Category: Simanggang

AADK TAHAN 9 PENAGIH SYABU DI SIMANGGANG

SIMANGGANG, 29 Oktober 2019 – AADK Daerah Simanggang dan AADK Negeri Sarawak telah menjalankan Ops Perdana di beberapa kawasan di sekitar Simanggang yang disyaki terlibah aktiviti penagihan dadah.

Seramai 13 individu pelbagai bangsa telah diperiksa dan diarahkan menjalani ujian saringan awal air kencing.

Hasilnya, 9 lelaki daripadanya didapati positif dadah jenis Syabu berumur antara 19 sehingga 40 tahun. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah