Category: Samarahan

74 LEPASAN STPM SMK ASAJAYA DITAWAR KE UNIVERSITI AWAM

Lokasi sekolah yang terletak di luar bandar bukanlah penghalang buat SMK Asajaya untuk melakar kejayaan merentas bidang sama ada akademik mahupun kokurikulum. Pihak sekolah baru-baru ini menganjurkan Majlis Kesyukuran Pelajar STPM dan SPM ke Universiti Awam 2019 bagi meraikan 77 pelajar berjaya ditawar ke IPTA.74 daripada pelajar adalah lepasan STPM dari 116 pelajar.

Majlis disempurnakan oleh Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan merangkap Menteri Belia dan Sukan Sarawak yang juga ADUN N15 Asajaya. Dalam ucapannya turut memuji usaha pihak pentadbir dan guru yang mengerah tenaga dalam memastikan kecemerlangan akademik sekolah pada tahap yang memberansangkan.

SMK Asajaya juga tidak ketinggalan dalam menjalinkan hubungan bersama komuniti dan agensi-agensi kerajaan yang boleh mendatangkan impak positif kepada sekolah. Penyertaan aktif kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan mampu menaikkan lagi nama sekolah di persada Sarawak.

Hadir sama, Puan Sanuyah Mohamad, Pegawai Tadbir Asajaya, Cikgu Awang Mohamad wakil Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan., Encik Bolhassan Bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG SMK Asajaya serta pemimpin pemimpin setempat.

#pecahrekod

#lakarsejarahkedua

#smkasajaya

Kredit : Arzimy Safian

OPS CEGAH DI KPG TAMBIRAT,KPG SRI TAJO,KPG REBAK,KPG PLAIE DAN KPG BARU DI KOTA SAMARAHAN DAN ASAJAYA : 5 LELAKI 2 PEREMPUAN POSITIF SYABU

Kota Samarahan, 20 Ogos 2019 – AADK Daerah Kota Samarahan telah menjalankan Ops Cegah di beberapa kawasan di sekitar Kota Samarahan dan Asajaya melibatkan beberapa kawasan kampung antaranya Kg. Tambirat, Kg. Sri Tajo, Kg. Rebak, Kg. Plaie dan Kg. Baru. Seramai 9 individu telah diperiksa (7 lelaki, 2 perempuan) dan diarahkan menjalani ujian saringan air awal kencing. Hasilnya, 5 lelaki dan 2 perempuan didapati positif dadah jenis Syabu. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah

Dua tokan syabu antara yang ditangkap di Samarahan

Kota Samarahan – Seramai 17 individu termasuk tokan dan remaja seawal usia 13 tahun ditahan dalam Operasi Perdana Siri 2/2019 yang dijalankan oleh AADK Kota Samarahan.

Operasi tersebut yang dijalankan selama 3 hari bermula 23 Julai lalu melibatkan pegawai dan anggota penguatkuasa AADK Kota Samarahan diketuai oleh En. Muhammad Nuhairi Bin Boll Kassim telah menjalankan pemeriksaan ke atas seramai 28 individu di beberapa lokasi panas sekitar Kota Samarahan dan Asajaya hasil darpada risikan dan maklumat yang diterima.

Dalam satu serbuan di port sawit di kawasan Kota Samarahan, pihak AADK telah menahan 6 lelaki tempatan termasuk 2 tokan dadah melibatkan rampasan dadah jenis Syabu jumlah keseluruhan sebanyak 40.9 gram. Kes selanjutnya diserahkan kepada pihak BSJND IPD Kota Samarahan dan disiasat bawah Sek. 39(A)(2) ADB 1952 & Sek. 12(2) ADB 1952.

Manakala 15 lagi kes tangkapan melibatkan 15 orang lelaki tempatan pelbagai bangsa berusia lingkungan 13 hingga 43 tahun disiasat bawah Sek. 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983. Kesemua kes positif dadah jenis Methamphetamine.

Pihak AADK akan terus giat menjalankan operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dan penagihan dadah khususnya, di samping berkerjasama dengan jabatan – jabatan dan rakan strategik yang lain.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dan penagihan dadah boleh disalurkan terus kepada pihak AADK.

#perangidadahhabishabisan

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#munsikkitasapagikmunsikaritokbilagik

#andacubaandasengsara

AADK TAHAN 5 PENAGIH SYABU DI SARIKEI

SARIKEI 24.07.2019 5.00 petang hingga 1.40 pagi : 5 orang lelaki tempatan ditahan AADK Sarikei & Aadk Negeri melalui Satu OPS PERDANA .

Ketua Operasi En Grey berkata 5 individu yang dikesan positif dadah Jenis methamphetamine@syabu terdiri dari pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 21 hingga 39 tahun .Kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 3 akta penagih dadah rawatan dan pemulihan1983

Komuniti kita tanggungjawab kita

#unitedagainstdrugs

PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR “JKM MASOK KAMPONG”

SAMARAHAN KAMPUNG MANG 06 Julai 2019-

Sebanyak 40 penduduk daripada golongan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat turut hadir menjayakan Program Transformasi Luar Bandar(TLB) ”JKM MASUK KAMPUNG”

Program ini dilaksanakan bagi membuat persiapan kampung untuk dicalonkan ke pertandingan Anugerah Desa Perdana yang dianjurkan setiap tahun oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah(KPLB).

Program ini dipengerusikan oleh Ybhg.Datu Jaul Samion,Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak serta dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan.

Antara objektif perlaksaan program ini juga memperkenalkan perkhidmatan-perhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian samarahan serta membina sikap prihatin dan penyayang masyarakat dengan adanya program cari dan bantu bagi golongan yang berkeperluan,pendaftaran golongan OKU dan juga dapat menjalinkan tali silaturahim diantara kakitangan PKMB Samarahan dengan pencucuk Kampung Mang.

Menurut salah seorang dari peserta program Pesara Cikgu Haji Saat Bin Suhai ,berpendapat program ini banyak mengetengahkan skim-skim bantuan yang sedia ada di Jabatan kebajikan Masyarakat dan sebelum ini penduduk kampung hanya mengenal JKM melalui bantuan bulanan sahaja. ‘Walaupun mengambil masa yang singkat, banyak impak yang diperolehi melalui slot sepanjang program’ ,kata beliau yang turut merupakan salah seorang peserta program Jabatan.

Menurut Penghulu Kampung Mang laitu Encik Haji Othman Bin Rayan kali ini beliau amat berpuas hati akan keperihatinan pihak JKM memandangkan telah menganjurkan program sedemikian dan mendapat sambutan baik,walaupun hanya berskala kecil impak positif sangat ketara dan rata-rata peserta program memahami akan peranan JKM bukan sahaja daripada segi memberikan bantuan semata-mata,walaupun peserta dikalangan kampung mang zon 4 sahaja namun beliau berhasrat agar pihak jkm akan menganjurkan lagi program seperti ini untuk zon lainnya,tambah beliau lagi.

Program ini juga tidak terhenti di perkarangan Masjid Kpg Mang sahaja malah pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada lima buah rumah menerusi Program ”Cari Dan Bantu” bagi penerima bantuan yang memerlukan bantuan segera,Program ini juga turut disertai serta dijayakan oleh Pegawai Kebajikan Bahagian Samarahan Puan Sharifah Ranimah Binti Wan Hashim,Encik Mohamad Nadsmi Bin Othman Ketua Unit Pembangunan Kesejahteraan Sosial PKMB Samarahan dan Cik Rezemah Binti Azool Ketua Unit Pembangunan Ekonomi PKMB Samarahan.

TERKINI : EKSIDEN DI JALAN BYPASS KOTA SAMARAHAN KE SERIAN

4 termasuk wanita cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan yang bertembung di Jalan By Pass Kota Samarahan-Serian, hari ini.

Kejadian jam 3.30 petang itu, membabitkan kereta jenis Produa Rusa dinaiki tiga mangsa berusia 40 hingga 50-an, dengan Perodua Axia dinaiki seorang wanita berusia 20-an.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan, Pegawai Bomba Kanan Dua (PBKII) Ahmad Shah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 03.34 petang.

“Difahamkan kereta Perodua Rusa dari arah Kuching menghala ke Serian manakala Perodua Axia dari arah bertentangan.

“Dua penumpang Perodua Rusa iaitu lelaki berusia 40 hingga 50-an terpaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba manakala dua mangsa lain turut cedera sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Umum Sarawak dengan menggunakan Ambulan dan Unit EMRS Bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.43 petang tadi,” katanya.

-wiraalam-SA