Category: Miri

ORANG RAMAI TERKEJUT TEMUI ULAR SAWA DEKAT SEBUAH MEGAMALL DI MIRI

Menurut saksi yang berada di lokasi mereka terkejut melihat seekor ular sawa batik berada di luar kedai berhampiran dengan Starbuck, Bintang Megamall dalam keadaan luka di badannya berkemungkinan telah di langgar oleh kereta yang melintas melalui jalan tersebut.

Pengadu wanita berumur 30 tahun terus menghubungi pihak APM Miri meminta bantuan menangkap ular tersebut.

Pihak APM terus menangkap ular yang bersaiz sebesar betis orang dewasa, sepanjang 4 meter dan berat lebih kurang 18kg menggunakan peralatan khas.

Ular tersebut kemudian nya di simpan didalam sangkar di PKOD Miri.

Fotos ehsan APM Sarawak

5 SEKELUARGA NYARIS MAUT APABILA KERETA HILANG KAWALAN LALU TERBALIK

Lima sekeluarga nyaris maut selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Airport Miri di sini petang tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 3.29 petang itu, kesemua mangsa dikatakan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri, Pegawai Bomba Kanan II (PKB II) Abg Muhammad Fhazil bin Abg Abdul Manaf berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Persona hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.

Katanya, kemalangan tersebut telah mengakibatkan kereta yang dinaiki lima sekeluarga itu dalam keadaan mengiring dan berlaku tumpahan minyak.

“Kesemua mangsa yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba,”tegasnya.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki keluarga terbabit dari arah bandar menghala ke lapangan terbang cuba mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda yang keluar simpang kiri jalan, namun hilang kawalan dan terbalik.

Tambahnya lagi, mangsa yang cedera telah menerima rawatan awal oleh Pihak Ambulan serta Unit EMRS Bomba dan hantar ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan selajutnya.

Operasi tamat pada jam 4.00 petang itu melibatkan sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Jentera Perkhidmatan Penyelamatan Kecemasan atau Emergency Medical Res-Q Services (EMRS) dengan kekuatan tujuh anggota,”katanya.

-wiraalam-SA

TERKINI : KEMALANGAN NGERI DI JALAN PESISIR BINTULU MIRI😢

Bintulu: Tiga maut manakala tujuh lagi cedera apabila kereta jenis Fortuner yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di KM42 Jalan Pesisir Bintulu – Miri, di sini, awal petang tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian jam 1.45 petang itu dikenali sebagai Nuai Anak Bakar, 24,Gensa Anak Unggau, 36, dan Lengidi Anak Koling, 58.

Sementara mangsa cedera dikenali sebagai Fhiymina Alicia Cendu anak Ngindang, 23, Billy Beti anak Jelaing, 5,Tera anak Bow, 56, Jelaing anak Bakar, 35 tahun, Ngindang anak Bau, 61(pemandu Fortuner), Esther, 1 serta seorang lagi yang belum diketahui identitinya.

Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan identitinya belum diketahui.

Sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu diketuai PB Azman Johari bersama sebuah kenderaan FRT dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian untuk tugas menyelamat.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan manakala mangsa yang maut  diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Operasi ditamatkan pada jam 3.05 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili dalam kenyataan ya berkata kemalangan maut itu berlaku semasa kenderaan jenis Toyota Fortuner yang dipandu oleh Ngindang bergerak dari arah Bintulu ke Miri semasa melalui satu selekoh telah hilang kawalan lalu masuk laluan bertentangan dan merempuh bahagian kiri hadapan sebuah lori treler sebelum terbabas ke bahu jalan.

Impak kemalangan itu menyebabkan Ngindang mengalami kecederaan di kepala manakala tiga penumpang wanita(Nuai, Lengidi dan Gensa) tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala penumpang mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital Bintulu untuk mendapat rawatan lanjut.

Akibat pertembungn tersebut, katanya, Toyota Fortuner mengalami kerosakan teruk ekoran terbalik.

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Ketika kejadian, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke Limbang selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Kuching.

Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori trailer dan sebuah kereta Toyota Fortuner.Tiada mangsa yang tersepit dilaporkan.

Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam yang berada ditempat kejadian.

Menurut Komander Operasi BOMBA seramai 10 orang mangsa yang terlibat didalam kenderaan Fortuner tersebut iaitu 2 kanak dan 8 orang dewasa.

Difahamkan 3 orang meninggal dunia di tempat kejadian iaitu 3 orang perempuan. EMRS Bomba menghantar salah seorang mangsa ke hospital Bintulu.. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital Bintulu manakala yang meninggal diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.. Operasi ditamatkan pada pukul 3.05 petang.

PELAJAR SESAK NAPAS KETIKA TREKKING DEKAT WATERFALL TAMAN NEGARA LAMBIR

Seorang remaja berumur 19 tahun telah mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti riadah di kawasan air terjun Lambir, Taman Negara Lambir, Miri, di sini petang tadi.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Miri, PBK II Abg Muhammad Fhazil, mangsa yang berseorangan ketika melakukan aktiviti riadah telah mengalami sesak nafas di kawasan air terjun Lambir dan telah di bantu oleh seorang pelancong dari Denmark yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Mangsa dalam keadaan stabil dan telah diberi rawatan awal dari Unit EMRS seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 3.30 petang

KERETA HILANG KAWALAN LALU MASOK LONGKANG 😢

Sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki telah terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Miri-Pujut, Miri di sini sebentar tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika kenderaan pancuan empat roda yang dipandu berseorangan dari arah Pujut menghala ke pusat bandar, tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan dan terjatuh ke dalam longkang yang berair.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah PBK II Abg Muhammad Fhazil berkata, setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Mangsa dikenali sebagai Thomas anak Akin, 33, cedera ringan telah diberi rawatan awal oleh Unit EMRS Bomba seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat sekitar jam 9.34 malam.

TERKINI : [VIDEO]KEBAKARAN RUMAH DI KPG LUAK MIRI ,11 SEKELUARGA SEMPAT MENYELAMATKAN DIRI 😢

Sebelas penghuni termasuk dua kanak-kanak berjaya menyelamatkan diri selepas rumah dua tingkat jenis tidak kekal yang didiami hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Kampung Luak 1, Miri di sini, awal pagi ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Miri, PBK II Abg Mumammad Fhazil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran terbabit kira-kira jam 2 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak melibatkan sebuah rumah berstatus kekal yang telah musnah dalam anggaran 90 peratus, katanya.

“Turut musnah termasuklah sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang terbakar 100 peratus.

Pasukan bomba terus memulakan operasi pemadaman menggunakan konsep RECEO dengan membentang tiga aliran 400 kaki dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.58 pagi.

Turut memberikan bantuan ialah sepasukan 9 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng diketuai PBK II Rorudi Bin Umas.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-wiraalam-SA