Category: Gawai

PUSAT INTERNET KAMPUNG TAEE ANJUR SAMBUTAN HARI GAWAI RAYA 2019

SERIAN- Pusat Internet Kampung Taee, Serian dengan jayanya telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Gawai dan Raya 2019 di Kampung Taee, Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis (CEO) Maxis iaitu Encik Gokhan Ogut telah membuat lawatan ke Pusat Internet Kampung Taee sempena Majlis Sambutan Gawai Raya 2019.

Dalam kunjungannya ke Sarawak, ini adalah kali pertama beliau ke Kampung Taee setelah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Maxis pada Mei lalu.

Beliau turut ditemani oleh Ketua Jualan dan Perkhidmatan Maxis iaitu Encik Tan Lay Han, Ketua Wilayah Maxis Sarawak Encik Alexius Bong, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Puan Mariam Bevi Batcha.

Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh En. Scott Kueh Sui Yek iaitu Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) Wilayah Sarawak.

Kesemua tetamu telah disambut meriah oleh Ketua Kaum En. Jacques Kantuh, Pengurus Pusat Internet Cik Ramlah Osman, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Taee dan seluruh penduduk Kampung Taee.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah persembahan kebudayaan, lawatan ke Pusat Internet Kampung Taee dengan menyaksikan Live Tutorial E-Kelas, cabutan bertuah selain jamuan untuk tetamu yang hadir.

“Ini adalah kali pertama CEO Maxis dan VIP ke Kampung Taee, jadi kami harus berikan yang terbaik, supaya mereka akan ingat kami disini’’, kata Pengurus Pusat Internet Kampung Taee.

Maxis turut menaja 30 orang penduduk kampung Taee yang berpakaian penuh tradisional dengan Kad Isian semula (Reload) Hotlink RM30.

Pusat Internet Kampung Taee terpilih untuk menganjurkan sambutan Gawai Raya berikutan sebagai hadiah kemenangan Tempat Pertama Pertandingan Dekorasi Gawai Raya oleh Maxis E-Kelas.

Maxis telah menganjurkan program E-Kelas kepada 72 buah Pusat Internet di Malaysia daripada 118 buah Pusat Internet dibawah kelolaan Maxis. E-Kelas merupakan program pembelajaran digital dan interaktif secara Percuma kepada pelajar Darjah 6 hingga Tingkatan 5. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, boleh melayari www.ekelas.com.my.

Bertemakan konsep tradisional, semua pengunjung mengenakan pakaian tradisi kaum Bidayuh dan juga kaum Melayu. Ini telah menunjukkan semangat perpaduan dan ukhuwah sesama masyarakat di Kampung Taee.

Kesemua tetamu berasa teruja dengan komuniti Kampung Taee dan berharap akan kembali lagi pada masa hadapan.

RAMAH TAMAH GAWAI RAYA SATUKAN USAHAWAN

KUCHING: Ramah-tamah Aidilfitri dan Ngiling Bidai Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KUBSB) berjaya menyatukan usahawan kalangan ahli koperasi.

Setiausaha Agung KUBSB Alfian Yusop berkata, dengan adanya majlis tersebut ukhuwah kalangan usahawan dapat ditingkatkan sekali gus menjadikan KUBSB bertambah kuat.

“Ahli dalam KUBSB bukan sahaja disarankan bekerja keras untuk meningkat perniagaan masing-masing malah bekerjasama untuk menguatkan organisasi dalam KUBSB,” katanya dalam kenyataan sempena penganjuran

Ramah tamah Aidilfitri dan Ngiling Bidai Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad Sarawak (KUBSB) malam semalam.

Pada majlis tersebut KUBSB menyampaikan sumbangan wang khairat kematian dan pelajaran (anak ahli cemerlang dalam peperiksaan) untuk ahli.

Alfian berkata, penganjuran Bazar Aidilfitri Satok yang menerima lebih 100,000 antara kejayaan KUBSB tahun ini.

Katanya, berdasarkan kaji selidik Bazar Aidilfitri Satok antara bazar terbesar di Malaysia menyaingi bazar ternama di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, pihaknya berharap Kerajaan Sarawak terus memberi peluang kepada KUBSB untuk menganjurkan Bazar Aidilfitri Satok pada masa akan datang.

“Penganjuran Bazar Aidilfitri Satok sejak tahun 2007 diadakan. Ia disertai usahawan kaki lima terutama usahawan bumiputera.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerjaan Sarawak menerusi DBKU dan semua terlibat termasuk ahli.

“Kami yakin penganjuran tahun depan lebih berprestij dan jumlah pengunjung mencecah lebih 100,000 orang,” katanya.

Seramai 75 peniaga berniaga di Bazar Aiedilfitri Satok yang berlangsung selama 18 hari baru-baru ini.

UNIKNYA SAMBUTAN GAWAI RAYA KRT BAHAGIAN SRI AMAN

Objektif Program Ikatan Perpaduan Sempena Gawai Raya 2019 KRT Bahagian Sri Aman.

Mewujudkan peluang kepada ahli Rukun Tetangga untuk berkenalan dam berinteraksi diantara satu sama lain.

Meningkatkan lagi persefahaman dan hubungan antara pelbagai kaum

Mewujudkan dan menyemaikan nilai nilai yang mampu membudayakan perpasuan serta kesejahteraan rakyat.

Majlis dirasmikan YB Tuan Ali Biju Ahli Parlimen P205 Saratok.

Menurut kata YB. “Uniknya Sarawak Sambutan Gawai Raya disambut bersama tanpa mengira kaum, budaya dan agama. Kekalkan perpaduan antara kaum di Sarawak” contohnya YB hari ini segak bergaya dengan berbaju melayu bersongkok dan bertopi melayu.

Dalam majlis bersama YB turut menyumbangkan 20ribu kepada KRT Bahagian Sri Aman untuk menjayakan program Gawai Raya 2019.

Arfathma Abadi

SEDC SARAWAK SANTUNI PELAJAR PELAJAR DARI KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN

KUCHING – Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC Sarawak) telah mengadakan majlis amal “Gawai Raya” bersama pelajar pelajar sekolah rendah yang dikawasan Kuching dan Padawan.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 100 pelajar pelajar dan guru guru mereka telah dirasmikan oleh Pengerusi SEDC Sarawak, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Haji Husain yang diiringi oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir serta pegawai pegawai kanan dan para kakitangan.

Dalam ucapan beliau, Tan Sri Abdul Aziz berkata majlis amal itu telah memasuki tahun ketiga dan ianya bertujuan untuk meraikan pelajar pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Program ini adalah sebahagian daripada tanggungjawap sosial korporat atau CSR kami dan ia menunjukkan betapa komitednya SEDC Sarawak dalam mendampingi golongan yang kurang berkemampuan,” kata beliau.

Menurut beliau, terdapat banyak bantuan dan program amal yang telah diatur oleh agensi kerajaan negeri itu bersama anak anak syarikatnya yang melibatkan golongan yang memerlukan bantuan.

Beliau turut mengesa agar kakitangan SEDC Sarawak dan anak anak syarikatnya untuk meneruskan inisiatif dan aktiviti CSR dan tidak cuma melakukannya semasa musim perayaan.

“Semangat membantu golongan yang kurang berkemampuan perlu diteruskan demi menringankan beban mereka dan untuk memberi dorongan kepada ahli ahli masyarakat yang lain untuk memainkan peranan mereka dalam aspek kebajikan,” kata Tan Sri Abdul Aziz.

Pelajar pelajar yang terlibat di majlis Gawai Raya itu adalah dari ialah SK Jalan Haji Bolhassan, SK Tan Sri Haji Mohammad, SK Siol Kanan, SK RPR Batu Kawah, SK Pulo, SK Gita dan SK Bingyu di Padawan.

Semasa bulan Ramadan yang lepas, SEDC Sarawak bersama anak anak syarikatnya turut menyantuni hampir 200 orang kanak kanak yatim dari beberapa rumah kebajikan disekitar bandaraya Kuching and di Sri Aman.

Mereka telah diraikan dimajlis berbuka puasa dan sembahyang berjemaah di Hotel Grand Margherita Hotel dimana tetamu tetamu kehormat yang turut hadir termasuk Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak serta isteri dan Ketua Menteri Sarawak serta isteri. Setiap kanak kanak turut menerima sumbangan duit raya yang disampaikan pada majlis yang diadakan.

PENGHANTARAN BANTUAN UNTOK MANGSA BANJIR DI LONG KAJANG DAN LONG ABIT BELAGA

Pada (8 Jun 2109) rombongan selamat sampai ke Long Kajang pada 5.30 petang.

Untuk makluman umum, hujan lebat berterusan pada 04-06 Jun 2019 menyebabkan 2 buah kampung (Uma Penan Long Kajang & Uma Penan Long Abit) terputus hubungan.

Penghantaran bantuan dan rombongan juga turut menggunakan perahu/bot berikutan lokasi penempatan/kampung yang terletak di seberang & hilir sungai.

Seramai 183 orang mangsa dari 58 buah keluarga terlibat dari 2 buah kampung tersebut.

Simbolik penyerahan bantuan telah dibuat di Uma Penan Long Kajang pada jam 9 malam 08/06/2019 dan Uma Penan Long Abit pada keesokan harinya iaitu pada jam 12.18 petang 09/06/2019 oleh YB Kennedy Chuk Pai Ugon.

Agensi2 yg terlibat adalah Pejabat Daerah Belaga,Rombongan YB Kennedy Chuk Pai Ugon,APM ,LLP dan JKM.

Sumber:

APM Belaga

Sekretariat JPBD Belaga

Disediakan oleh:

Mej(PA) Ismail bin Mahedin

APM Sarawak

Sekretariat JPBN Sarawak

KELUARGA CEMAS APABILA KERETA PACUAN 4 RODA HILANG KAWALAN LALU TEBALIT DI JLN BALAK SONG NGEMAH 😢

Menurut sumber ,kereta pacuan 4 roda yg dinaiki oleh 10 orang sekeluarga itu, tiba2 hilang kawalan lalu tebalit ketika menaiki bukit di jln balak Song Ngemah pada lewat petang tadi.

3 mangsa(seorang kanak kanak) dilaporkan cedera manakala 7 lagi mangsa (2 kanak kanak) tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika pihak BOMBA BBP Song tiba di lokasi kejadian,kesemua mangsa telah pun dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam yg kebetolan lalu di jalan itu.

Pihak BOMBA menghantar ketiga2 mangsa yang cedera ke Klinik Kesihatan Song.

iNFO BBP Song

MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN BANTUAN DI RUMAH BESAR LONG BUSANG

LAPORAN TERKINI PERGERAKAN ROMBONGAN KE LOKASI BANJIR DI LONG BUSANG

06 Jun 2019 @4 petang

Agensi agensi yg terlibat

1. Pejabat Daerah Bukit Mabong – 2x pegawai

2.Rombongan YB Datuk Wilson Ugak anak Kumbong MP P216 Hulu Rajang = 2x pegawai

3. Rombongan YB Datuk liwan Lagang ADUN N65 Belaga= 2 pegawai

4.APM = 4x anggota

5.JKM = 1x pegawai

6. PDRM = 1x pegawai ( IPD Belaga )

7. PPD Belaga = 1 x pegawai

5 Jun 2019

Rombongan selamat sampai ke Long Busang pada pukul 5.40 petang.

Hasil daripada pemerhatian dan sumber maklumat daripada orang kampung, paras air sungai meningkat disebabkan hujan lebat semenjak malam hari 03 Jun 2019 dan air naik dijangka sehingga 12 kaki dari paras tanah.

Sebanyak lebih kurang 82 pintu rumah yang terjejas banjir dengan 340 orang jumlah mangsa.

Pada pukul 9 pagi 06 Jun 2019 majlis simbolik penyerahan bantuan telah dibuat di “Rumah Besar” Long Busang.

Dalam simbolik penyerahan tersebut YB datuk Wilson Ugak telah mengumumkan untuk memberi bantuan RM 20,000.00 dan YB Datuk Liwan Lagang juga telah mengumumkan untuk menyalur bantuan berjumlah RM 30,000.00 kepada mangsa banjir.

Rombongan balik semula ke Kapit pada jam 10 pagi dan telah selamat sampai pada jam 3 petang.

Sumber:

APM Kapit

Sekretariat JPBB Kapit

Disediakan Oleh:

Mej(PA) Ismail bin Mahedin

APM Sarawak

Sekretariat JPBN Sarawak

PENINGKATAN ALIRAN TRAFIK DI PANGKALAN FERI SEBUYAU/TRISO DI BAHAGIAN SAMARAHAN BERSEMPENA PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK DAN CUTI SEKOLAH

Peningkatan aliran trafik di pangkalan Feri Sebuyau/Triso di Bahagian Samarahan mulai semalam dan pengguna diingatkan supaya bersabar dan bertolak ansur ketika menuju ke destinasi masing-masing pada musim perayaan dan cuti sekolah ini.

Peningkatan jumlah kenderaan dapat dilihat bermula dari awal pagi semalam namun keadaan masih lagi terkawal dan ini menyebabkan kenderaan berbaris panjang semasa menunggu giliran menggunakan feri untuk menyeberangi Batang Lupar dari Sebuyau Bahagian Samarahan ke Triso Bahagian Betong.

Kini terdapat tiga feri beroperasi di pangkalan Feri Sebuyau/Triso di Bahagian Samarahan. Antara langkah diambil bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak menggunakan perkhidmatan feri adalah bermula dari 25 Mei sehingga 16 Jun ini di pengkalan Feri Sebuyau/Triso, untuk Feri Pertama masa operasi dari 6 pagi dilanjutkan sehingga 12 tengah malam, Feri Kedua beroperasi dari 4 pagi akan dilanjutkan sehingga keesokan 2 pagi dan Feri Ketiga akan beroperasi seperti biasa dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.

Ini bermakna terdapat tiga feri beroperasi di waktu 8 pagi sehingga 10 malam. Namum begitu, operasi feri tidak dapat menampung peningkatkan aliran trafik secara mendadak dimana perantau yang mahu balik kampung untuk meraikan perayaan berganda ini mula bergerak dari semalam dan menggunakan jalan persisiran merupakan punca utama menyebabkan kenderaan berbaris panjang di sebelah Sebuyau, bandingan aliran trafik dari sebelah Triso.

Mohon kerjasama dari nelayan-nelayan tempatan supaya tidak memasang pukat berdekatan dengan laluan feri. Akitiviti nelayan yang memasang pukat di laluan feri telah mengganggu dan menjejaskan kelancaran operasi feri. Ini menyebabkan feri terpaksa memperlahankan operasi di mana masa diambil untuk menyeberangi lebih panjang.

Pengguna jalan raya yang menggunakan perkhidmatan feri dinasihati supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan feri dan memberi kerjasama supaya tidak memotong barisan serta mengikut arahan krew feri yang bertugas terutama semasa kenderaan memasuki dan keluar dari feri.

Ingin diingatkan bahawa, hanya pemandu sahaja dibenarkan berada di dalam kenderaan dengan cermin dibuka sepenuhnya manakala semua penumpang lain tidak dibenarkan berada di dalam kenderaan masing-masing ketika feri sedang bergerak. Ketika kenderaan berada di dalam feri, enjin hendaklah dimatikan, brek tangan ditarik dengan ketat dan pengguna dinasihati supaya sentiasa peka terhadap lokasi alat bantuan kecemasan seperti jaket, pelampung dan rakit keselamatan.

CAWANGAN KOMUNIKASI KORPORAT

JABATAN KERJA RAYA SARAWAK

Tarikh : 31 Mei 2019