Category: Parenting

74 LEPASAN STPM SMK ASAJAYA DITAWAR KE UNIVERSITI AWAM

Lokasi sekolah yang terletak di luar bandar bukanlah penghalang buat SMK Asajaya untuk melakar kejayaan merentas bidang sama ada akademik mahupun kokurikulum. Pihak sekolah baru-baru ini menganjurkan Majlis Kesyukuran Pelajar STPM dan SPM ke Universiti Awam 2019 bagi meraikan 77 pelajar berjaya ditawar ke IPTA.74 daripada pelajar adalah lepasan STPM dari 116 pelajar.

Majlis disempurnakan oleh Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan merangkap Menteri Belia dan Sukan Sarawak yang juga ADUN N15 Asajaya. Dalam ucapannya turut memuji usaha pihak pentadbir dan guru yang mengerah tenaga dalam memastikan kecemerlangan akademik sekolah pada tahap yang memberansangkan.

SMK Asajaya juga tidak ketinggalan dalam menjalinkan hubungan bersama komuniti dan agensi-agensi kerajaan yang boleh mendatangkan impak positif kepada sekolah. Penyertaan aktif kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan mampu menaikkan lagi nama sekolah di persada Sarawak.

Hadir sama, Puan Sanuyah Mohamad, Pegawai Tadbir Asajaya, Cikgu Awang Mohamad wakil Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan., Encik Bolhassan Bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG SMK Asajaya serta pemimpin pemimpin setempat.

#pecahrekod

#lakarsejarahkedua

#smkasajaya

Kredit : Arzimy Safian

SEDC SARAWAK SANTUNI PELAJAR PELAJAR DARI KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN

KUCHING – Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC Sarawak) telah mengadakan majlis amal “Gawai Raya” bersama pelajar pelajar sekolah rendah yang dikawasan Kuching dan Padawan.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 100 pelajar pelajar dan guru guru mereka telah dirasmikan oleh Pengerusi SEDC Sarawak, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Haji Husain yang diiringi oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir serta pegawai pegawai kanan dan para kakitangan.

Dalam ucapan beliau, Tan Sri Abdul Aziz berkata majlis amal itu telah memasuki tahun ketiga dan ianya bertujuan untuk meraikan pelajar pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Program ini adalah sebahagian daripada tanggungjawap sosial korporat atau CSR kami dan ia menunjukkan betapa komitednya SEDC Sarawak dalam mendampingi golongan yang kurang berkemampuan,” kata beliau.

Menurut beliau, terdapat banyak bantuan dan program amal yang telah diatur oleh agensi kerajaan negeri itu bersama anak anak syarikatnya yang melibatkan golongan yang memerlukan bantuan.

Beliau turut mengesa agar kakitangan SEDC Sarawak dan anak anak syarikatnya untuk meneruskan inisiatif dan aktiviti CSR dan tidak cuma melakukannya semasa musim perayaan.

“Semangat membantu golongan yang kurang berkemampuan perlu diteruskan demi menringankan beban mereka dan untuk memberi dorongan kepada ahli ahli masyarakat yang lain untuk memainkan peranan mereka dalam aspek kebajikan,” kata Tan Sri Abdul Aziz.

Pelajar pelajar yang terlibat di majlis Gawai Raya itu adalah dari ialah SK Jalan Haji Bolhassan, SK Tan Sri Haji Mohammad, SK Siol Kanan, SK RPR Batu Kawah, SK Pulo, SK Gita dan SK Bingyu di Padawan.

Semasa bulan Ramadan yang lepas, SEDC Sarawak bersama anak anak syarikatnya turut menyantuni hampir 200 orang kanak kanak yatim dari beberapa rumah kebajikan disekitar bandaraya Kuching and di Sri Aman.

Mereka telah diraikan dimajlis berbuka puasa dan sembahyang berjemaah di Hotel Grand Margherita Hotel dimana tetamu tetamu kehormat yang turut hadir termasuk Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak serta isteri dan Ketua Menteri Sarawak serta isteri. Setiap kanak kanak turut menerima sumbangan duit raya yang disampaikan pada majlis yang diadakan.

2 REMAJA DIPERINTAH MENJALANI RAWATAN DAN PEMULIHAN SELAMA 2 TAHUN.

KUCHING : 10.00am @ 19.6.2019( Rabu ) Mahkamah Kuching telah memerintahkan 2 orang remaja lelaki berusia 20an untuk menjalani Rawatan dan Pemulihan Di PUSPEN Kuching selama 2 tahun di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

NUKUK BEDOK PADA MALAM RAYA AIDILFITRI DI KPG PULAU SEDUKU SRI AMAN

Beduk ditukuk atau di palu menandakan waktu solat telah tiba biasa kita dengari. Namun lain pula di Kpg Pulau Seduku, Sri Aman Sarawak dari tahun 1930an hingga kini. Beduk ditukuk untuk meraikan malam hari raya pertama. Kebiasaan ditukuk selesai solat Isyak sehingga pagi raya. Golongan tua, dewasa kanak-kanak saling berebut nak menukuk beduk.

Namun sejak peralihan zaman budaya menukuk beduk makin pupus ditelan zaman. Malah nada atau irama paluannya tak seindah dulu. Malah ramai yang tak tahu menukuk beduk masa kini.

Sejak penduduk Pulau Seduku dipindahkan ke penempatan baru Agropolitan Pulau Seduku,budaya menukuk beduk makin hilang dihati mereka. Mungkin faktor perubahan zaman menyebabkan golongan generasi baru lebih suka dengan budaya baru meraikan malam raya. Kalau dulu malam raya wajib nukuk beduk. Namun kini diganti letupan mercun dan bunga api.

Namun Haji Sulaiman bin Endeng dan beberapa orang generasi tua masih mempertahankan budaya menukuk beduk. Golongan belia pun ada mencuba tapi tak seindah dan seirama paluannya. Bagi saya budaya menukuk beduk harus dikekalkan agar generasi akan datang kenal budaya kaum mereka.

Beduk Masjid Pulau Seduku ini wujud puluhan tahun dahulu. Beduk ini dibuat menggunakan batang kayu sebesar dua pemeluk dan mula dibuat dalam tahun 1930an. Manakala kulit lembu disimpei menggunakan rotan dipermukaan lubang kayu balak yang telah dilubangkan. Kemudian ditala dengan bongkahan kayu kecil untuk menghasilkan bunyi yang merdu dan mantap.

Bagi saya budaya menukuk beduk di malam raya harus dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang.

Arfathma Abadi

Indahnya budaya kampungku.

SEKELUARGA POSITIF SYABU 😬

KUCHING 27.5.2019 @ Isnin 8.00 – 10.00 Am : AADK Sarawak ( Cawangan Penguatkuasaan & Keselamatan ) telah Berjaya mengesan 3 Beradik lelaki dan seorang wanita merupakan isteri salah seorang daripada lelaki yang ditahan disebuah rumah di sekitar kawasan Lundu. Kesemua saspek yang ditahan berusia lingkungan 20an hingga 30an didapati positif dadah jenis syabu @ Methamphetamine akan disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan & Pemulihan 1983.

#KomunitiKitaTanggungjawabKita

#PerangiDadahHabisHabisan

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

6 LELAKI POSITIF DADAH DI KOTA SAMARAHAN

Kota Samarahan 24.5.2019 @ JUMAAT 8.00-3.00Am- AADKKota Samarahan telah Berjaya mengesan 6 orang lelaki positif dadah dalam satu operasi di sekitar kawasan Kota Samarahan (Simunjan) .

Kesemua saspek berusia lingkungan 20an hingga 50an akan disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan & Pemulihan 1983

#KomunitiKitaTanggungjawabKita

#PerangiDadahHabisHabisan

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

IBU DAN AYAH RINDU NAK JUMPA ANAK NYA ,SUNAH AK RENANG YG TELAH MENGHILANG DIRI SELAMA 15 TAHUN

Salam sejahtera ,

Yang dicari SUNAH ANAK RENANG ,yang sekarang berusia 41 TAHUN . Dilahirkan pada 21 SEPTEMBER 1978 di HOSPITAL SARIKEI , SARAWAK .

Dia telah menghilangkan diri selama 15 TAHUN . Kali terakhir dia menghubungi kami adalah 13 TAHUN yang lepas dan memberitahu kami bahawa dia ingin pergi ke KELANTAN tanpa memberitahukan alamat dan alasan. Mungkin dia belum ke sana lagi. Dan mungkin juga dia masih ada di sekitar sarawak.

Sekiranya ada yang mengenali dia , memohon jasa baik anda agar memberitahu dia tentang posting ini .

Ibu dan ayahnya sangat merindui dia dan berharap agar dapat bertemu kembali . Kami sentiasa menanti panggilan daripada dia.

Nombor untuk dihubungi ;

TANMUNG ANAK UNDAU ( IBU )

: 013 – 645 1643

MOHON SHARE !!! 🌻

ALHAMDULILLAH ADIK2 SAYA YG SEKIAN LAMA DI CARI TELAH DI TEMUI 😇🙏🏻

Dari Menggan ak Meling @Nur Zahirah Abdullah Meling

Syukur Alhamdulillah.terima kasih kepada semua keluarga,sahabat andai dan kawan2 semua kerna telah menolong share dan mendoakan urusan saya.jutaan terima kasih juga kepada semua pihak kaki tangan sarawak edition news kerna telah bekerja sama memviralkan post saya mencari kedua dua adik saya ini.siapa lah saya tampa bantuan tuan puan semua.kerna bantuan tuan puan semua saya sudah pun menemukan kedua adik2 saya yang selama ini saya cari.Syukur Alhamdulillah.Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasa tuan puan semua.sekali lagi lagi saya nak ucapakan terima kasih yang tak terhingga kepada sarawak edition news.Kamu memang terbaik.👍🏻👍🏻👍🏻 😍 Asalamualaikum selamat berpuasa kepada yang berugama Islam.semoga semua amal Ibadah kita di terima.Aamiin.Dan selamat nyambut hari gawai dayak ka kak datai ngagai semua ka nyambut hari gawai.selamat Hari gawai gayu guru gerai nyamai.mohon maaf andai ada kata2 yang salah.sekian terima kasih.😊😊😊

MENGGAN AK MELING @NUR ZAHIRAH BERASAL DARI LIMBANG CARI ADIK BERADIK NYA YG SUDAH LAMA TERPISAH

Enda nemu keni kak ngepun ka jaku.nyadi aku kak ngiga 2 iku menyadi aku ka enda kala ngau aku betemu.aku semina bisi gambar siku ari seduai ia masa agi mit nya aja.ka dalam gambar nya (bandong ak Meling )bisi orang madah keseduai ia siku diau di miri,siku diau di bintulu.arap ka semua niat baik aku di permudahkan.Aamiin.

Barang sapa ka ngelala seduai ia tu,ulih terus call agai petunggal aku ka diau di miri ia nya cikgu Atun Kilat @Andyang Kilat ngena no hp:0138487568 sapa ka kak share di persilakan share.

Tq ka tolong semua.semina tuhan aja ulih malas budi kita.tq.

The Waterfront Hotel RECREATION CLUB PLAZA MERDEKA HOLDINGS BREAKS FAST WITH ORPHANS AND CAREGIVERS Breaking fast with orphans -a CSR effort in conjunction with the holy month of Ramadhan.

KUCHING 21 May 2019: Plaza Merdeka Holdings invited a total of 67 orphans and 23 caregivers from Rumah Kanak-Kanak Kuching to a Majlis Berbuka Puasa (breaking of fast) at Café Via Mare, Level 4 of The Waterfront Hotel, at 6.30pm.

The children and their caregivers were brought to visit MPH Bookstore at Plaza Merdeka Shopping Mall before heading to Café Via Mare to enjoy their feast.

The children were given the opportunity to pick out books and stationery of their choice, as sponsored by Plaza Merdeka Holdings and Cash Domain Sdn Bhd. The children were in cloud nine as well when they received free balloons from Molly Fantasy the same time, “duit raya” was presented during the night by Dato Steve Ng, the Managing Director of Plaza Merdeka Holdings and Mr. Hoo Yeong Dar, the Operation Director of Cash Domain Sdn Bhd to the 67 children.

Besides that, all the other children who were dining at Café Via Mare on the same night received the “duit raya” as well This Majis Berbuka Puasa with Rumah Kanak-Kanak Kuching is a CSR effort initiated by the Plaza Merdeka Holdings Recreation Club (PMHRC) in conjunction with the month of Ramadhan.

The chairman of PMHRC, Mr. Kenneth Bong hopes that this will be a kickstart for Plaza Merdeka Holdings’ CSR efforts and expects more to come. In addition, this event is made possible with the support from Cash Domain Sdn. Bhd.

PMHRC is formed in 2018 to run a series of CSR events as well as activities for the staff of Plaz Merdeka Holdings. The Majlis Berbuka Puasa was attended by Dato Steve Ng and Datin Anriza Cordero (Directors of Plaza Merdeka Holdings), Mr. Hoo Yeong Dar (Operation Director of Cash Domain Sdn Bhd), Mr. Kenneth Bong (Chairman of PMHRC), Department Heads from Plaza Merdeka Shopping Mall and The Waterfront Hotel as well as committee members of PMHRC.

The Waterfront Hotel – Ramadhan Buffet Dinner 2019 The season of Ramadhan and Raya always brings back memories of yesteryears, especially it comes to the aromatic smell of all the good food served during this season! Good food is best enjoyed in the company of family and friends, so we’ve rounded up some of the best food for Ramadhan starting from 20 May to 3 June.

Enjoy the Ramadhan buffet dinner at a rate of RM98 nett (per adult) and RM49 nett for children of 6 to 12 years old.

Special rate of RM73 nett (per adult) is also extended for group booking of 10 adults and above. Kindly call 082-227 222 or email to viamare@thewaterfrontkuching.com for any booking queries