Category: Flooding

MANGSA BENCANA BANJIR 2019 TERIMA BANTUAN WANG IHSAN

05 OGOS 2019, BETONG – Di Sarawak, semua mangsa bencana banjir bagi monsun timur laut 2018/2019 ataupun musim tengkujuh yang lalu telah menerima bantuan wang ihsan bencana banjir.

Bantuan wang ihsan bencana ini merupakan salah satu usaha kerajaan di dalam membantu rakyat ketika bencana banjir berlaku yang terikat dengan polisi dan prosedur yang sedia ada.

Atas pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, peruntukan daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), selaku penyelaras dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai pelaksana majlis pemberian bantuan wang ihsan banjir di seluruh negara.

Tujuan pemberian bantuan wang ihsan adalah:

1. Sebagai tanda keprihatinan dan rasa tanggungjawab Kerajaan Malaysia dalam memberikan sumbangan kepada mangsa bencana yang terlibat.

2. Membantu meringankan beban mangsa bencana buat sementara waktu dan merupakan sumbangan ikhlas tertakluk kepada kadar-kadar dan kelulusan yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; dan

3. Membantu mangsa bencana memulakan kehidupan setelah dilanda bencana, namun bantuan wang ihsan ini bukanlah ganti rugi atau pun pampasan.

Pada tahun ini, bencana banjir telah berlaku di 9 buah daerah iaitu Kuching, Bau, Lundu, Simunjan, Betong, Pakan, Kanowit, Selangau dan Bukit Mabong. Sebanyak 1,339 keluarga telah diberi bantuan wang ihsan dengan bantuan berjumlah RM 669,500. Bantuan yang paling banyak disalurkan adalah di Daerah Kecil Debak,Betong iaitu melibatkan seramai 612 keluarga yang berpindah dan tidak berpindah di pusat pemindahan dengan peruntukan berjumlah RM306,000. setiap keluarga menerima RM 500 untuk sekali dalam kitaran musim monsun timur laut. Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan yang telah diadakan di Dewan Perpaduan Debak telah disampaikan oleh Tuan Sofhi bin Jebal, Pegawai Daerah Betong. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Nazari bin Bujang, Pegawai daerah Kecil Debak , Mejar (PA) Ismail bin Mahedin, Sekretariat JPBN Sarawak dan Kapten (PA) Husman bin Harto, Sekretariat JPBB Betong.

Bagi kelayakan penerima bantuan wang ihsan adalah:

1. Warganegara Malaysia yang memiliki MYKAD berwarna biru

2. Penerima adalah mangsa bencana

3. Jenis rumah adalah rumah kediaman

4. Berumur 18 tahun ke atas; dan

5. Hanya satu rumah yang terlibat layak untuk mendapat sekali bantuan wang ihsan bencana tanpa mengira isi rumah / keluarga

6. Kelayakan bantuan hanya diberikan sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diisytiharkan. sekiranya bencana berlaku melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

Disediakan oleh:

Mejar (PA) Ismail bin Mahedin

APM Sarawak

Sekretariat JPBN Sarawak

PENGHANTARAN BANTUAN UNTOK MANGSA BANJIR DI LONG KAJANG DAN LONG ABIT BELAGA

Pada (8 Jun 2109) rombongan selamat sampai ke Long Kajang pada 5.30 petang.

Untuk makluman umum, hujan lebat berterusan pada 04-06 Jun 2019 menyebabkan 2 buah kampung (Uma Penan Long Kajang & Uma Penan Long Abit) terputus hubungan.

Penghantaran bantuan dan rombongan juga turut menggunakan perahu/bot berikutan lokasi penempatan/kampung yang terletak di seberang & hilir sungai.

Seramai 183 orang mangsa dari 58 buah keluarga terlibat dari 2 buah kampung tersebut.

Simbolik penyerahan bantuan telah dibuat di Uma Penan Long Kajang pada jam 9 malam 08/06/2019 dan Uma Penan Long Abit pada keesokan harinya iaitu pada jam 12.18 petang 09/06/2019 oleh YB Kennedy Chuk Pai Ugon.

Agensi2 yg terlibat adalah Pejabat Daerah Belaga,Rombongan YB Kennedy Chuk Pai Ugon,APM ,LLP dan JKM.

Sumber:

APM Belaga

Sekretariat JPBD Belaga

Disediakan oleh:

Mej(PA) Ismail bin Mahedin

APM Sarawak

Sekretariat JPBN Sarawak

MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN BANTUAN DI RUMAH BESAR LONG BUSANG

LAPORAN TERKINI PERGERAKAN ROMBONGAN KE LOKASI BANJIR DI LONG BUSANG

06 Jun 2019 @4 petang

Agensi agensi yg terlibat

1. Pejabat Daerah Bukit Mabong – 2x pegawai

2.Rombongan YB Datuk Wilson Ugak anak Kumbong MP P216 Hulu Rajang = 2x pegawai

3. Rombongan YB Datuk liwan Lagang ADUN N65 Belaga= 2 pegawai

4.APM = 4x anggota

5.JKM = 1x pegawai

6. PDRM = 1x pegawai ( IPD Belaga )

7. PPD Belaga = 1 x pegawai

5 Jun 2019

Rombongan selamat sampai ke Long Busang pada pukul 5.40 petang.

Hasil daripada pemerhatian dan sumber maklumat daripada orang kampung, paras air sungai meningkat disebabkan hujan lebat semenjak malam hari 03 Jun 2019 dan air naik dijangka sehingga 12 kaki dari paras tanah.

Sebanyak lebih kurang 82 pintu rumah yang terjejas banjir dengan 340 orang jumlah mangsa.

Pada pukul 9 pagi 06 Jun 2019 majlis simbolik penyerahan bantuan telah dibuat di “Rumah Besar” Long Busang.

Dalam simbolik penyerahan tersebut YB datuk Wilson Ugak telah mengumumkan untuk memberi bantuan RM 20,000.00 dan YB Datuk Liwan Lagang juga telah mengumumkan untuk menyalur bantuan berjumlah RM 30,000.00 kepada mangsa banjir.

Rombongan balik semula ke Kapit pada jam 10 pagi dan telah selamat sampai pada jam 3 petang.

Sumber:

APM Kapit

Sekretariat JPBB Kapit

Disediakan Oleh:

Mej(PA) Ismail bin Mahedin

APM Sarawak

Sekretariat JPBN Sarawak

TERKINI : BANJER DI SK ULU SEGAN SEBAUH BINTULU

Seluruh kawasan sekolah dinaiki air dalam paras 1½ kaki. Difahamkan banjir berlaku akibat dari limpahan air sungai bersebelahan kawasan sekolah.

Ianya juga disebabkan oleh hujan lebat yang berlaku di kawasan hulu pada awal pagi jumaat. Keadaan adalah terkawal dan tiada pemindahan dilakukan setakat ini.

Tiada sesi persekolahan dijalankan untuk hari ini hanya kelas bimbingan Tahun 6.

Difahamkan sekolah tersebut mempunyai titi untuk pergerakan pelajar.

Untuk makluman Sk Ulu Segan sering dilanda banjir kilat akibat dari hujan lebat di kawasan hulu.

FOTOS keadaan terkini dilokasi, cuaca mendung dan paras air meningkat sedikit.