Category: Sarawak

4 LELAKI DI TAHAN POSTIF DADAH DI BINTULU

7 Ogos 2019 – Operasi Ops Cegah yang dijalankan di sekitar pasar lama Bintulu dan kampung baru Bintulu telah berjaya menahan seramai 5 orang yang disyaki sebagai penagih dadah.

Kesemua saspek telah menjalankan ujian air kencing. Hasil daripada ujian yang dijalankan, 4 saspek telah positif dadah jenis methamphetamine dan ditahan di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat jarum suntikan dan senjata di dalam beg salah seorang saspek yang menurutnya bagi tujuan pertahanan diri.

PENUMPANG WANITA TERCAMPAK KELUAR MANAKALA PEMANDU LELAKI TERSEPIT : KEDUA2 MANGSA MAUT DLM EKSIDEN DI JLN SERIAN SRI AMAN MALAM TADI

Sebuah kereta hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dekat Kpg Semukoi A ,jalan Serian Sri Aman pada pukul 9 malam tadi.

Komander Operasi membuat size up dan didapati ada seorang mangsa lelaki terperangkap di bahagian hadapan tempat duduk dan seorang lagi mangsa seorang wanita telah tercampak keluar dari kereta .

Pihak Bomba seterusnya menggunakan alat Rescue tool untuk mengumpil pintu kereta, dan dalam tempoh 9 minit mangsa lelaki berjaya di keluarkan.

Kedua- dua mangsa telah meninggal dunia dan disahkan oleh Pegawai Perubatan dari hospital Serian.

3 BUAH RUMAH RANAP DIJILAT API DI KPG BAHAGIA JAYA SIBU AWAL PAGI TADI 😢

Sibu: Tiga rumah papan di Lorong Bahagia Selatan 5A, Kampung Bahagia Jaya, Sibu di sini, hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, api memusnahkan 100 peratus rumah, manakala penghuninya sempat lari menyelamatkan diri.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 02.51 pagi sebelum menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi bersama bantuan daripada BBP Sibu dengan kekuatan 16 anggota bersamadua buah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah kenderaan utiliti Hilux.

Menurut Ketua Zon 4, Penguasa Kanan Bomba II Wan Kamarudin bin Wan Ahmad berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati api sedang marak memusnahkan ketia-tiga rumah jenis tidak kekal itu.

“Kita menggunakan dua aliran 300 kaki dan 3 nozel bagi mengawal serta memadamkan kebakaran yang berlaku dan kebakaran dapat dikawal pada jam 03.20 pagi.

Jelasnya, kesemua 20 penghuni yang terjejas kini menetap sementara di rumah sanak saudara berdekatan sementara menunggu bantuan tiba.

“Operasi tamat pada jam dan punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami penghuni masih lagi dalam siasatan,”katanya ketika dihubungi.

EKSIDEN KERETA DENGAN LORI TANKER MINYAK SAWIT DI BATU 18 JLN BINTULU MIRI PAGI TADIK

Kemalangan melibatkan lori tanker dengan muatan minyak sawit perlanggaran dengan kenderaan kereta Saga FLX.

Pihak bomba terus menjalankan kerja kerja menyelamat seorang mangsa masih dalam keadaan sedar tersepit di bahagian tempat duduk pemandu hadapan.

Mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan Ambulans untuk dibawa ke hospital.

Manakala seramai 2 mangsa cedera ringan telah dikeluarkan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam.

AADK TAHAN 3 PENAGIH SYABU DI LIMBANG

LIMBANG: Seramai tiga lelaki ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Limbang dalam satu operasi ‘Ops Aduan’ di sini pada 5 Ogos 2019.

Ketua AADK Limbang Opang Melay berkata kesemua suspek berusia antara 17 hingga 34 tahun disahkan positif dadah jenis Methamphetamine.

Menurutnya, operasi tersebut dilakukan dari pukul 4 petang semalam sehingga 12.30 pagi hari ini di Kampung Pangkalan Jawa, Kampung Baru dan Taman Perumahan Batu Biah Limbang.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

SUAMI MASEH TERSEPIT DLM KERETA,ISTERI DAN 2 ANAK TELAH DIKELUARKAN DARI KERETA OLEH ORG AWAM

UPDATED 06.08.19

Seorang bayi lelaki berumur dua bulan maut selepas kereta dinaiki bersama ibu bapanya bertembung dengan lori dalam kemalangan di Batu 21 Jalan Bintulu – Miri, sekitar jam 4.45 petang Isnin.

Kemalangan berpunca apabila kereta yg dipandu keluarga ya hilang kawalan lalu masok ke laluan bersebelahan dan bertembong the lori.

Dua lagi mangsa ,pemandu kereta yg tersepit, ayah kepada mangsa ,cedera parah manakala ibu mangsa hanya cedera ringan.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.