Category: Jenayah

PEGAWAI AADK SIBU CEDERA DITIKAM SEMASA BERTUGAS

MENURUT KETUA PEG AADK SIBU SEMASA BERADA DI RUMAH ALAMAT SEPERTI DIATAS SAYA TELAH MENERIMA PANGGILAN TELEFON DARI ANGGOTA AADK BERNAMA JUING ANAK GARAI MEMINTA SUPAYA SAYA DATANG KE PUSAT KHIDMAT AADK (CCSC DAERAH SIBU) NO 38 JALAN ULU LANANG, 96000 SIBU KERANA DIA DALAM KEADAAN BERDARAH. SELEPAS ITU SAYA TERUS MENGHUBUNGI ANGGOTA AADK YANG LAIN SUPAYA MENGHALA KE LOKASI TERSEBUT UNTUK MEMBERIKAN BANTUAN. PADA JAM LKURANG 2030 HRS, SAYA TELAH SAMPAI KE LOKASI TERSEBUT DAN SAYA MELIHAT ANGGOTA AADK BERNAMA JUING ANAK GARAI DALAM KEADAAN BERDARAH DI BAHAGIAN DADA SAMBIL MENGERANG KESAKITAN SETELAH ITU SAYA TERUS MENGARAHKAN ANGGOTA YANG LAIN SUPAYA MENGHUBUNGI AMBULANS UNTUK MEMINTA BANTUAN. SAYA TELAH DIMAKLUMKAN OLEH JUING ANAK GARAI BAHAWA KLIEN PUSAT KHIDMAT CCSC BERNAMA RAYMOND TELAH MENIKAM DADANYA (SENJATA TIDAK DINYATAKAN) APABILA AMBULANS SAMPAI ANGGOTA SAYA TERSEBUT TELAH DIBAWA KE HOSPITAL SIBU UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA SAYA BERSAMA ANGGOTA ADDK YANG LAIN JUGA ADA MEMBUAT PEMERIKSAAN DAN MENDAPATI M/SIKAL MILIK JUING ANAK GARAI JENIS HONDA WAVE WARNA MERAH (SPORT RIM OREN) NO PENDAFTARAN TIDAK PASTI TIADA DI PARKING DI DALAM PREMIS SELAIN DARIPADA ITU, KAMI JUGA MENEMUI BEG SILANG DALAM KEADAAN KOSONG MILIK JUING ANAK GARAI DI BAWAH TANGGA.

SEMOGA CEPAT SEMBUH

2 SASPEK DGN SYABU DI BERKAS OLEH UNIT PKKDK/CPDK COMMUNITY POLICING DI TAMAN HUSSEIN PETRA JAYA

UNIT community policing Divisional kuching/padawan(PKKDK/CPDK) semasa team membuat rondaan pada awal pagi tadi di sekitar taman Hussein Petra Jaya di dapati 2 orang penunggang motosikal dalam keadaan yang mencurigakan dan cuba melarikan diri,akan tetapi team CPDK berjaya menghampiri dan memeriksa ,di dapati ada peralatan untuk menagih dadah dan satu paket syabu .

Dua orang suspek tersebut telah dihantar ke Balai Polis Gita ,untuk siasatan lanjut oleh pihak PDRM.

—————————————————

Community policing Divisional kuching/padawan(PERSATUAN KEPOLISAN DAERAH KUCHING/PADAWAN)

Pengerusi Tn.Leo Jackson

Ketua perhubungan awam

En.beltrum

Ketua pegawai operasi&logistik

En.ALTOS

Ketua penyelia

En.eddy

Ketua pentadbiran

En.matteus john

Ketua ronda cpdk

En.mervin hensley

Anggota Cpdk

1.cliff ak jerry

2.saiful

3.mohd.nazri

4.mohd aidil

ORANG KENA PENGAWASAN DIPENJARA KERANA GAGAL BAYAR DENDA

KUCHING 25.6.2019 @ Selasa / 11.00 pagi : Seorang OKP ( orang kena pengawasan ) lelaki berusia 37 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan kerana gagal untuk membayar denda sebanyak rm 3000.00 oleh Mahkamah Majistret 2 Kuching

Di atas kesalahan langgar syarat subkaedah 2(2) kaedah2 Akta Penagih Dadah rawatan dan pemulihan 1998.Kes dibawa oleh AADK Daerah Kuching.

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

KES GADOH GUNA TONG GAS TULAR BUKAN BERLAKU DI KAWASAN BAZAR AIDILFITRI SATOK

KUCHING: Kes pergaduhan malam sebelum Hari Raya Aidilfitri yang tular di media sosial bukan berlaku di kawasan Bazar Aidilfitri Satok yang dikendalikan Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KUBSB).

Pengerusi KUBSB, Razemi Sarbini berkata, berdasarkan penelitian, ia berlaku di kawasan parkir kereta membabitkan peniaga kaki lima kanopi biru.

Menurutnya, sehubungan itu, peniaga di kaki lima bukan di bawah kendalian KUBSB dan insiden terbabit tiada kaitan langsung dengan KUBSB.

“Kami amat terkilan dengan insiden pergaduhan malam tersebut yang menjadi tular warganet kerana ia menjejaskan nama penganjur.

“Kami menyarankan supaya pemantauan lebih ketat peniaga di kawasan parkir pada masa akan datang

kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti Bazar Aidilfitri Satok,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar

Beliau berkata, semua peniaga Bazar Aidilfitri Satok telah memberi komitmen tinggi dengan tidak melanggar syarat ketat dikeluarkan penganjur termasuk menjual barang terlarang seperti mercun dan sebagainya.

Katanya, Bazar Aidilfitri Satok berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung selama 18 hari berlangsung pada tahun ini.

Bazar Aidilfitri dianjurkan lebih 10 tahun oleh KUBSB.

“Terima kasih kepada ribuan pengunjung yang memberi sokongan kepada peniaga tempatan sepanjang aktiviti jualan Bazar Aidilfitri berlangsung.

“Kami mengakui Bazar Aidilfitri Satok antara bazar yang paling popular di Sarawak tidak hairan ia antara bazar yang ditunggu-tunggu masyarakat bukan sahaja dari Kuching tetapi dari luar termasuk Lawas dan Semenanjung.

“Bazar ini bukan sahaja membantu usahawan tempatan tetapi telah berjaya menarik pelancong tempatan dari Semenanjung Malaysia serta luar negara,” katanya.

Tegasnya, KUBSB tidak teragak-agak mengambil tindakan keras terhadap pihak tidak bertanggungjawab dalam memburukkan nama KUBSB dengan mengaitkan insiden pergaduhan tersebut.

Katanya, KUBSB mencadangkan balai polis bergerak di tempat kaki lima atau parkir bagi mengawal kehadiran ribuan pengunjung pada masa akan datang.

“Terima kasih kepada DBKU dan kerajaan negeri kerana memberi kelulusan dan sokongan penganjuran Bazar Aidilfitri Satok.

“Kami mengakui sekiranya ada kekurangan yang ada kami akan berusaha mengatasi pada masa akan datang supaya tidak berulang kembali.

“Sehubungan itu, kami berharap mendapat kerjasama dan sokongan daripada pihak berkuasa terutama polis bagi memastikan keselamatan pengunjung sempena berlangsung Bazar Aidilfitri pada masa akan datang.

“Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak kepada semua rakyat Sarawak,” ujarnya.

SEKELUARGA POSITIF SYABU 😬

KUCHING 27.5.2019 @ Isnin 8.00 – 10.00 Am : AADK Sarawak ( Cawangan Penguatkuasaan & Keselamatan ) telah Berjaya mengesan 3 Beradik lelaki dan seorang wanita merupakan isteri salah seorang daripada lelaki yang ditahan disebuah rumah di sekitar kawasan Lundu. Kesemua saspek yang ditahan berusia lingkungan 20an hingga 30an didapati positif dadah jenis syabu @ Methamphetamine akan disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan & Pemulihan 1983.

#KomunitiKitaTanggungjawabKita

#PerangiDadahHabisHabisan

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

IBU MENGANDUNG ANAK KEMBAR DITAHAN POSITIF

KUCHING 22.5.2019 @ RABU 8.00-1.00pm- AADK Negeri Sarawak Cawangan Penguatkuasa telah Berjaya mengesan seorang lelaki dan 2 wanita positif dadah dalam satu operasi di sekitar kawasan matang. Salah seorang wanita yang ditahan berusia 30 an yang sedang mengandung anak kembar didapati positif dadah jenis syabu dan mengikut pengakuan saspek tersebut dia telah mula mengambil dadah sejak 2 tahun yang lepas . Kesemua saspek berusia lingkungan 20an hingga 40an akan disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan & Pemulihan 1983

#KomunitiKitaTanggungjawabKita

#PerangiDadahHabisHabisan

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

TAK TAHAN PUASA KERANA KETAGIH SYABU

MIRI 10-11.5.2019 @SABTU & AHAD 11.00-5.00 am- AADK Daerah Miri telah mengadakan OPS Bersepadu One Stop Commitee (OSC) MIDS Subis Bil.34/2019 di sekitar kawasan Miri ( 1. Kawasan OSC MIDS ( Bekenu, Kpg Pejuang, Kelulit, Kpg Kelulit, Kpg Jambu, Kpg Peliau, Kpg Sebalik, Tiris, Kpg Masjid Tiris) . Hasil daripada operasi tersebut seramai 13 orang menjalani ujian saringan air kencing dan 9 orang daripadanya didapati positif dadah jenis syabu @ Methamphetamine ditahan dalam operasi tersebut. 9 org yg tersayang sehingga mengabaikan tanggungjawab menjaga anak dan memerlukan sokongan untuk berhenti Menagih.

II. Semua yg ditahan positif dadah mengaku Tidak tahan Gian dadah Jenis syabu di bulan puasa.

III. Dalam operasi berasingan sebelum ini di kawasan Miri, Aadk telah menahan & menjalankan pemeriksaan 7 orang (23 – 38 Tahun Dan kesemua positif dadah Jenis Meth / syabu. kesemua

saspek berusia lingkungan 20an hingga 50an akan disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan & Pemulihan 1983

#KomunitiKitaTanggungjawabKita

#PerangiDadahHabisHabisan

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA