Category: Indonesia

BUNUH PENIAGA, TERTUDUH DIREMAN PENJARA SEHINGGA SEBUTAN SEMULA KES

Lelaki Indonesia yang berdepan tuduhan tentatif mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan diperintah menjalani tahanan reman lanjut di Penjara Limbang.

Tertuduh, Hendri dibawa ke Mahkamah Majistret Limbang, pagi tadi untuk mendengar pertuduhan kes yang disabitkan ke atasnya.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zulfadhli Tuah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil dari tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan kes, Hendri yang memasuki Malaysia dari negara jiran, Brunei Darussalam pada 19 Oktober lalu dan bermalam di kaki lima kedai bebas cukai di pekan Tedungan telah bertindak menikam bertubi-tubi di bahagian depan dan belakang seorang peniaga berusia 62 tahun, menggunakan pisau pemotong sayur berukuran 8 inci.

Tertuduh yang berang dengan mangsa yang memaki hamunnya setelah meminta sedikit wang untuk tambang ke Limbang, melakukan perbuatan tersebut pada pagi, 20 Oktober lepas di kawasan parkir kenderaan berdepan kedai bebas cukai pekan Tedungan, Limbang.

Mahkamah memerintahkan tertuduh ditahan di Penjara Limbang sementara menunggu laporan kimia dan perubatan siap.

Kes disebut semula pada 28 November jam 9.00 pagi.

Kredit Discover Lawas

BATU SECRET ZOO

Batu Secret Zoo covers 17 hectars of Kota Wisata Batu. It hosts more than 300 species of animals from around the world. Meet the smallest monkey in the world, the ring tailed lemur, the american gipsy horse, the albino binturrong tapir and many other distinct species and family friendly attractions. Recognized as the #9 Best Destination in Asia of 2014 and the #5 Best Zoo in Asia of 2014, it holds a Certificate of Excellent Service from 2016 by TripAdvisor.

MAIN ATTRACTIONS

Savanah

Get into the Savannah and meet the oldest and rarest animals from Africa, th rough the marvelous diorama!

Reptile Garden

Reptile Garden has more than a 100 reptiles from around the world, you can meet the snakes, lizards and the famous giant tortoise named Aldabra.

Aquarium

This zone it’s the home of 100 different species of fishes and other sea animals from around the world. Here you can meet the giant electric eel that can only be found in the Amazon river.

Safari Farm

Get into the train, grab some carrots and be able to feed camels, horses, hippopotamuses, american bisons and many other animals that will only be centimeters away from you.

Fantasy Land

Fantasy Land it’s the most notorious place from Batu Secret Zoo. You can expect a water park, several attractions and games, for kids and adults.

River Adventure

kredit Mohd Azlan Saleh

River Adventure offers an artificial lake where you can sit on a boat and feed the storks. Also, you can as well get inside of Noah’s Ark and enjoy a top view of the Zoo.

Tiger Land & Museum Satwa

Tigers from around the world will welcome you in the Tiger Land. At the wildlife museum – Museum Satwa you can meet the preserved animals exhibitions and learn about their lifestyle through dioramas.

Kredit Irhamna Fithriya, Mohd Azlan Saleh

#travel #wonderfulindonesia #pesonaindonesia #indonesia #paradise

More Picture

HATI2 ANAK ANJING(WARNA CREAM) YG GIGIT DUA KANAK2 MASEH BEBAS DI KAWASAN TASIK BIRU

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak meminta bantuan penduduk di Tasik Biru, Bau untuk mengesan seekor anak anjing yang berkeliaran di kawasan tersebut.

Ini berikutan kejadian dua kanak-Kanak di Tasik Biru yang digigit oleh anak anjing peliharaan mereka, baru-baru ini.

Selepas kejadian, seekor daripada anak anjing tersebut telah dibuang oleh pemiliknya di kawasan Tasik Biru.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang menjalankan siasatan kemudiannya mengambil seekor lagi anak anjing yang masih disimpan pemiliknya.

Sampel anjing tersebut telah dihantar ke Makmal Diagnostik Veterinar pada 27 Jun lepas dan DISAHKAN POSITIF RABIES, semalam.

Orang ramai yang mungkin bersentuhan dengan anak-anak anjing tersebut termasuk dijilat dan digigit untuk pergi mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan dengan kadar segera.

KEMALANGAN NGERI!!😬 4 MANGSA TERPELANTING KELUAR DARI KERETA ,SEORANG TERSEPIT EKSIDEN DI KM20 JLN BINTULU MIRI

#Bintulu: Seorang warga negara Indonesia maut, manakala empat lagi rakan termasuk dua daripadanya warga negara Bangladesh cedera setelah kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabit dalam kemalangan di KM 20 Jalan Bintulu – MIRI, Bintulu , di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Mohamad Meramit berkata, sebanyak 9 anggota diketuai oleh PBK II Mustapha bin Wasli bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 7.12 malam.

“Maklumat awal mendapati kenderaan dari arah Miri ke Bintulu itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik.

“Akibatnya, empat mangsa terpelanting keluar dari kenderaan manakala seorang mangsa lelaki dikenali sebagai Samawen, 27 tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba. Mangsa mengalami kecederaan serius sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebaik sahaja dikeluarkan dari kenderaan itu.

“Empat lagi rakan mangsa 1 perempuan, 1 lelaki warganegara indonesia dan 2 lelaki warganegara bangladesh cedera dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 8.53 malam.

-wiraalam-SA

RUSUHAN JALANAN DI JAKARTA

Berlaku rusuhan jalanan di Kota Jakarta berikutan protes dari penyokong2 Prabowo yg tewas kepada Jokowi dalam Pilihanraya Presiden Indonesia 2019.

Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma’ruf Amin, 76, memperolehi 85,607,362 undi, manakala pencabarnya, Prabowo Subianto, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperolehi 68,650,239 undi.

50 pelumba bersaing Kejohanan KBS Motocross 2019 di Litar Serikin STEWART WAKIL MALAYSIA KE INDONESIA

BAU: Seramai 50 pelumba bersaing pada Kejohanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Motocross Championship 2019 Peringkat Negeri Sarawak di Litar Motocross Serikin.

Peserta yang bersaing ialah dari Bau, Lundu, Miri, Kanowit dan beberapa daerah dari seluruh Sarawak menyertai perlumbaan KBS Motocross.

Kategori dipertandingkan ialah Terbuka KBS Motocross, KBS Motocross Novis, KBS Motocross, KBS Motocross Veteran, Terbuka KBS CKD/Scrambler, KBS CKD/Scrambler Below 200 cc, KBS Mini Cub Cross, KBS R1MXC MX 125 (MX200).

Pada perlumbaan tersebut, pelumba Stewart Juhes merangkul gelaran juara keseluruhan.

Dengan kemenangan tersebut Stewart, akan mewakili Malaysia pada Kejohanan Motocross FIM-Asia di Marang, Indonesia pada awal Julai 2019.

Beliau akan bersama Anlody Rutel bakal mewakili Sarawak pada perlumbaan di Kejohanan Motocross Championship Terbuka Indonesia nanti.

Kejohanan tersebut merupakan anjuran tahunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan ini merupakan kali ketiga dilaksanakan di Litar Serikin Bau.

Kejohanan tersebut telah berlangsung selama dua hari bermula dari 27 sehingga 28 April 2019.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Adun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep.

Kejohanan yang medapat sambutan penyertaan dan pengunjung ini telah dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Pejabat Daerah Bau, Kelab Region 1, Jawatankuasa Gawai Sales serta dibantu oleh Marshall dari SARSA, Ibu Pejabat Polis Daerah Bau, Bomba Bau, Jabatan Pertahanan Adam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Malaysia (RELA).

Selain penganjuran di Sarawak, KBS Motocross ini juga dianjurkan di Kedah, Kelantan dan Johor.

Timbalan Pengarah Jabatan Beli dan Sukan Negeri Sarawak, Zaini Abdul Aziz berkata, objektif perlumbaan ialah memberi pendedahan kepada belia yang mempunyai potensi sebagai pelumba untuk dicungkil kebolehan dan bakat dalam bidang permotoran.

Selain itu katanya, ia memperkenalkan dan memberi peluang kepada masyarakat di peringkat akar umbi mengenali sukan motorcross dengan lebih dekat dan komprehensif.

“Dalam pada itu, ia promosi dan mempertingkatkan sosio ekonomi masyarakat tempatan melalui sukan bermotor.

“Selain itu, memupuk perpaduan di kalangan komuniti belia permotoran yang terdiri dari berbilang kaum, menerusi penglibatan acara sukan permotoran motorcross yang amat popular dan diminati pada masa kini,” ujarnya.

Beliau berkata, sukan bermotor telah mendapat perhatian orang ramai terutama golongan belia.

Menurutnya, usaha bagi menggalak serta membangunkan sukan bermotor untuk melahirkan seramai mungkin pelumba perlu dipergiat secara berterusan dan menyeluruh.

“Kesungguhan kerajaan dalam sukan ini terbukti dengan pembinaan litar lumba bertaraf dunia di Sepang dan penganjuran Formula One pada tahun 1999 dalam usaha mempopularkan dan menaikkan imej Negara dalam sukan bermotor,” katanya.

– admin DB –