Category: kesihatan

OPS CEGAH DI KPG TAMBIRAT,KPG SRI TAJO,KPG REBAK,KPG PLAIE DAN KPG BARU DI KOTA SAMARAHAN DAN ASAJAYA : 5 LELAKI 2 PEREMPUAN POSITIF SYABU

Kota Samarahan, 20 Ogos 2019 – AADK Daerah Kota Samarahan telah menjalankan Ops Cegah di beberapa kawasan di sekitar Kota Samarahan dan Asajaya melibatkan beberapa kawasan kampung antaranya Kg. Tambirat, Kg. Sri Tajo, Kg. Rebak, Kg. Plaie dan Kg. Baru. Seramai 9 individu telah diperiksa (7 lelaki, 2 perempuan) dan diarahkan menjalani ujian saringan air awal kencing. Hasilnya, 5 lelaki dan 2 perempuan didapati positif dadah jenis Syabu. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah

Bekas Pelajar St Thomas Santuni Golongan Memerlukan

KUCHING: Bekas pelajar SMK St Thomas mencurahkan bakti kepada komuniti dengan memberikan sumbangan kepada keluarga daif di bandar raya ini.

Keprihatinan bekas pelajar itu tercetus selepas kejayaan mereka menganjurkan program pengagihan bubur lambuk pada bulan Ramadhan lepas.

Program itu bukan sekadar untuk menghulurkan bantuan tetapi menyelami kepayahan hidup penerima.

Penyelaras program, Ashdy Narawi berkata, program julung kali diadakan itu sebagai usaha untuk berkongsi rezeki bersama golongan memerlukan.

“Kami meminta keikhlasan daripada bekas pelajar supaya menghulurkan sedikit wang,” katanya selepas program pengagihan bantuan hari ini.

Ashdy berkata, program itu bertujuan untuk menarik minat dan menggalakkan lebih ramai bekas pelajar menunaikan tanggungjawab sosial membantu golongan memerlukan.

Menurutnya, selain itu ia juga melahirkan semangat kerjasama antara bekas pelajar SMK St Thomas.

Penerima pertama merupakan penghidap asma kronik, Nurfahanah Aini Hasbi yang berusia 22 tahun dari Kampung Matang Lot.

Semantara itu, penerima kedua merupakan bapa tunggal yang membesarkan tiga anak yang hanya menyewa bilik di sebuah rumah di Taman Puteri.

Salah seorang anak penerima tersebut merupakan orang kelainan upaya (OKU).

AADK TAHAN 5 PENAGIH SYABU DI SARIKEI

SARIKEI 24.07.2019 5.00 petang hingga 1.40 pagi : 5 orang lelaki tempatan ditahan AADK Sarikei & Aadk Negeri melalui Satu OPS PERDANA .

Ketua Operasi En Grey berkata 5 individu yang dikesan positif dadah Jenis methamphetamine@syabu terdiri dari pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 21 hingga 39 tahun .Kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 3 akta penagih dadah rawatan dan pemulihan1983

Komuniti kita tanggungjawab kita

#unitedagainstdrugs

6 PENAGIH SYABU DITAHAN DI SERIAN

SERIAN 23.07.2019 5.00 petang hingga 1.40 pagi : 6 orang lelaki tempatan ditahan AADK Serian melalui Satu OPS PERDANA .

Ketua Operasi Puan Eva Ak Lichok berkata 6 individu yang dikesan positif dadah Jenis methamphetamine@syabu terdiri dari pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 19 hingga 27 tahun bertempat di simpang gedong ,kpg tarat serian dan jalan serian ke sri aman .Kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 3 akta penagih dadah rawatan dan pemulihan1983

Komuniti kita tanggungjawab kita

#unitedagainstdrugs

ADIK BERADIK POSITIF DADAH DILAWAS

LAWAS 22.07.2019 9.00 malam hingga 2.00 pagi : ADIK BERADIK antara 5 orang ditahan AADK Limbang melalui Satu OPS PERDANA SIRI 2/2019 yang diketuai oleh AADK Limbang bersama AADK Daerah Miri. Operasi ini telah berjaya mengesan sebanyak 5 orang penagih dadah.

Ketua Operasi Opang Melay berkata 5 individu yang dikesan positif dadah Jenis methamphetamine@syabu terdiri dari pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 21 hingga 51 tahun.Operasi ini telah dijalankan di Kawasan Perumahan Banting , Lawas Damit dan sekitar kawasan Lawas.Kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 3 akta penagih dadah rawatan dan pemulihan1983

Komuniti kita tanggungjawab kita

#unitedagainstdrugs

ANAK DAN BAPAK ANTARA YG DITAHAN POSITIF DADAH DLM SERBUAN AADK SARAWAK DI SEKITAR KAWASAN LIMBANG

LIMBANG 21.07.2019 9.30 malam hingga 5.30 pagi : SEPASANG BAPA DAN ANAK antara 5 orang ditahan AADK Limbang melalui Satu OPS PERDANA SIRI 2/2019 yang diketuai oleh AADK Limbang bersama AADK Daerah Miri. Operasi ini telah berjaya mengesan sebanyak 5 orang penagih dadah daripada 7 orang yang telah ditahan.

Operasi ini telah dijalankan di Kampung  Malagangai, Desa Pabahanan dan sekitar kawasan Limbang.Ketua Operasi Opang Melay berkata 5 individu yang dikesan positif dadah Jenis methamphetamine@syabu terdiri dari pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 19 hingga 43 tahun.Kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 3 akta penagih dadah rawatan dan pemulihan1983

Komuniti kita tanggungjawab kita

#unitedagainstdrugs

KEUNIKAN INDAHNYA TOLERANSI AGAMA DI SARAWAK

Alhamdulillah… selesai misi 1.0 untuk mangsa kebakaran di Rumah Panjang Lepan Sayat .. terima kasih diucapkan kepada semua yang perihatin menyumbang utk misi ini… dan ribuan terima kasih kepada semua teman teman yang sudi bersama di dalam misi tersebut… walaupun berbeza bangsa dan agama… kami tetap menunaikan tanggungjwab kasih sayang sesama insan…

terima kasih jugak kepada pihak Rumah Panjang Lepan Sayat dan Komuniti Gereja Rh Panjang Lepan Sayat kerana sudi memberikan ruang di dalam gereja untuk kami memberikan khidmat kepada mangsa2 kebakaran…

Sabda Baginda Nabi Muhammad S.A.W;

“Manusia penyayang akan dicintai Allah yang Maha Penyayang. Cintailah seluruh makhluk di bumi, nescaya makhluk di langit akan menyayangimu.”

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

dan sabda baginda Nabi lagi….

“Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini, nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat.”

(Hadis Riwayat Imam Muslim)