Category: Sibu

3 BUAH RUMAH RANAP DIJILAT API DI KPG BAHAGIA JAYA SIBU AWAL PAGI TADI 😢

Sibu: Tiga rumah papan di Lorong Bahagia Selatan 5A, Kampung Bahagia Jaya, Sibu di sini, hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, api memusnahkan 100 peratus rumah, manakala penghuninya sempat lari menyelamatkan diri.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 02.51 pagi sebelum menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi bersama bantuan daripada BBP Sibu dengan kekuatan 16 anggota bersamadua buah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah kenderaan utiliti Hilux.

Menurut Ketua Zon 4, Penguasa Kanan Bomba II Wan Kamarudin bin Wan Ahmad berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati api sedang marak memusnahkan ketia-tiga rumah jenis tidak kekal itu.

“Kita menggunakan dua aliran 300 kaki dan 3 nozel bagi mengawal serta memadamkan kebakaran yang berlaku dan kebakaran dapat dikawal pada jam 03.20 pagi.

Jelasnya, kesemua 20 penghuni yang terjejas kini menetap sementara di rumah sanak saudara berdekatan sementara menunggu bantuan tiba.

“Operasi tamat pada jam dan punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami penghuni masih lagi dalam siasatan,”katanya ketika dihubungi.

PEMANDU LORI MAUT KENA SERANGAN JANTONG : EKSIDEN DEKAT JPJ JLN SIBU BINTULU

Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbabas lalu merempuh tiang lampu dan pembahagi jalan selepas mengalami serangan jantung berhampiran dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jalan Sibu Bintulu di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, Jeffery anak Jiek, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu, di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sarawak, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohamad Asnan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi kejadian.

Pihak Bomba mengeluarkan mangsa dari dalam lori berkenanan dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak Polis,”katanya.

Jelasnya lagi, menurut sumber lori yang dipandu hilang kawalan selepas mangsa mengalami serangan jantung dan gagal mengawal kenderaannya.

Tambahnya lagi, tiada kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Operasi ditamatkan pada jam 4.50 petang, katanya ketika dihubungi.

-wiraalam-SA

WANITA NYARIS MAUT KERETA GUGOK KE DALAM GAUNG😢

Seorang wanita nyaris maut, selepas kenderaan yang dipandu terlibat dalam kemalangan kendiri di Batu 18 jalan Oya Sibu di sini malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi(PGO) Negeri Sarawak Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Zian Azizi bin Yusuf berkata, pihaknya terima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.15 malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu oleh seorang wanita berumur berumur 23 tahun jatuh ke dalam gaung sedalam 3 meter,” katanya.

Tambahnya lagi, mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan dan dihantar ke Hospital Sibu oleh orang awam.

Setelah memastikan selamat dan tiada lagi mangsa di dalam kenderaan, pihak bomba bertolak balik ke balai,”katanya setelah di hubungi Sarawak Edition sebentar tadi.

-wiraalam-SA

KERETA TIBA2 TERBAKAR 😢😢

Seorang wanita berhadapan dengan detik yang mencemaskan apabila kereta nya secara tiba-tiba terbakar pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan Dua (PBK II) Shairulnizam Wailie berkata, kejadian itu berlaku selepas lima minit ketika wanita terbabit sedang dalam perjalanan dari sebuah kedai makan menuju ke pusat bandar.

“Kejadian ini berlaku di Jalan Ling Kai chen, dekat sini.  Berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada mangsa yang berusia 35 tahun, beliau sedang dalam perjalanan ke pusat bandar Sibu.

“Menurut mangsa, selepas lima minit memulakan perjalanan dari sebuah kedai makan, secara tiba-tiba asap keluar dari dalam kenderaan. Melihat  kejadian tersebut, mangsa terus memberhentikan kenderaan  dan bergegas keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Menurut Shairulnizam, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku akibat kejadian tersebut dan lokasi kejadian dari balai ialah sejauh empat kilometer.

Tambahnya, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian terbabit pada jam 9.52 pagi.

“Sebaik menerima panggilan tersebut, enam anggota bersama sebuah jentera pemadam telah bergegas ke lokasi kejadian. Ketika tiba di lokasi kejadian pihak bomba mendapati kereta terbabit sudah berada pada tahap 90 peratus terbakar.

“Dalam usaha untuk memadam dan mengawal kebakaran terbabit, pihak bomba telah menggunakan dua aliran “hose reel’ untuk memadamkan kebakaran.

“Pihak bomba mengambil masa lebih kurang 7 minit untuk mengawal dan seterusnya memadamkan kebakaran berkenaandan operasi tamat pada jam 10.23 pagi.

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa masih lagi dalam siasatan.

REMAJA MANGSA LEMAS NURUL SYAHIERA BT SALAM TELAH DI JUMPAI ,2 LAGI RAKAN MANGSA MASEH HILANG😢😢

Pada 29.05.19(Rabu) menurut saksi iaitu nenek mangsa ketiga-tiga mangsa keluar ke jeti untuk membasuh pakaian dengan bapa saudara.Maklumat dari bapa saudara mangsa, ketiga-tiga mangsa terjun ke sungai untuk mandi manda dan naik semula ke jeti. Ketiga2 mangsa seterus nya terjun untuk kali kedua dan selepas itu ketiga-tiga mangsa tidak kelihatan lagi.

KEJADIAN berlaku di rumah Augustine Meringgai Ak Jana ,Sungai Nanga Tutus Sibu.

30.05.19 Operasi SAR Hari ke 2 bersambung semula pada pukul 10.30 pagi dengan menggunakan kaedah grapping iron dan surface searching pada kawasan radius 1km sehingga 5km dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Pada pukul 2.30 petang mangsa pertama telah berjaya dijumpai hanyut di kawasan jeti Pos Kawalan Bomba (PKB) dan telah disedari pihak polis yang melalui di kawasan tersebut.

Mangsa terus dibawa naik ke Bot PDRM dan terus dibawa dan di hantar ke Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa yang dijumpai merupakan seorang mangsa perempuan yang bernama Nurul Syahiera bt. Salam.

Operasi SAR seterusnya diteruskan menumpukan pada kawasan mangsa pertama dijumpai.

MAKLUMAT MANGSA

1.Trance Gong – 14 tahun – lelaki

2.Trisha Janggok – 12 tahun – Perempuan

3.Nurul Syahiera bt Salam – 13 tahun – Perempuan (Telah dijumpai)

PENUNGGANG MOTOSIKAL WANITA CEDERA PARAH EKSIDEN DGN DUA BUAH KERETA

Enam cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan dan sebuah motosikal di Jalan Lanang, Sibu di sini tengah malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan Dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Nur Hasrita binti Manan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.27 tengah malam tadi.

Katanya, sebuah jentera FRT dan sebuah Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Setiba dilokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu jenis Proton Pesona yang dinaiki seorang perempuan dan dua lelaki manakala sebuah lagi kereta jenis Proton Saga BLM dipandu seorang perempuan bersama seorang kanak-kanak perempuan cedera ringan manakala sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang perempuan cedera parah.

Tambahnya lagi, kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak kami tiba di lokasi kejadian. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pasukan bomba membuat pembersihan tumpahan minyak serta serpihan kemalangan dan operasi tamat pada jam 1.38 pagi ketika dihubungi Sarawak Edition pagi ini.

-wiraalam-SA