Category: Lemas

PELAJAR PENAN LEMAS TERJATUH DI SUNGAI AWAL PAGI TADI 😢

24 Jun 2019 Miri

Laporan Budak lemas

Dilaporkan seorang pelajar bangsa penan dari Long Beruang dan belajar di SK Long Banga , terjatuh ke sungai pada jam 7 pagi.

Mangsa berjaya ditemui lebihkurang jam 12 tgh oleh penduduk dan telah meninggal dunia.

Berikut adalah laporan dalam bahasa penan

*RENGAH!!*

Jah (1) anak sekulah peloho lem ba’a Puak, Long Banga, Baram. Be’ jak eh poleng.

(anak inah anak Penan jin Long Beruang, sekulah tong SK Lg Banga)

Bara’ ngan uleu eh danii tong SK Long Banga doko omok tai nya’ap reh pitah anak inah. (Kampung eh danii barei Long Lamai, Ba Lai).

Jin akeu alaa melalui telefon jin Aliew Kulle ngivun iteu 9.00am.

Jin, Ezra Uda.

REMAJA LEMAS KETIKA MANDI BERSAMA RAKAN2 NYA DI SUNGAI RAYU MATANG😢

Kuching: Seorang remaja maut dipercayai lemas ketika sedang mandi sungai bersama rakan-rakannya di Sungai Rayu Matang dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian 3.18 petang itu, remaja berusia 24 tahun dibawa arus ketika mandi bersama empat lagi rakan yang lain.

Menurut Penolong Pegarah Operasi Negeri Sarawak Penguasa Kanan Bomba I, (PgKB I) Tiong Ling Hii berkata, operasi telah menggunakan kaedah pencarian di permukaan sepanjang tebingan sungai dan selaman di dalam air.

“Selaman pertama oleh Pasukan Menyelamat di Air (PPDA) telah berjaya menjumpai mangsa 5 meter dari lokasi dimana mangsa dipercayai dihanyutkan arus.

“Mangsa ditemui lemas pada jam 5.30 petang di kawasan sungai yang kedalamannya lebih kurang 4 meter, katanya.

Menurutnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 6 petang.

-wiraalam-SA

MAYAT SEORANG LELAKI DI TEMUI TERAPONG DI SUNGAI DEKAT KUCHING WATERFRONT PAGI TADI

Mayat seorang lelaki dipercayai doktor pakar ditemui terapung di tebingan Sungai Sarawak di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.58 pagi mayat lelaki berusia 37 tahun ditemui orang awam yang melalui kawasan berhampiran sebelum memaklumkan kepada polis dan pihak bomba untuk tindakan lanjut.

Mayat lelaki warga tempatan itu lengkap berpakaian memakai kemeja-T dan berseluar panjang.

Pihak Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu.

REMAJA MANGSA LEMAS NURUL SYAHIERA BT SALAM TELAH DI JUMPAI ,2 LAGI RAKAN MANGSA MASEH HILANG😢😢

Pada 29.05.19(Rabu) menurut saksi iaitu nenek mangsa ketiga-tiga mangsa keluar ke jeti untuk membasuh pakaian dengan bapa saudara.Maklumat dari bapa saudara mangsa, ketiga-tiga mangsa terjun ke sungai untuk mandi manda dan naik semula ke jeti. Ketiga2 mangsa seterus nya terjun untuk kali kedua dan selepas itu ketiga-tiga mangsa tidak kelihatan lagi.

KEJADIAN berlaku di rumah Augustine Meringgai Ak Jana ,Sungai Nanga Tutus Sibu.

30.05.19 Operasi SAR Hari ke 2 bersambung semula pada pukul 10.30 pagi dengan menggunakan kaedah grapping iron dan surface searching pada kawasan radius 1km sehingga 5km dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Pada pukul 2.30 petang mangsa pertama telah berjaya dijumpai hanyut di kawasan jeti Pos Kawalan Bomba (PKB) dan telah disedari pihak polis yang melalui di kawasan tersebut.

Mangsa terus dibawa naik ke Bot PDRM dan terus dibawa dan di hantar ke Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa yang dijumpai merupakan seorang mangsa perempuan yang bernama Nurul Syahiera bt. Salam.

Operasi SAR seterusnya diteruskan menumpukan pada kawasan mangsa pertama dijumpai.

MAKLUMAT MANGSA

1.Trance Gong – 14 tahun – lelaki

2.Trisha Janggok – 12 tahun – Perempuan

3.Nurul Syahiera bt Salam – 13 tahun – Perempuan (Telah dijumpai)

REMAJA MANGSA LEMAS DI MARUDI TELAH DITEMUI PAGI INI 😢

30.05.2019(Khamis) merupakan pencarian ketiga bagi mangsa lemas tersebut,dan pada pagi ini Anggota APM Marudi diketuai oleh Sjn(PA) Siti Nauqiah Bt Abdullah telah turut serta dalam pencarian mangsa lemas tersebut.

Pihak APM Marudi telah meluaskan pencarian mangsa bersama-sama dengan pihak Bomba, Polis dan juga penduduk kampung,disekitar tempat mangsa mula lemas dengan mengunakan Bot.

Pada pukul 8 pagi ini, mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung di hilir Sungai Lubuk Naga, dgn anggaran jarak mangsa dijumpai 5km daripada tempat mangsa terjatuh.

Anggota APM Marudi bersama-sama pihak Bomba,Polis dan penduduk kampung telah menaikkan mangsa ke darat dan mangsa seterusnya dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Operasi pencarian mangsa lemas telah ditamatkan pada pukul 8.35 pagi.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah Mohd Farid Adenan.

MOHD FARID MASEH HILANG 😢

MANGSA dilaporkan terjatoh ke dalam sungai ketika memancing berhampiran Pengkalan Jeti Bot ,SK Dato Sharif Hamid,Kpg Narum Marudi semalam.

Operasi Hari Ke – 2 bermula di lokasi pada pukul 9 pagi tadi. Pihak Bomba bersama Polis, APM dan orang kampung telah membuat pencarian dengan menggunakan kaedah Water Surface Searching  dengan radius keluasan pencarian sejauh 18 KM.

Lokasi pencarian sehingga ke kawasan Kampung Narum, Lubuk Naga dan Pengkalan Feri. Sehingga kini mangsa masih gagal ditemui.

Operasi ditangguhkan pada pukul 5.45 petang.Sehingga kini mangsa masih gagal ditemui. Operasi pencarian akan disambung keesokan harinya.