan 19,000 Diamonds (In Game Money).

Selain daripada itu, tujuan utama penganjuran ini adalah untuk memperkenalkan “Esports Arena” terbaru di Miri dan dijangkakan kawasan tersebut akan menjadi tumpuan penganjuran Esports di Miri.

Dengan adanya “Dedicated Esports Arena” di Miri, diharap sukan elektronik di Sarawak dapat berkembang dan segala penganjuran sukan elektronik dapat di adakan di kawasan yang telah di sediakan oleh Hobiz Innovations & Bintang Megamall.

Pihak Sarawak Edition mengucapkan tahniah kepada Hobiz Innovations, Bintang Megamall dan Be-Com kerana telah berjaya menganjurkan sukan elektronik di Miri dengan sokongan padu daripada Sarawak All Stars E-Sports.

Esports: Program Sukan Elektronik Untuk Komuniti

Kuching: Pada 28 April 2019, Sarawak All Stars E-Sports telah mengadakan pertandingan PUBG Mobile.

Seramai 200 peserta dan lebih daripada 50 pengunjung telah hadir untuk menyaksikan pertandingan yang di adakan oleh SAS.

Menurut SAS, program yang di adakan adalah berkonsepkan komuniti dan lebih focus kepada perkhidmatan kepada masyarakat menerusi penganjuran sukan. Diantara aktiviti yang di jalankan dalam program tersebut adalah pertandingan PUBG Mobile, permainan terbuka (Fifa 2019, Tekken, Pro Evolution Soccer) dan menonton movie.

Dalam pertandingan tersebut, sebanyak 5 pasukan telah memenangi hadiah dan berikut adalah senarai pemenang yang memenangi pertandingan tersebut:

Champion: SarXBravo RM300 + RM300GG

1st Runner Up: SoulXHunter RM200 + RM200GG

2nd Runner Up: Psychopath Game RM100 + RM100GG

3rd Runner Up: Xcomunicado RM50

4th Runner Up: AnarqiGaming RM50

Menurut SAS, aktiviti seperti ini akan di adakan setiap bulan dan program seterusnya adalah pada bulan ramadhan. Penduduk sekitar Kuching di jemput hadir untuk memeriahkan program komuniti seperti ini untuk memastikan kesinambungan sukan elektronik dan mengekalkan kesejahteraan rakyat menerusi sukan.

Sarawak Edition mengucapkan tahniah kepada pemenang dan diharap program berteraskan komuniti ini dapat diteruskan demi rakyat.