Category: Miri

EKSIDEN KERETA DENGAN LORI TANKER MINYAK SAWIT DI BATU 18 JLN BINTULU MIRI PAGI TADIK

Kemalangan melibatkan lori tanker dengan muatan minyak sawit perlanggaran dengan kenderaan kereta Saga FLX.

Pihak bomba terus menjalankan kerja kerja menyelamat seorang mangsa masih dalam keadaan sedar tersepit di bahagian tempat duduk pemandu hadapan.

Mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan Ambulans untuk dibawa ke hospital.

Manakala seramai 2 mangsa cedera ringan telah dikeluarkan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam.

SUAMI MASEH TERSEPIT DLM KERETA,ISTERI DAN 2 ANAK TELAH DIKELUARKAN DARI KERETA OLEH ORG AWAM

UPDATED 06.08.19

Seorang bayi lelaki berumur dua bulan maut selepas kereta dinaiki bersama ibu bapanya bertembung dengan lori dalam kemalangan di Batu 21 Jalan Bintulu – Miri, sekitar jam 4.45 petang Isnin.

Kemalangan berpunca apabila kereta yg dipandu keluarga ya hilang kawalan lalu masok ke laluan bersebelahan dan bertembong the lori.

Dua lagi mangsa ,pemandu kereta yg tersepit, ayah kepada mangsa ,cedera parah manakala ibu mangsa hanya cedera ringan.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

WARGA EMAS HILANG SELEPAS KELUAR MENCARI SAYOR DI KPG LOPENG MIRI PETANG SEMALAM

Maklumat dari anak mangsa, bapa nya Lai Song Kong 72 tahun, keluar ke hutan yang berhampiran Kampung lopeng untuk mencari sayur pada pukul 4.16 petang semalam, namun sehingga pukul 6 petang mangsa dikatakan tidak balik ke rumah.

Usaha mencari dilakukan oleh anak mangsa dan menemui kenderaan Perodua kancil milik bapa mangsa yang pakir ditepi jalan iaitu kira-kira 2 KM dari laluan utama yang berdekatan Sekolah Menengah lopeng. Usaha mencari oleh anak mangsa gagal lalu menghubungi Pasukan Bomba untuk bantuan.

OPS SAR bermula pada pukul 8 pagi ini dengan bantuan pihak BOMBA,PDRM ,Jawatan Kuasa Pendudok Miri dan ahli keluarga mangsa.

Maklumat akan dikemaskini.

KEUNIKAN INDAHNYA TOLERANSI AGAMA DI SARAWAK

Alhamdulillah… selesai misi 1.0 untuk mangsa kebakaran di Rumah Panjang Lepan Sayat .. terima kasih diucapkan kepada semua yang perihatin menyumbang utk misi ini… dan ribuan terima kasih kepada semua teman teman yang sudi bersama di dalam misi tersebut… walaupun berbeza bangsa dan agama… kami tetap menunaikan tanggungjwab kasih sayang sesama insan…

terima kasih jugak kepada pihak Rumah Panjang Lepan Sayat dan Komuniti Gereja Rh Panjang Lepan Sayat kerana sudi memberikan ruang di dalam gereja untuk kami memberikan khidmat kepada mangsa2 kebakaran…

Sabda Baginda Nabi Muhammad S.A.W;

“Manusia penyayang akan dicintai Allah yang Maha Penyayang. Cintailah seluruh makhluk di bumi, nescaya makhluk di langit akan menyayangimu.”

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

dan sabda baginda Nabi lagi….

“Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini, nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat.”

(Hadis Riwayat Imam Muslim)

ANTARA CERITA KETIKA SEPASANG SUAMI ISTERI DI TAHAN POSITIF DADAH ,ANAK BERUMUR 9 BULAN MENANGIS MINTA DISUSUKAN 😢

MIRI 19.7.2019 10.30 MALAM HINGGA 5.30 PAGI : MELALUI SATU OPERASI OPS CEGAH (OSC) MIDS MIRI yang turut dihadiri oleh EN ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF SELAKU PENGERUSI ONE STOP COMMITTEE (OSC) MIDS MIRI . AADK MIRI BERSAMA Aadk Daerah Limbang, Jabatan Imigresen Malaysia Miri , Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri, Rela Miri & JKP Miri telah berjaya mengesan sebanyak 27 orang penagih dadah daripada 32 orang yang telah ditahan.

27 individu yang dikesan positif dadah terdiri dari golongan terdiri dari pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun.Operasi ini telah dijalankan di sekitar kampung wireless dan taman desa senadin Miri. Antara kes yang ditahan positif dadah adalah seperti berikit:

1: Sekeluarga terlibat dengan dadah

Ayah (59 tahun) bersama 2 orang anak lelaki (29 tahun & 26 tahun), seorang anak perempuan (25 Tahun) dan menantu lelaki (26 Tahun) anak saudara (Perempuan – 33 Tahun) (Lelaki-27 Tahun) serta adik lelaki (55 tahun)

2: Penganggur

berumur (26 Tahun) sanggup membahaya diri naik ke bumbung rumah bagi mengelak daripada ditangkap

3: Sepasang suami isteri

suami (26 Tahun) isteri (25 tahun) positif dadah anak berumur (9 bulan). Anak menangis minta disusukan

4: Lima orang warga emas berumur (50 – 59 Tahun) ditahan positif dadah.

5: OKU (Kurang Upaya Mental)

MENURUT EN MAZALAN JIKRAN SELAKU KETUA OPERASI KESEMUA SASPEK YANG DITAHAN ADALAH LELAKI BERUSIA LINGKUNGAN 22 HINGGA 50 THN DAN AKAN DISIASAT DIBAWAH SEKSYEN 3 AKTA PENAGIH DADAH RAWATAN DAN PEMULIHAN 1983

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

#UNITEAGAINSTDRUGS

Syarikat umrah terunggul Al-Zahabi sudah berada di Sarawak

KUCHING: Umat Islam di Sarawak yang berhajat menunaikan umrah mempunyai banyak pilihan menerusi syarikat yang berpengalaman luas dalam industri pelancongan.

Syarikat Al-Zahabi Travel antara yang berpengalaman selama 13 tahun dalam umrah dan ziarah mengembangkan sayap ke Sarawak menerusi beberapa pakej menarik yang ditawarkan.

Al-Zahabi Travel antara syarikat pelancongan yang berprestij dan terbaik di Malaysia memiliki lesen khas umrah berstatus muassasah.

Lebih menarik syarikat ini menjadi pilihan RTM TV1 bagi bersama-sama menjayakan Program Salam Baitullah 2019 Umrah dan Ziarah.

Pengurus Al-Zahabi Travel Cawangan Sarawak, Ustaz Adie Darul Hana berkata, lebih 30,000 umat Islam menunaikan umrah dan ziarah sejak syarikat beroperasi 13 tahun lalu.

Beliau berkata, syarikat mempunyai mutawif yang

terlatih dari Malaysia sedia memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Angka 13 tahun sudah cukup memastikan syarikat ini boleh dipercayai dan mampu memberi perkhidmatan terbaik.

“Saya tidak ragu-ragu membawa syarikat Al-Zahabi ke Sarawak kerana telah terbukti dari segi kemampuan serta perkhidmatan yang berkualiti diberi kepada pelanggan,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pakej yang mendapat sambutan hangat yang disediakan oleh Al-Zahabi Travel ialah Pakej Rakyat serendah RM3,990.

“Menerusi pakej ini, jemaah berpeluang pergi umrah dan ziarah selama 12 hari 10 malam,” katanya.

Selain itu katanya, pakej yang terbaru untuk jemaah pada September depan iaitu pakej Super Promosi yang berharga RM4,990 selama 12 hari.

“Pakej ini termasuk tiket penerbangan, takaful berkelompok, kursus umrah, visa umrah, air zam-zam, mutawif, sajian makanan (fullboard), badar wadi Rauha jamuan nasi arab dan sebagainya.

“Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Adie ditalian 016 7732165, 016 2884 165 atau menghubungi pejabat 01110305213 (Othman Sarbini),” katanya.

Beliau berkata, syarikat Al-Zahabi Travel akan mengadakan siri jelajah dengan kursus umrah percuma di seluruh Sarawak.

3 CEDERA DLM EKSIDEN DEPAN PUSAT SERVIS KROKOP MIRI TENGAH MLM TADIK

Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Kancil dan sebuah Proton Wira telah bertembung dari arah bertentangan. Perodua Kancil tersebut dinaiki 2 pasangan warga emas manakala Proton Wira seramai 3 penumpang lelaki.

Pihak Bomba bertindak mengeluarkan seorang mangsa di bahagian tempat duduk pemandu dikatakan mengalami kecederaan namun tidak tersepit. Mangsa diserahkan kepada pihak Ambulans di lokasi. Manakala mangsa yang lain telah dikeluarkan oleh orang awam.

Seterusnya pihak Bomba menjalankan kerja-kerja flushing di tempat kejadian bagi menghilang kesan-kesan minyak di atas jalan raya.