Category: Serian

SEORANG REMAJA DIPENJARA DAN 4 REMAJA DIPERINTAH MENJALANI RAWATAN DAN PEMULIHAN

SERIAN : 10.10.2019 (Khamis) Mahkamah Serian telah memerintahkan 4 orang lelaki berusia lingkungan 20 an hingga 30an untuk menjalani Rawatan dan Pemulihan Di PUSPEN Kuching selama 2 tahun di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998 dan Seorang lelaki berusia lingkungan 20an dijatuh hukuman penjara 6 bulan di penjara puncak borneo dibawah seksyen 6(2) Akta Rawatan Dan Pemulihan 1983

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

KREDIT : AADK SERIAN

BACAAN IPU KINI BOLEH DIREKODKAN DI KAWASAN SERIAN

SERIAN: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kini boleh direkodkan di Daerah Serian selepas kerja-kerja pemasangan Mobile CAQM 002 Kenyalang siap.

Menurut Jurutera Operasi Pakar Scieno Tw Sdn Bhd Mohamad Daut bin Bolhir, mesin CAQM 002 Kenyalang ini dibawa khas dari Miri untuk membaca kualiti udara di Daerah Serian yang dikatakan tinggi dalam tempoh dua minggu ini.

“Alat yang dipanggil Mobile CAQM 002 Kenyalang ini dibawa dari SK Kuala Baram 2 kerana permintaan daripada penduduk Serian untuk memantau kualiti udara setiap hari di Serian ini yang dikatakan tinggi.

“Ianya sampai pada Ahad dan pagi ini (semalam) kita mula memasangnya bagi membolehkan bacaan IPU dapat dilakukan di Daerah Serian ini.

“Alat ini dijangka dapat mengukur bacaan kualiti udara pada hari Selasa selepas tempoh 24 jam mesin tersebut berfungsi,” katanya semasa ditemui selepas melakukan kerja-kerja pemasangan alat Mobile CAQM 002 Kenyalang itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Daut turut menjelaskan Mobile CAQM 002 Kenyalang itu sebelum ini telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 dan digunakan bagi membaca kualiti udara selepas Miri dilanda jerebu pada awal ini.

“Semasa di Miri, telah berlaku kebakaran di dua kawasan dan mereka mahu mengisytiharkan SK Kuala Baram itu ditutup, tetapi tiada sumber yang mengatakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) itu tinggi untuk mereka berbuat demikian.

“Atas sebab itu, Mobile CAQM 002 Kenyalang itu diletakkan di SK Kuala Baram 2.

“Seperti hari ini (semalam), apabila bacaan IPU itu merekodkan melebihi 200, sekolah boleh ditutup,” ujarnya.

Hadir sama Residen Bahagian Serian Tuan Johnathan Lugoh, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahagian Serian James anak Gani, wakil Ketua Polis Daerah (KPD) ASP Alias bin Nen dan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kapten (PA) Josten Ringin.

7 LELAKI DI TAHAN POSITIF SYABU DI SERIAN

SERIAN, 17 Sept 2019 – AADK Daerah Serian telah menjalankan Ops Cegah di beberapa kawasan di sekitar Serian. Seramai 12 individu telah diperiksa dan diarahkan menjalani ujian saringan air awal kencing. Hasilnya, 7 lelaki didapati positif dadah jenis Syabu berumur antara 15 sehingga 52 tahun. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah

BUAYA TERSANGKUT PANCING DI SERIAN PAGI TADI

SEEKOR buaya terkena pancing di sungai di Serian pagi tadi. Saiz buaya berkenaan lebih kurang 3meter panjang , lilitan badan 2 meter dan berat lebih kurang 250 kilo

Pihak BOMBA yg tiba di lokasi seterusnya menggunakan tali dan membuat running bowline masuk ke mulut buaya dan terus tarik buaya tersebut ke daratan.Buaya berkenaan berjaya ditarik ke darat dengan menutup mata buaya menggunakan guni, dan buaya tersebut telah diikat kesemua kaki dan ekor demi keselamatan anggota.

Buaya tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

PENUMPANG WANITA TERCAMPAK KELUAR MANAKALA PEMANDU LELAKI TERSEPIT : KEDUA2 MANGSA MAUT DLM EKSIDEN DI JLN SERIAN SRI AMAN MALAM TADI

Sebuah kereta hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dekat Kpg Semukoi A ,jalan Serian Sri Aman pada pukul 9 malam tadi.

Komander Operasi membuat size up dan didapati ada seorang mangsa lelaki terperangkap di bahagian hadapan tempat duduk dan seorang lagi mangsa seorang wanita telah tercampak keluar dari kereta .

Pihak Bomba seterusnya menggunakan alat Rescue tool untuk mengumpil pintu kereta, dan dalam tempoh 9 minit mangsa lelaki berjaya di keluarkan.

Kedua- dua mangsa telah meninggal dunia dan disahkan oleh Pegawai Perubatan dari hospital Serian.

6 PENAGIH SYABU DITAHAN DI SERIAN

SERIAN 23.07.2019 5.00 petang hingga 1.40 pagi : 6 orang lelaki tempatan ditahan AADK Serian melalui Satu OPS PERDANA .

Ketua Operasi Puan Eva Ak Lichok berkata 6 individu yang dikesan positif dadah Jenis methamphetamine@syabu terdiri dari pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 19 hingga 27 tahun bertempat di simpang gedong ,kpg tarat serian dan jalan serian ke sri aman .Kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 3 akta penagih dadah rawatan dan pemulihan1983

Komuniti kita tanggungjawab kita

#unitedagainstdrugs

TERKINI : KEMALANGAN NGERI LORI TANGKI MINYAK DGN KERETA DI BATU26 JLN SERIAN KUCHING

Mangsa yg tersepit dlm kereta (cedera parah) telah dikeluarkan oleh orang awam dan dikejarkan oleh pihak ambulan ke hospital.

Maklumat mangsa :

Kereta Proton Saga – Igan Jalang berumur 39 tahun seorang perempuan dan seorang anaknya bernama Ryyo Garren(Lelaki)

Lori tanker – Kennedy ak Merdan berumur 30 tahun