Category: Lundu

Sarawak Tempat Ke Dua Keseluruhan 10th TM WTF-NSC-MILO National Junior Taekwondo Championship 2019

LUNDU – Sarawak mendapat tempat ke dua keseluruhan 10th TM WTF-NSC-MILO National Junior Taekwando Championship 2019 dengan kutipan sebanyak 6 emas, 9 perak dan 21 gangsa. Juara dari Koryo TKD Club meraih kutipan sebanyak 17 emas, 12 perak dan 16 gangsa.

Sebanyak 28 penyertaan dari setiap negeri dan kelab terkemuka seluruh Malaysia berkampung selama tiga hari di SALCRA Bajo Training Centre Lundu bermula 18-20 Oktober.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Tanjong Datu, YB Datuk Amar Hajah Jamilah Hj Anu dalam teks ucapan nya yang dibaca oleh Pegawai Daerah Lundu, Encik Gustian Hj Durani berterima kasih kepada yang Persatuan Tekwondo Malaysia dan Persatuan Tekwondo Sarawak yang di pengerusi oleh anak beliau sendiri saudara Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan Satem yang menganjurkan program itu julung kali diadakan di Lundu pada Majlis Penangguhan 10th TM WTF-NSC-MILO National Junior Taekwando Championship 2019 di SALCRA Bajo Training Centre Lundu hari ini.

Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan Satem dalam ucapan alu-aluan beliau mengucapkan terima-kasih atas kerjasama semua pihak terutama Persatuan Tekwondo Malaysia dan Sarawak dibantu oleh Pejabat Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu kerana merealisasikan kejohanan tersebut.

‘Terima kasih kepada para peserta dan Ibu-bapa yang datang dari jauh untuk menyertai pertandingan ini. Ambil peluang untuk bertandang ke Taman Negara Lundu yang tidak jauh dari Pekan Lundu dan pantainya yang cantik tidak jauh dari SALCRA Bajo Training Centre Lundu. ‘

‘ Jika di Sabah, Kudat merupakan ‘Tip Of Borneo’ di Sarawak Telok Melano yang terdapat di N3 Tanjong Datu dikenali sebagai ‘The Beginning of Borneo’. Selepas pertandingan ini jemput datang lagi untuk menikmati alam semulajadi dan pantai yang paling cantik di Sarawak. ‘

Majlis turut dihadiri oleh Vice president of Tekwondo Malaysia, Grandmaster Kriashmuthy. Master Dhanraj Rassiah, National Technical Chairman Tekwando Malaysia dan Grandmaster Tan Check Joon dari Persatuan Tekwondo Negeri Sarawak.

TERKINI : REMAJA YG DILAPORKAN HILANG KETIKA MENCARI SIPUT BAKAU DI KAWASAN SG KANGKA SAMPADI LUNDU TELAH DI JUMPAI SELAMAT

SEORANG remaja Jasson ak Jimbat 18 tahun dari Kampong Kangka Sampadi Lundu yg dilaporkan hilang petang semalam telah di temui Selamat pada tengahari tadi.

Mangsa dikatakan telah keluar bersama bapa nya utk mencari siput bakau di kawasan Sungai Kangka Sempadi pada pukul 3 petang semalam.Semasa mencari siput, mangsa berada tidak jauh dari perahu yg dinaiki mereka.Kali terakhir ayah nya melihat anaknya telah keluar ke tebing sungai.

Setelah selesai mencari siput, ayah nya pun kembali ke perahu dan mendapati Anak nya tiada lagi di situ.

Ayah nya terserempak dgn beberapa penduduk kampong yg mencari ketam dan mereka berusaha mencari mangsa.Pencarian terpaksa dihentikan pada pukul 5 petang kerana hari sudah gelap.

Ops SAR bermula awal pagi tadi dan mangsa telah ditemui pada pukul 12 petang tadi.

IBU DLM PERJALANAN KE HOSPITAL BERSALIN DI GERAI TANI KPG STENGGANG JLN BAU LUNDU

oleh Petrus Goel

Seorang wanita dari Lundu dalam perjalanan ke hospital selamat melahirkan anak lelaki di Gerai Tani Kampung Stenggang, jalan Bau Lundu pada pagi Ahad sebentar tadi.

Dimaklumkan mereka dalam perjalanan ke HUS dari Lundu tetapi dalam perjalanan menggunakan kenderaan sendiri, ibu sudah tidak dapat menahan dan mereka berhenti di Gerai Tani berkenaan.

Bayi disambut oleh seorang pembantu kesihatan/perubatan HUS dan dibantu beberapa penduduk kampung (antaranya juga jururawat perbidanan berasal kampung stenggang) yang juga berada di lokasi kebetulan selepas habis sembahyang hari ahad.

Ambulan daripada Hospital Bau telah datang dan membawa ibu serta bayi ke hospital. Dimaklumkan bayi dan ibu berada dalam keadaan yang baik. ‘Miracle Baby’.. 👶👶

BOATBASED OPEN CASTING COMPETITION 2019 DI KPG SAMPADI ANJURAN KUCHING ANGLERS COMMUNITY ,MAIN SPONSOR DAIWA MALAYSIA

DAIWA boatbased casting competition open KING OF SEMPADI anjuran kuching anglers community dan jkkk kampung sempadi lundu pada sabtu 29/6/19

Bersama hafiz suip

Dan bg sesiapa yg berminat untuk belajar atau mengetahui tentang memancing teknik casting,jigging, bolehlah menghadiri fishing clinic anjuran Daiwa pada 30.06.2019(Ahad)

Ada hadiah bg sesiapa yg dtg join fishing clinic

iNFO Razali Lee

PEKERJA HILANG KETIKA MENEBAS RUMPUT TEPI KOLAM UDANG DI RAMBUNGAN LUNDU

07.06.19 @3.20 petang

SEORANG Pengurus Kolam Udang membuat laporan Polis apabila seorang pekerja nya ,Bertus Aleng 29 tahun warga Indonesia hilang ketika memotong rumput di sekitar kawasan kolam ternakan udang.

Pada awalnya, Pengurus Kolam Udang itu menyangka mangsa kemungkinan sedang berehat memandangkan hanya peralatan menebas rumput dan pakaian baju ditinggalkan masih berada di lokasi terakhir dia kelihatan.

Namun sekembali Pengurus Kolam Udang ke lokasi, mangsa masih juga tidak kelihatan.Beliau bersama dgn pekerja lain telah berusaha mencari mangsa namun tidak menjumpai mangsa.

Pihak Bomba dan pihak Polis bergegas ke lokasi kolam udang tersebut bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Unit PPDA turut dihubungi bagi bersiap sedia sebarang kemungkinan hilang jatuh ke dalam kolam.

Pada pukul 6.32 petang,Operasi SAR ditangguhkan keesokan hari kerana hari telah gelap.

iNFO BBP Lundu

SEKELUARGA POSITIF SYABU😬

27.5.2019 @ Isnin 8.00 – 10.00 Am : AADK Sarawak ( Cawangan Penguatkuasaan & Keselamatan ) telah Berjaya mengesan 3 Beradik lelaki dan seorang wanita merupakan isteri salah seorang daripada lelaki yang ditahan disebuah rumah di sekitar kawasan Lundu. Kesemua saspek yang ditahan berusia lingkungan 20an hingga 30an didapati positif dadah jenis syabu @ Methamphetamine akan disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan & Pemulihan 1983.

#KomunitiKitaTanggungjawabKita

#PerangiDadahHabisHabisan

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA