Category: Fishing

MUSIM UDANG MELANDA DI LINGGA SRI AMAN ❤️❤️

Musim udang melanda di Lingga Sri Aman.

Lingga sebuah pekan kecil di Sri Aman ditebing Sungai Batang Lupar kini dilanda musim Udang Galah. Udang Galah pelbagai saiz dijual sekitar rm38 hingga rm60 sekilo.

Kebanyakan udang ini datang dari hasil membelat di sungai sekitar Batang Lupar seperti di Banting.

Kebiasaanya udang udang ini akan diborong hingga ke Sri Aman.

Cikgu Emmet Menulis

IKAN PARI RAKSASA MASUK PUKAT ..REJEKI NELAYAN

3 orang nelayan dari Kampong Kuala Sibuti terperanjat apabila seekor pari raksasa dengan berat 250kg tersangkut pada pukat yang di pasang di laut Kuala Niah.

Oleh kerana bot mereka terlalu kecil,ikan pari tersebut terpaksa di ikat di tepi bot dan ditunda ke darat.

Ikan pari itu telah dibeli oleh seorang lelaki dengan harga Rm1,000.00

kredit foto Amiruddin Amin