Category: News

5 SEKELUARGA NYARIS MAUT KERETA TERBABAS KE DLM GAUNG😢

Lima sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Batu 29 Jalan Kuching Serian di sini pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian berkata, sebanyak 12 anggota di ketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Sim Mui Chai menggunakan Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) atau Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dan sebuah utiliti dikerahkan ke lokasi kejadiaan setelah menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.07 pagi.

“Kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh Liew Giew Hoong, 38, bersama empat anak-anaknya yang berumur antara 13, 6, 2, dan 1 tahun dalam perjalanan balik dari menghantar suami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung dan terbalik,”katanya.

“Kelima-lima mangsa diantaranya telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak kami tiba,”jelasnya.

Tambahnya lagi, kesemua mangsa terselamat dan hanya mengalami luka-luka dan telah di beri rawatan awal oleh Unit EMRS Bomba.

Mangsa cedera di bawa ke hospital bagi mendapat rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 10.43 pagi katanya ketika dihubungi-SarawakEdition-

Kredit BBP Serian @ Khairol

Dua lelaki cedera dalam kemalangan

Dua lelaki masing-masing berumur 53, 47 tahun cedera selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Tatau Selangau disini petang kelmarin.

Kereta jenis Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan lalu melangagar tiang elektrik sebelum terbabas di tepi jalan.

Mengikut maklumat awam, kenderaan tersebut hendak mengelak sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

Pasukan Bomba dari BBP Tatau bertindak selepas menerima panggilan berkaitan kejadiaan pada jam 7.45 petang.

Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dan pihak bomba memberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak Ambulan yang tiba sejurus selepas itu.

Kredit Photo Bomba

Kedudukan Terkini Carta Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/2020

Musim baru EPL atau Liga Perdana Inggeris (English Premier League) muslim 2019/2020 telahpun bermula pada 10 Ogos 2019.

Sebanyak 20 pasukan akan bersaing di liga utama untuk merebut kejuaraan terunggul di England. Juara bertahan Man City dibawah kendalian Pengurus, Pep Guardiola kini berada di carta dengan kelebihan 5 jaringan selepas membenam West Ham. Berikut adalah kedudukan terkini carta liga.

Pendidikan anak-anak di kawasan tetap keutamaan YB Datuk Julaihi

Menteri Muda Jalan Pesisir YB Datuk Julaihi Narawi pada 9 Ogos 2019 merasmikan penutupan Kem Bestari Kecemerlangan Akademik 2019 UPSR Bagi Sembilan Buah Sekolah Rendah Dari Zon Sebuyau Anjuran Majlis Guru Besar Zon Sebuyau di Kota Samarahan.

Bilangan murid dari sembilan sekolah dari Zon Sebuyau yang terlibat dalam program itu ialah 147 orang dan 27 orang guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik.

Datuk Julaihi yang merupakan ADUN Sebuyau turut meluluskan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM37,000 untuk Majlis Guru Besar Zon Sebuyau.

YB Abdullah beri sumbangan dana di Sarikei

Upacara ringkas penyerahan sumbangan kepada PIBG SK Abg Hj. Matahir Sarikei, JKKK Kpg Abg Amin Zon 2 Bintangor Dan JK Masjid Darul Falah Sg. Gemuan.

RM10,500.00 sumbangan telah disampaikan pada Jumaat (9 Ogos 2019).

Kesemua sumbangan tersebut adalah daripada YB Abdullah Haji Saidol sebanyak RM3000.00 di sampaikan oleh YB Abdullah kepada PIBG SK Abg Hj Matahir Sarikei.

Untuk JKKK Kpg Abg Amin Zon 2 sebanyak RM6000.00 Dan Masjid Darul Falah RM1500.00. Untuk kedua-dua sumbangan ini telah disampaikan oleh Cr. Helmi bin Morshili mewakili YB Abdullah bin Hj Saidol.

Pada sebelah paginya YB Abdullah turut menghadiri perbincangan mengenai “Food Basket” bersama DID bagi Bahagian Mukah Dan Sarikei dalam Kawasan DUN N42 Semop.

Dalam masa yang sama YB Abdullah turut hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di Pejabat Residen Sarikei yang dipengerusikan YB Datu Len Talip Salleh.