Category: Religion

THIS IS SABAH ❤️

“Walaupun keluarga famili ini masih kristian ,tapi anak anak mereka ada yang sudah islam.

Dan parents mereka tetap buat tahlil di rumah mereka kerana arwah tersebut merupakan anak kandung mereka baru meninggal dunia di Terengganu.Dan anak mereka sudah lama beragama islam.

Parents ini boleh dikatakan kuat dengan agama kristian kerana banyak kitab kitab di rumah.Tapi yang teruja, mereka tetap bersatu walaupun berlainan agama”.

– IPG Uzair

Dari fb post Amran Sopoh

Salam Jumaat Dan selamat berpuasa.

Mungkin Ada yg pelik dgn gambar Ni tapi bagi kami di MALAYSIA TIMUR ini adalah perkara biasa.

UTK REKOD.

Yg mengetuai bacaan tahlil tu ORG KELANTAN. Yg ambil pic tu ORG TERENGGANU Ada juga ORG JOHOR dari MALAYSIA BARAT.

UNIKNYA SARAWAK TANAH AIR KU

Dari fb post Arfathma Abadi

Uniknya Sarawak Tanah Air ku.

Satu keluarga sebelah isteriku dan keluarga sebelah aku pun sama.

Melanau

Melayu

Cina

Iban

Kadazan Dusun

Sayangi tanah air kita Sarawak.

Dari dulu kita hidup harmoni, saling menghormati, bekerjasama dan kahwin campur. Mengapa perlu ada unsur perpecahan dalam berpolitik.

Bebas bersuara bukan menghancurkan perpaduan kita bina.

Bebas bersuara bukan dengan fitnah

Bebas bersuara bukan dengan mengaib

Bebaslah bersuara dengan fakta yang sahih

Bebaslah bersuara menuntut pembangunan

Bebaslah bersuara menuntu janji tak tertunai

Keharmonian Sarawak kini mula ditanam dijajah dgn minda negatif oleh anasir jahat luar sana yang punya agenda menjahanamkan perpaduan Sarawak Tanah Airku.

MASJID AL-GHAZALI – MH17 DIBUKA UNTUK JEMAAH PADA 13 MEI 2019

Masjid al-Ghazali ini dibangunkan sebahagian besarnya dengan dana wang pampasan mangsa tragedi nahas pesawat itu beberapa tahun lepas.

Ahli keluarga bersetuju sebulat suara untuk mewaqafkan wang pampasan sebagai dana akhirat mereka.

Lokasi masjid yang sedang dibina ini terletak di Jalan Depo, Kuching Sarawak

Semoga Allah s.w.t. memberi balasan setimpal dengan keikhlasan ahli keluarga mereka untuk mangsa nahas.

Senarai nama mereka sekeluarga yang terlibat dalam nahas tersebut :

1) Tambi Jiee, 49 tahun (ayah)

2) Ariza, 46 tahun (ibu)

3) Muhammad Afif 19 tahun (abang sulung)

4) Muhammad Afzal, 17 tahun (abang kedua)

5) Marsha Azmeena, 15 tahun (anak perempuan)

6) Muhammad Afruz 13 tahun (Bongsu)

Semuanya berasal dari Kuching, Sarawak.

Mereka sekeluarga dalam perjalanan balik ke Malaysia selepas Allahyarham Tambi berkhidmat selama 3 tahun untuk sebuah syarikat O & G di Kazakhstan. Semoga Allah merahmati kesemua arwah.

Yang di-Pertuan Agong Bersama Rakyat Menunaikan Solat Jumaat Di Masjid Darul Hana

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bersama rakyat jelata menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Hana di sini, hari ini.

Ketibaan Yang di-Pertuan Agong disambut Tuan Yang Terutama DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak YB Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda (Bekalan Elektrik Luar Bandar) YB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Berita Penuh di https://ukas.sarawak.gov.my/pages.php?mod=news&sub=news_view&nid=255

kredit : Unit Komunikasi Awam Sarawak