Category: Padawan

HARI BERSAMA PELANGGAN IPD PADAWAN DAN MPP TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan bersama Majlis Perbandaran Padawan hari ini mengadakan Program Hari Bersama Pelangan (Dialog Keselamatan) bersama masyarakat di Perkarangan Masjid Kampung Haji Baki.

Program dihadiri oleh YB Loh Khere Chang (Pengerusi MPP), Dato Ahmad Bin Dato Seri Ibrahim (Timb. Pengerusi MPP), DSP Lim Jaw Shyong (Timb. KPD Padawan), Puan Elizabeth Lo (S/Usaha MPP), Encik Rangen ak Jibang (S.A.O. Padawan), Encik Ranum ak Bari (S.A.O. Siburan), Hjh. Sabtuyah Yusof (Penghulu Kg.Hj Baki), Baslie Bin Hj Sulaiman, 10 orang Ketua Bahagian IPD Padawan, Wakil ketua jabatan kerajaan, wakil Rakan Media, Ketua Kampung, 11 wakil KRT/SRS

(m) 10 wakil Ketua kaum/Ketua masyarakat, 8 orang guru dan 80 pelajar SK Kg Hj Baki, 12 Pegawai Kanan Polis, 55 Pegawai Rendah Polis dan 300 orang awam.

Semasa Program diadakan, isu dadah yang dijangka akan diketengahkan oleh masyarakat kampung Haji Baki pada kali ini tidak disuarakan memandang pihak BSJND kerap melakukan tangkapan dan ianya akan diteruskan lagi dari masa ke semasa.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak pengurusan MPP, Persatuan Penduduk Kampung Haji Baki dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Kampung Haji Baki.

Program ini mirip program ‘Town Hall’ masyarakat umum bukan sahaja berpeluang bertanya tentang isu berkaitan polis malah boleh bertanya terus kepada Pengerusi MPP tentang isu berkaitan PBT.

Penganjuran bersama antara PDRM IPD Padawan dengan kerjasama MPP selaku PBT mampu mengurangkan kos perbelanjaan dan memberi lebih manafaat kepada masyarakat setempat.

TERKINI : MAYAT MANGSA YG DILAPORKAN HILANG DI JAMBATAN KPG KUAP TELAH DI JUMPAI 😢

14.08.19 Mangsa telah dijumpai 2km dari jambatan Kuap pada pukul 9.46 pagi ini.

Kronologi

13.08.19 Ibu mangsa membuat laporan polis dan terus menghubungi pihak bomba untuk membantu mencari anaknya yang dipercayai hilang di kawasan terbabit.

Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sejak dari semalam dan kereta yang diguna masih dipakir diatas jambatan Sg.Kuap.

Mangsa dikatakan trauma masalah kesihatan.

3 LOKALITI AKTIF WABAK DEMAM DENGGI BAHAGIAN KUCHING

3 Lokaliti Aktif WABAK Demam Denggi iaitu Di Jalan Datuk Ajibah Abol (32 Kes), Lorong Liu Shan Bang 6 Kota Sentosa (11 Kes) dan Kampung Sibakar (4 Kes).

Peringatan kepada penduduk yang tinggal dikawasan wabak demam denggi, sekiranya anda atau ahli keluarga anda demam, datang ke klinik dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan. Sila maklumkan kepada pegawai perubatan bahawa anda dari kawasan wabak demam denggi.