Category: kemalangan jalanraya

EKSIDEN KERETA DENGAN LORI TANKER MINYAK SAWIT DI BATU 18 JLN BINTULU MIRI PAGI TADIK

Kemalangan melibatkan lori tanker dengan muatan minyak sawit perlanggaran dengan kenderaan kereta Saga FLX.

Pihak bomba terus menjalankan kerja kerja menyelamat seorang mangsa masih dalam keadaan sedar tersepit di bahagian tempat duduk pemandu hadapan.

Mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan Ambulans untuk dibawa ke hospital.

Manakala seramai 2 mangsa cedera ringan telah dikeluarkan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam.

SUAMI MASEH TERSEPIT DLM KERETA,ISTERI DAN 2 ANAK TELAH DIKELUARKAN DARI KERETA OLEH ORG AWAM

UPDATED 06.08.19

Seorang bayi lelaki berumur dua bulan maut selepas kereta dinaiki bersama ibu bapanya bertembung dengan lori dalam kemalangan di Batu 21 Jalan Bintulu – Miri, sekitar jam 4.45 petang Isnin.

Kemalangan berpunca apabila kereta yg dipandu keluarga ya hilang kawalan lalu masok ke laluan bersebelahan dan bertembong the lori.

Dua lagi mangsa ,pemandu kereta yg tersepit, ayah kepada mangsa ,cedera parah manakala ibu mangsa hanya cedera ringan.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kereta remuk selepas terlibat dalam kemalangan.

DUA mangsa cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Lorong Setia Raja 4, Tabuan Laru, Kuching di sini pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sarawak terima panggilan pada jam 03.56 pagi. Seramai lapan anggota di ketua olehKetua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Chaplin Wan dengan menggunakan sebuah Fire Rescue Tander (FRT) telah diatur gerak ke lokasi.

Menurut Chaplin, kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira bernombor yang dipandu oleh seorang lelaki bersama seorang lagi rakan hilang kawalan lalu melanggar tembok pembahagi jalan.

Ekoran daripada pelanggaran tersebut, keadaan kereta yang dinaiki remuh dibahagian hadapan dan telah menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit,”katanya.

Tambahnya lagi, pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa pertama tersepit di tempat duduk pemandu iaitu Franklin Kandau anak Jimmy, 19, dikeluarkan dalam masa 13 minit manakala seorang lelaki tersepit di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan dikenali sebagai Chong Yong Sen, 19, berjaya dikeluarkan 6 minit selepas itu.

Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulan untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak dan operasi ditamatkan pada jam 4.55 pagi,’katanya ketika dihubungi.