Category: Limbang

BUNUH PENIAGA, TERTUDUH DIREMAN PENJARA SEHINGGA SEBUTAN SEMULA KES

Lelaki Indonesia yang berdepan tuduhan tentatif mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan diperintah menjalani tahanan reman lanjut di Penjara Limbang.

Tertuduh, Hendri dibawa ke Mahkamah Majistret Limbang, pagi tadi untuk mendengar pertuduhan kes yang disabitkan ke atasnya.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zulfadhli Tuah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil dari tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan kes, Hendri yang memasuki Malaysia dari negara jiran, Brunei Darussalam pada 19 Oktober lalu dan bermalam di kaki lima kedai bebas cukai di pekan Tedungan telah bertindak menikam bertubi-tubi di bahagian depan dan belakang seorang peniaga berusia 62 tahun, menggunakan pisau pemotong sayur berukuran 8 inci.

Tertuduh yang berang dengan mangsa yang memaki hamunnya setelah meminta sedikit wang untuk tambang ke Limbang, melakukan perbuatan tersebut pada pagi, 20 Oktober lepas di kawasan parkir kenderaan berdepan kedai bebas cukai pekan Tedungan, Limbang.

Mahkamah memerintahkan tertuduh ditahan di Penjara Limbang sementara menunggu laporan kimia dan perubatan siap.

Kes disebut semula pada 28 November jam 9.00 pagi.

Kredit Discover Lawas

AADK TAHAN 3 PENAGIH SYABU DI LIMBANG

LIMBANG: Seramai tiga lelaki ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Limbang dalam satu operasi ‘Ops Aduan’ di sini pada 5 Ogos 2019.

Ketua AADK Limbang Opang Melay berkata kesemua suspek berusia antara 17 hingga 34 tahun disahkan positif dadah jenis Methamphetamine.

Menurutnya, operasi tersebut dilakukan dari pukul 4 petang semalam sehingga 12.30 pagi hari ini di Kampung Pangkalan Jawa, Kampung Baru dan Taman Perumahan Batu Biah Limbang.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

AADK Sarawak kesan 105 Penagih Dadah Di Seluruh Sarawak

KUCHING: Operasi Perdana Siri 2 Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak telah berjaya menahan 141 individu melalui Operasi Perdana Siri 2 yang bermula dari 19 Julai hingga 27 Julai 2019.

AADK telah menjalankan operasi dibeberapa daerah dari kuching hingga ke lawas yang dikenalpasti aktif dengan penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Menurut Pengarah AADK Negeri Sarawak Wan Madihi Wan Salleh berkata, seramai 97 individu yang dikesan positif dadah jenis methamphetamine atau syabu dan 8 individu dikesan positif ganja yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 21 hingga 49 tahun. Kesemua yang ditahan disiasat dibawah sek 3 akta pengih dadah rawatan dan pemulihan 1983.

Kerjasama dari masyarakat amatlah dihargai dan diharapka.

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#STOPSTIGMA

ANAK DAN BAPAK ANTARA YG DITAHAN POSITIF DADAH DLM SERBUAN AADK SARAWAK DI SEKITAR KAWASAN LIMBANG

LIMBANG 21.07.2019 9.30 malam hingga 5.30 pagi : SEPASANG BAPA DAN ANAK antara 5 orang ditahan AADK Limbang melalui Satu OPS PERDANA SIRI 2/2019 yang diketuai oleh AADK Limbang bersama AADK Daerah Miri. Operasi ini telah berjaya mengesan sebanyak 5 orang penagih dadah daripada 7 orang yang telah ditahan.

Operasi ini telah dijalankan di Kampung  Malagangai, Desa Pabahanan dan sekitar kawasan Limbang.Ketua Operasi Opang Melay berkata 5 individu yang dikesan positif dadah Jenis methamphetamine@syabu terdiri dari pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 19 hingga 43 tahun.Kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 3 akta penagih dadah rawatan dan pemulihan1983

Komuniti kita tanggungjawab kita

#unitedagainstdrugs

TERKINI : LELAKI YG HILANG KETIKA KELUAR MENANGKAP KETAM DI KUALA SIBUKANG LIMBANG DI TEMUI SELAMAT

Mangsa ditemui selamat pada pukul 7.40 pagi ini.

Menurut sumber,mangsa ditemui dalam keadaan lemah di tebing sungai, 5km dari Pusat Kawalan Bomba.

10.06.19 Kronologi

Mangsa dikenali sebagai Jimney Abdullah @ Tan Hui Ming berusia 38 tahun.

Mangsa keluar bersendirian ke laut pada jam 6.30 pagi tadi bertolak dari Jeti Kampung Sibukang bagi tujuan aktiviti mencari ketam.

Bot mangsa ditemui oleh rakan nya tanpa pengemudi pada pukul 12.30 tengahari tadi di Muara Sungai Sibukang.

Bapanya terus membuat laporan polis berkenaan kehilangan anak nya itu.Mangsa dikatakan tidak pandai berenang.

Pihak BOMBA ,PDRM,APM dan penduduk kampung terlibat dalam OPS SAR mencari mangsa pada hari ini.