Category: Kota Samarahan

2 BELIA POSITIF SYABU DLM ROADBLOCK JLN KOTA SAMARAHAN – KUCHING EXPRESSWAY

KOTA SAMARAHAN : Operasi Bersepadu sekatan jalanraya bersama PDRM Samarahan Cawangan Traffik pada 12 julai 2019 di jalan Kota Samarahan- Kuching Expressway.

Daripada 18 orang dijalankan ujian saringan air kencing 2 orang daripadanya positif dadah jenis syabu. Kedua – dua orang yang disyaki disiasat dibawah seksyen 3 (1 ) Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1983.

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#STOPSTIGMA

SYUKUR MAKCIK JUBAI YG DILAPORKAN HILANG TELAH SELAMAT DITEMUI SEBENTAR TADI

Mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung berdekatan di kawasan hutan paya nipah Kampung Plaie dengan anggaran lebih kurang 5 km dari gerai Pusat Penjaja Kampung Baru.

Mangsa masih dalam keadaan lemah sebelum itu diberi rawatan awal seterusnya dihantar ke Hospital Pusat Jantung Samarahan oleh unit EMRS Samarahan.

Menurut keluarga nya,mangsa Jubai Bte Amat 67 tahun mempunyai masalah ingatan(nyanyuk) dan pernah hilang 3 kali sebelum ini.

PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR “JKM MASOK KAMPONG”

SAMARAHAN KAMPUNG MANG 06 Julai 2019-

Sebanyak 40 penduduk daripada golongan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat turut hadir menjayakan Program Transformasi Luar Bandar(TLB) ”JKM MASUK KAMPUNG”

Program ini dilaksanakan bagi membuat persiapan kampung untuk dicalonkan ke pertandingan Anugerah Desa Perdana yang dianjurkan setiap tahun oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah(KPLB).

Program ini dipengerusikan oleh Ybhg.Datu Jaul Samion,Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak serta dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan.

Antara objektif perlaksaan program ini juga memperkenalkan perkhidmatan-perhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian samarahan serta membina sikap prihatin dan penyayang masyarakat dengan adanya program cari dan bantu bagi golongan yang berkeperluan,pendaftaran golongan OKU dan juga dapat menjalinkan tali silaturahim diantara kakitangan PKMB Samarahan dengan pencucuk Kampung Mang.

Menurut salah seorang dari peserta program Pesara Cikgu Haji Saat Bin Suhai ,berpendapat program ini banyak mengetengahkan skim-skim bantuan yang sedia ada di Jabatan kebajikan Masyarakat dan sebelum ini penduduk kampung hanya mengenal JKM melalui bantuan bulanan sahaja. ‘Walaupun mengambil masa yang singkat, banyak impak yang diperolehi melalui slot sepanjang program’ ,kata beliau yang turut merupakan salah seorang peserta program Jabatan.

Menurut Penghulu Kampung Mang laitu Encik Haji Othman Bin Rayan kali ini beliau amat berpuas hati akan keperihatinan pihak JKM memandangkan telah menganjurkan program sedemikian dan mendapat sambutan baik,walaupun hanya berskala kecil impak positif sangat ketara dan rata-rata peserta program memahami akan peranan JKM bukan sahaja daripada segi memberikan bantuan semata-mata,walaupun peserta dikalangan kampung mang zon 4 sahaja namun beliau berhasrat agar pihak jkm akan menganjurkan lagi program seperti ini untuk zon lainnya,tambah beliau lagi.

Program ini juga tidak terhenti di perkarangan Masjid Kpg Mang sahaja malah pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada lima buah rumah menerusi Program ”Cari Dan Bantu” bagi penerima bantuan yang memerlukan bantuan segera,Program ini juga turut disertai serta dijayakan oleh Pegawai Kebajikan Bahagian Samarahan Puan Sharifah Ranimah Binti Wan Hashim,Encik Mohamad Nadsmi Bin Othman Ketua Unit Pembangunan Kesejahteraan Sosial PKMB Samarahan dan Cik Rezemah Binti Azool Ketua Unit Pembangunan Ekonomi PKMB Samarahan.

TERKINI : EKSIDEN DI JALAN BYPASS KOTA SAMARAHAN KE SERIAN

4 termasuk wanita cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan yang bertembung di Jalan By Pass Kota Samarahan-Serian, hari ini.

Kejadian jam 3.30 petang itu, membabitkan kereta jenis Produa Rusa dinaiki tiga mangsa berusia 40 hingga 50-an, dengan Perodua Axia dinaiki seorang wanita berusia 20-an.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan, Pegawai Bomba Kanan Dua (PBKII) Ahmad Shah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 03.34 petang.

“Difahamkan kereta Perodua Rusa dari arah Kuching menghala ke Serian manakala Perodua Axia dari arah bertentangan.

“Dua penumpang Perodua Rusa iaitu lelaki berusia 40 hingga 50-an terpaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba manakala dua mangsa lain turut cedera sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Umum Sarawak dengan menggunakan Ambulan dan Unit EMRS Bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.43 petang tadi,” katanya.

-wiraalam-SA