Category: Sarikei

PUSAT INTERNET KAMPUNG TAEE ANJUR SAMBUTAN HARI GAWAI RAYA 2019

SERIAN- Pusat Internet Kampung Taee, Serian dengan jayanya telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Gawai dan Raya 2019 di Kampung Taee, Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis (CEO) Maxis iaitu Encik Gokhan Ogut telah membuat lawatan ke Pusat Internet Kampung Taee sempena Majlis Sambutan Gawai Raya 2019.

Dalam kunjungannya ke Sarawak, ini adalah kali pertama beliau ke Kampung Taee setelah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Maxis pada Mei lalu.

Beliau turut ditemani oleh Ketua Jualan dan Perkhidmatan Maxis iaitu Encik Tan Lay Han, Ketua Wilayah Maxis Sarawak Encik Alexius Bong, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Puan Mariam Bevi Batcha.

Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh En. Scott Kueh Sui Yek iaitu Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) Wilayah Sarawak.

Kesemua tetamu telah disambut meriah oleh Ketua Kaum En. Jacques Kantuh, Pengurus Pusat Internet Cik Ramlah Osman, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Taee dan seluruh penduduk Kampung Taee.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah persembahan kebudayaan, lawatan ke Pusat Internet Kampung Taee dengan menyaksikan Live Tutorial E-Kelas, cabutan bertuah selain jamuan untuk tetamu yang hadir.

“Ini adalah kali pertama CEO Maxis dan VIP ke Kampung Taee, jadi kami harus berikan yang terbaik, supaya mereka akan ingat kami disini’’, kata Pengurus Pusat Internet Kampung Taee.

Maxis turut menaja 30 orang penduduk kampung Taee yang berpakaian penuh tradisional dengan Kad Isian semula (Reload) Hotlink RM30.

Pusat Internet Kampung Taee terpilih untuk menganjurkan sambutan Gawai Raya berikutan sebagai hadiah kemenangan Tempat Pertama Pertandingan Dekorasi Gawai Raya oleh Maxis E-Kelas.

Maxis telah menganjurkan program E-Kelas kepada 72 buah Pusat Internet di Malaysia daripada 118 buah Pusat Internet dibawah kelolaan Maxis. E-Kelas merupakan program pembelajaran digital dan interaktif secara Percuma kepada pelajar Darjah 6 hingga Tingkatan 5. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, boleh melayari http://www.ekelas.com.my.

Bertemakan konsep tradisional, semua pengunjung mengenakan pakaian tradisi kaum Bidayuh dan juga kaum Melayu. Ini telah menunjukkan semangat perpaduan dan ukhuwah sesama masyarakat di Kampung Taee.

Kesemua tetamu berasa teruja dengan komuniti Kampung Taee dan berharap akan kembali lagi pada masa hadapan.

KEMALANGAN NGERI DI KM 84 JALAN BETONG SARIKEI ,SARATOK MLM TADIK

Menurut laporan polis,kereta yang dipandu mangsa telah masok ke laluan bertentangan dan bertembong dgn sebuah lori yg dlm perjalanan dari Kuching ke Sibu.

Pemandu kereta ,Jerry Bujang berumur 35 tahun berasal dari Belaga cedera parah di kepala dan badan , disahkan oleh unit perubatan maut di tempat kejadian.Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa telah dibawa ke unit Forensik Hospital Saratok

Kes disiasat di bawah Sek. 41(1) APJ 1987.

EKSIDEN DI JLN SARIKEI ROBAN

Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Jalan Sarikei-Roban di sini malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PBK II Harun Jenai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 10.47 malam.

“Setibanya jentera dilokasi kejadiaan, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Corola dan sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

“Pemandu kereta seorang lelaki cedera dibahagian kaki manakala penumpang yang duduk dibahagian depan terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. Sementara itu, 3 sekeluarga yang menaiki kenderaan pacuan empat roda hanya mengalami cedera ringan.

Tambah beliau, kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

IBU DAN AYAH RINDU NAK JUMPA ANAK NYA ,SUNAH AK RENANG YG TELAH MENGHILANG DIRI SELAMA 15 TAHUN

Salam sejahtera ,

Yang dicari SUNAH ANAK RENANG ,yang sekarang berusia 41 TAHUN . Dilahirkan pada 21 SEPTEMBER 1978 di HOSPITAL SARIKEI , SARAWAK .

Dia telah menghilangkan diri selama 15 TAHUN . Kali terakhir dia menghubungi kami adalah 13 TAHUN yang lepas dan memberitahu kami bahawa dia ingin pergi ke KELANTAN tanpa memberitahukan alamat dan alasan. Mungkin dia belum ke sana lagi. Dan mungkin juga dia masih ada di sekitar sarawak.

Sekiranya ada yang mengenali dia , memohon jasa baik anda agar memberitahu dia tentang posting ini .

Ibu dan ayahnya sangat merindui dia dan berharap agar dapat bertemu kembali . Kami sentiasa menanti panggilan daripada dia.

Nombor untuk dihubungi ;

TANMUNG ANAK UNDAU ( IBU )

: 013 – 645 1643

MOHON SHARE !!! 🌻