Category: Leisure

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK2 RUMAH AMAL NUR MURNI ANJURAN SIPUT BIKERS DAN FIRDAUSY TOMYAM BATU 7 KUCHING

Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Nur Murni anjuran Siput Bikers & Firdausy Tomyam Batu 7.

Majlis berbuka puasa ini adalah sebahagian daripada aktiviti kelab tersebut bersama Restoran Firdausy Tomyam. Pihak Kelab dan Restoran juga memberi sumbangan berupa keperluan harian kepada wakil anak-anak Rumah Amal Nur Murni.

UNIKNYA SARAWAK TANAH AIR KU

Dari fb post Arfathma Abadi

Uniknya Sarawak Tanah Air ku.

Satu keluarga sebelah isteriku dan keluarga sebelah aku pun sama.

Melanau

Melayu

Cina

Iban

Kadazan Dusun

Sayangi tanah air kita Sarawak.

Dari dulu kita hidup harmoni, saling menghormati, bekerjasama dan kahwin campur. Mengapa perlu ada unsur perpecahan dalam berpolitik.

Bebas bersuara bukan menghancurkan perpaduan kita bina.

Bebas bersuara bukan dengan fitnah

Bebas bersuara bukan dengan mengaib

Bebaslah bersuara dengan fakta yang sahih

Bebaslah bersuara menuntut pembangunan

Bebaslah bersuara menuntu janji tak tertunai

Keharmonian Sarawak kini mula ditanam dijajah dgn minda negatif oleh anasir jahat luar sana yang punya agenda menjahanamkan perpaduan Sarawak Tanah Airku.

MASJID AL-GHAZALI – MH17 DIBUKA UNTUK JEMAAH PADA 13 MEI 2019

Masjid al-Ghazali ini dibangunkan sebahagian besarnya dengan dana wang pampasan mangsa tragedi nahas pesawat itu beberapa tahun lepas.

Ahli keluarga bersetuju sebulat suara untuk mewaqafkan wang pampasan sebagai dana akhirat mereka.

Lokasi masjid yang sedang dibina ini terletak di Jalan Depo, Kuching Sarawak

Semoga Allah s.w.t. memberi balasan setimpal dengan keikhlasan ahli keluarga mereka untuk mangsa nahas.

Senarai nama mereka sekeluarga yang terlibat dalam nahas tersebut :

1) Tambi Jiee, 49 tahun (ayah)

2) Ariza, 46 tahun (ibu)

3) Muhammad Afif 19 tahun (abang sulung)

4) Muhammad Afzal, 17 tahun (abang kedua)

5) Marsha Azmeena, 15 tahun (anak perempuan)

6) Muhammad Afruz 13 tahun (Bongsu)

Semuanya berasal dari Kuching, Sarawak.

Mereka sekeluarga dalam perjalanan balik ke Malaysia selepas Allahyarham Tambi berkhidmat selama 3 tahun untuk sebuah syarikat O & G di Kazakhstan. Semoga Allah merahmati kesemua arwah.

MASA PERSEMBAHAN DARUL HANA MUSICAL FOUNTAIN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1440H

Bagi menghormati aktiviti keagamaan sepanjang Bulan Ramadhan, persembahan Darul Hana Musical Fountain dimainkan pada Jam 10:30 malam sejak 6 Mei lalu sehingga 4 Jun 2019.

“SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA & SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DITERIMA DAN MENDAPAT GANJARAN DARI YANG MAHA ESA..”

SheemaDean

Bahagian Perhubungan Awam

Dewan Bandaraya Kuching Utara