Category: Lawas

AADK Sarawak kesan 105 Penagih Dadah Di Seluruh Sarawak

KUCHING: Operasi Perdana Siri 2 Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak telah berjaya menahan 141 individu melalui Operasi Perdana Siri 2 yang bermula dari 19 Julai hingga 27 Julai 2019.

AADK telah menjalankan operasi dibeberapa daerah dari kuching hingga ke lawas yang dikenalpasti aktif dengan penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Menurut Pengarah AADK Negeri Sarawak Wan Madihi Wan Salleh berkata, seramai 97 individu yang dikesan positif dadah jenis methamphetamine atau syabu dan 8 individu dikesan positif ganja yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 21 hingga 49 tahun. Kesemua yang ditahan disiasat dibawah sek 3 akta pengih dadah rawatan dan pemulihan 1983.

Kerjasama dari masyarakat amatlah dihargai dan diharapka.

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#STOPSTIGMA

ADIK BERADIK POSITIF DADAH DILAWAS

LAWAS 22.07.2019 9.00 malam hingga 2.00 pagi : ADIK BERADIK antara 5 orang ditahan AADK Limbang melalui Satu OPS PERDANA SIRI 2/2019 yang diketuai oleh AADK Limbang bersama AADK Daerah Miri. Operasi ini telah berjaya mengesan sebanyak 5 orang penagih dadah.

Ketua Operasi Opang Melay berkata 5 individu yang dikesan positif dadah Jenis methamphetamine@syabu terdiri dari pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 21 hingga 51 tahun.Operasi ini telah dijalankan di Kawasan Perumahan Banting , Lawas Damit dan sekitar kawasan Lawas.Kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 3 akta penagih dadah rawatan dan pemulihan1983

Komuniti kita tanggungjawab kita

#unitedagainstdrugs

PEMANDU KERETA WARGA EMAS MAUT APABILA KERETA NYA TERBABAS DEKAT JLN KPG BATONG LAWAS PAGI TADI

KERETA yg dipandu oleh seorang warga emas, Lai Joon Shin 66 tahun hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dekat Kpg Batong,Jln Punang Limbang pada awal pagi tadi.

Menurut jurucakap dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, Pasukan Bomba Lawas yg tiba di lokasi kejadian telah mengeluarkan mangsa dari kereta.

Dan hasil pemeriksaan pihak ambulan,mangsa dikatakan telah meninggal dunia di tempat kejadian.Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.Operasi ditamatkan pada jam 9.20 pagi.