Category: Simunjan

PERHIMPUNAN BULANAN(NOV 2019) IPD SIMUNJAN

Simunjan, 14 hb November 2019

Perhimpunan Bulanan (November) Peringkat IPD Simunjan Tahun 2019 telah diadakan pada 14 hb November 2019 (Khamis), jam 0730 hingga 0915 Hrs bertempat di Perkarangan IPD Simunjan.

Perhimpunan diketuai oleh YDH DSP Merbin Ak Lisa, Ketua Polis Daerah Simunjan dan kehadiran seramai 9 Pegawai Kanan Polis, 53 Pegawai Rendah Polis dan 17 Pegawai Awam PDRM IPD Simunjan.

Perhimpunan ini merupakan Perhimpunan Bulanan IPD Simunjan buat julung kali bagi YDH DSP Merbin Ak Lisa setelah melapor diri pada 25 Oktober 2019 sebagai Ketua Polis Daerah Simunjan.

Antara amanat yang disampaikan oleh YDH KPD Simunjan ialah menyeru semua warga IPD Simunjan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta perlu meningkatkan imej PDRM secara keseluruhannya dan berusaha sedaya upaya memastikan jenayah khasnya jenayah indeks berkurangan.

Beliau juga akan merangka program IPD Simunjan bersama masyarakat setempat, PBT dan NGO bagi mendapatkan input dan kerjasama ‘’ win – win situation”.

Mengingatkan warga IPD Simunjan agar tidak ada kompromi jika terlibat dengan gejala jenayah, dadah, disiplin termasuk menyeru warga IPD Simunjan agar mengekalkan dan mengembalikan imej yang baik, berintegriti dan memiliki sifat mulia sebagai penjawat awam seperti amanat YDH Ketua Polis Negara di dalam “ Delivery Service ” kepada masyarakat.

Mertabatkan PDRM khasnya IPD Simunjan ‘ to be good governance ‘’ melibatkan penampilan serta penugasan setiap warga.

Kebersihan serta keselamatan IPD Simunjan perlu dipertingkatkan dan diutamakan.

Barang kes khasnya melibatkan kenderaan hendaklah disusun teratur dan dijaga serta diproses mengikut undang – undang dengan dengan kadar segera.

DSP Merbin Ak Lisa juga menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, dan Pegawai Awam di atas Pemakaian Pangkat ( Pengesahan Jawatan ), Kenaikan Pangkat serta Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) bagi tahun 2018.

Disediakan :

Sarjan Mejar Abdul Majid Bin Abdul Hamid

Hal Ehwal Awam IPD Simunjan

KELAB BELIA BERSATU SAGENG BOLOT RM20,000.00

KUCHING: Kelab Belia Bersatu Sageng dinobat johan Pertandingan Pintu Gerbang Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M peringkat Daerah Simunjan.

Dengan kemenangan itu, Kelab Belia Bersatu Sageng menerima wang tunai RM20,000 dan piala.

Manakala, naib johan dimenangi JKKK Kampung Sageng Sabal yang nenerima RM15,000 dan Kelab Kebajikan Sageng Sabal tempat ketiga (RM10,000).

Tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi oleh Pemuda N.25 Simunjan (RM5,000) dan Surau Darul Iman (RM5,000).

Sebanyak 12 pasukan menyertai pertandingan pintu gerbang terbuka untuk kawasan Dun Simunjan.

Hadiah disampaikan oleh Adun Simunjan Awla Dris dan Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri.

Wakil Pusat Khidmat Dun Simunjan, Mohd Zaini Morshidi berkata, objektif pertandingan ini dianjurkan bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M peringkat Daerah Simunjan.

“Dengan adanya pertandingan ini nanti dapat mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta dan dapat mewujudkan suasana kerjasama masyarakat setempat.

“Di samping itu pertandingan ini adalah bertujuan mengimarahkan lagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Simunjan.

“Pertandingan yang diadili selama tiga malam dapat menarik perhatian masyarakat setempat hadir di Padang Sentral Simunjan bagi memeriahkan pertandingan tersebut.

“Pertandingan buat tahun yang kedua ini sangat meriah dan disertai kebanyakan daripada belia kawasan Dun Simunjan,” katanya.

EKSIDEN : DUA KERETA BERTEMBUNG DI JLN GEDONG SIMUNJAN 😢

NAHAS jalan raya melibatkan pertembungan sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah Proton Saga FLX di Jalan Gedong Simunjan pagi tadi mengakibatkan kedua-dua pemandu cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mat anak Undek berkata, seramai enam anggota diketuai oleh PB Awang Johari dikerahkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 7.41 pagi.

Menurut sumber, kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu Nordin bin Asban, 33 yang dari arah Simunjang ke Gedong bertembung dengan kereta Proton Saga yang dipandu oleh seorang guru Kertinah binti Deni, 43 dari arah bertentangan,”katanya.

Jelasnya,kedua-dua mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Pihak ambulan telah memberi rawatan awal kepada kedua-dua mangsa dan kemudiannya membawa mangsa ke Hospital bagi mendapatkan rawatan,katanya.

-wiraalam-SA