Category: kehidupan

ANTARA CERITA KETIKA SEPASANG SUAMI ISTERI DI TAHAN POSITIF DADAH ,ANAK BERUMUR 9 BULAN MENANGIS MINTA DISUSUKAN 😢

MIRI 19.7.2019 10.30 MALAM HINGGA 5.30 PAGI : MELALUI SATU OPERASI OPS CEGAH (OSC) MIDS MIRI yang turut dihadiri oleh EN ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF SELAKU PENGERUSI ONE STOP COMMITTEE (OSC) MIDS MIRI . AADK MIRI BERSAMA Aadk Daerah Limbang, Jabatan Imigresen Malaysia Miri , Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri, Rela Miri & JKP Miri telah berjaya mengesan sebanyak 27 orang penagih dadah daripada 32 orang yang telah ditahan.

27 individu yang dikesan positif dadah terdiri dari golongan terdiri dari pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun.Operasi ini telah dijalankan di sekitar kampung wireless dan taman desa senadin Miri. Antara kes yang ditahan positif dadah adalah seperti berikit:

1: Sekeluarga terlibat dengan dadah

Ayah (59 tahun) bersama 2 orang anak lelaki (29 tahun & 26 tahun), seorang anak perempuan (25 Tahun) dan menantu lelaki (26 Tahun) anak saudara (Perempuan – 33 Tahun) (Lelaki-27 Tahun) serta adik lelaki (55 tahun)

2: Penganggur

berumur (26 Tahun) sanggup membahaya diri naik ke bumbung rumah bagi mengelak daripada ditangkap

3: Sepasang suami isteri

suami (26 Tahun) isteri (25 tahun) positif dadah anak berumur (9 bulan). Anak menangis minta disusukan

4: Lima orang warga emas berumur (50 – 59 Tahun) ditahan positif dadah.

5: OKU (Kurang Upaya Mental)

MENURUT EN MAZALAN JIKRAN SELAKU KETUA OPERASI KESEMUA SASPEK YANG DITAHAN ADALAH LELAKI BERUSIA LINGKUNGAN 22 HINGGA 50 THN DAN AKAN DISIASAT DIBAWAH SEKSYEN 3 AKTA PENAGIH DADAH RAWATAN DAN PEMULIHAN 1983

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

#UNITEAGAINSTDRUGS

IBU DLM PERJALANAN KE HOSPITAL BERSALIN DI GERAI TANI KPG STENGGANG JLN BAU LUNDU

oleh Petrus Goel

Seorang wanita dari Lundu dalam perjalanan ke hospital selamat melahirkan anak lelaki di Gerai Tani Kampung Stenggang, jalan Bau Lundu pada pagi Ahad sebentar tadi.

Dimaklumkan mereka dalam perjalanan ke HUS dari Lundu tetapi dalam perjalanan menggunakan kenderaan sendiri, ibu sudah tidak dapat menahan dan mereka berhenti di Gerai Tani berkenaan.

Bayi disambut oleh seorang pembantu kesihatan/perubatan HUS dan dibantu beberapa penduduk kampung (antaranya juga jururawat perbidanan berasal kampung stenggang) yang juga berada di lokasi kebetulan selepas habis sembahyang hari ahad.

Ambulan daripada Hospital Bau telah datang dan membawa ibu serta bayi ke hospital. Dimaklumkan bayi dan ibu berada dalam keadaan yang baik. ‘Miracle Baby’.. 👶👶

PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR “JKM MASOK KAMPONG”

SAMARAHAN KAMPUNG MANG 06 Julai 2019-

Sebanyak 40 penduduk daripada golongan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat turut hadir menjayakan Program Transformasi Luar Bandar(TLB) ”JKM MASUK KAMPUNG”

Program ini dilaksanakan bagi membuat persiapan kampung untuk dicalonkan ke pertandingan Anugerah Desa Perdana yang dianjurkan setiap tahun oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah(KPLB).

Program ini dipengerusikan oleh Ybhg.Datu Jaul Samion,Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak serta dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan.

Antara objektif perlaksaan program ini juga memperkenalkan perkhidmatan-perhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian samarahan serta membina sikap prihatin dan penyayang masyarakat dengan adanya program cari dan bantu bagi golongan yang berkeperluan,pendaftaran golongan OKU dan juga dapat menjalinkan tali silaturahim diantara kakitangan PKMB Samarahan dengan pencucuk Kampung Mang.

Menurut salah seorang dari peserta program Pesara Cikgu Haji Saat Bin Suhai ,berpendapat program ini banyak mengetengahkan skim-skim bantuan yang sedia ada di Jabatan kebajikan Masyarakat dan sebelum ini penduduk kampung hanya mengenal JKM melalui bantuan bulanan sahaja. ‘Walaupun mengambil masa yang singkat, banyak impak yang diperolehi melalui slot sepanjang program’ ,kata beliau yang turut merupakan salah seorang peserta program Jabatan.

Menurut Penghulu Kampung Mang laitu Encik Haji Othman Bin Rayan kali ini beliau amat berpuas hati akan keperihatinan pihak JKM memandangkan telah menganjurkan program sedemikian dan mendapat sambutan baik,walaupun hanya berskala kecil impak positif sangat ketara dan rata-rata peserta program memahami akan peranan JKM bukan sahaja daripada segi memberikan bantuan semata-mata,walaupun peserta dikalangan kampung mang zon 4 sahaja namun beliau berhasrat agar pihak jkm akan menganjurkan lagi program seperti ini untuk zon lainnya,tambah beliau lagi.

Program ini juga tidak terhenti di perkarangan Masjid Kpg Mang sahaja malah pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada lima buah rumah menerusi Program ”Cari Dan Bantu” bagi penerima bantuan yang memerlukan bantuan segera,Program ini juga turut disertai serta dijayakan oleh Pegawai Kebajikan Bahagian Samarahan Puan Sharifah Ranimah Binti Wan Hashim,Encik Mohamad Nadsmi Bin Othman Ketua Unit Pembangunan Kesejahteraan Sosial PKMB Samarahan dan Cik Rezemah Binti Azool Ketua Unit Pembangunan Ekonomi PKMB Samarahan.

8 BUAH RUMAH DI TMN SEPAKAT JAYA DEMAK LAUT MENGALAMI KEROSAKAN AKIBAT RIBUT PETANG TADI

[3.30 ptg] BERLAKU angin ribut dan hujan lebat di kawasan Taman Sepakat Jaya Demak Laut.

Sebanyak 8 buah rumah penduduk telah terjejas dan mengalami kerosakan harta benda serta struktur rumah.

Pihak APM menerima Laporan daripada Pejabat Daerah Kuching dan bergegas ke lokasi kejadian dan mengambil maklumat ketua keluarga terlibat dan membantu membersih pokok tumbang dan atap yang berselerak dan menghalang jalan.

kredit APM Sarawak

6 GELANDANGAN POSITIF SYABU

KUCHING @ 29.6.2019 : AADK Sarawak telah menjalankan 2 operasi yang bermula dari jam 1. 00 petang 12.00 malam dan Operasi bersepadu yang di ketuai oleh Jabatan Kebajikan Malaysia dengan kerjasama pibak PDRM, DBKU, Pejabat Residen & Jabatan Kesihatan telah berjaya mengesan 9 orang yang didapati positif Dadah jenis syabu@Methamphetamine kesemua yang ditahan adalah lelaki yang berusia 30an hingga 50an

Antara lokasi yang dijalankan operasi adalah sekitar kawasan KUCHING ( Bangunan terbiar jalan Ajibah abol, Kampung panglima seman dan Kpg Rampangi.

6 lelaki yang ditahan difahamkan dari golongan gelandangan yang sudah menetap dibangunan terbiar di jalan ajibah abol kuching. Kesemua saspek Disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

ORANG KENA PENGAWASAN DIPENJARA KERANA GAGAL BAYAR DENDA

KUCHING 25.6.2019 @ Selasa / 11.00 pagi : Seorang OKP ( orang kena pengawasan ) lelaki berusia 37 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan kerana gagal untuk membayar denda sebanyak rm 3000.00 oleh Mahkamah Majistret 2 Kuching

Di atas kesalahan langgar syarat subkaedah 2(2) kaedah2 Akta Penagih Dadah rawatan dan pemulihan 1998.Kes dibawa oleh AADK Daerah Kuching.

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

2 REMAJA DIPERINTAH MENJALANI RAWATAN DAN PEMULIHAN SELAMA 2 TAHUN.

KUCHING : 10.00am @ 19.6.2019( Rabu ) Mahkamah Kuching telah memerintahkan 2 orang remaja lelaki berusia 20an untuk menjalani Rawatan dan Pemulihan Di PUSPEN Kuching selama 2 tahun di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA