Category: Fishing

KAPAL KARGO MEMBAWA BATU KELIKIR DITAHAN KERANA TIADA NAKHODA/MASTER SEMASA PELAYARAN

TANJUNG MANIS, 23 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tg. Manis telah menahan sebuah Kapal Kargo yang membawa muatan Batu Kelikir dari Kuching ke Sibu di kedudukan 1.3 Batu Nautika Selatan Tg. Jerijeh. Kapal Kargo tersebut ditahan kira-kira pada jam 9.42 pagi.

Ketika sedang melaksanakan Rutin Rondaan Harian, Pasukan Operasi Khas telah mengesan sebuah Kapal Kargo yang sarat dengan muatan Batu Kelikir dalam keadaan yang mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati; kapal kargo tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar iaitu Tiada Nahkoda/Master di atas kapal semasa Pelayaran.

Krew bot berkenaan adalah terdiri daripada 5 orang lelaki, 2 orang daripadanya adalah warga tempatan dan 3 orang lagi warga India yang memiliki passport serta dokumen pengenalan diri yang sah.

Pengarah Maritim Tg. Manis, Komander Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim berkata, Zon Maritim Tg. Manis akan terus dan sentiasa mempergiatkan usaha pemantauan serta rondaan bagi memastikan sebarang aktiviti yang melanggar atau menyalahi undang-undang di laut dapat dibendung serta dibenteras dengan sewajarnya.

Kapal Kargo tersebut kemudiannya ditahan dan diiringi masuk ke Jeti Sarikei untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tindakan selanjutnya.

BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN KERANA MELANGGAR SYARAT SAH LESEN

MUKAH, 22 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan Kelas “C2” di kedudukan lebih kurang 21.6 Batu Nautika Utara Mukah. Bot berkenaan ditahan pada 21 November jam 1.31 petang.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz bin Md. Kassim berkata, operasi ini dijalankan setelah menerima maklumat aduan awam mengenai bot pukat tunda yang berleluasa di kawasan berkenaan yang kerapkali menangkap ikan dengan menunda serta melanggar zon menangkap ikan sebagaimana telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Sejurus dari laporan tersebut, satu Pasukan Operasi telah diaturgerak ke lokasi bagi melaksanakan tugasan dan operasi berkenaan. Hasil pemeriksaan mendapati, kelapan-lapan lelaki (awak-awak termasuk tekong) yang diperiksa adalah warga negara Thailand dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot tersebut ditahan semasa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu disyaki menunda atau memukat ikan kurang dari jarak yang telah ditetapkan di dalam Buku Lesen. Menurut tekong, bot tersebut dipercayai berasal dari Mukah. Bot berkenaan kemudiannya ditahan dan diiringi masuk ke Jeti LKIM Tg. Manis untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tindakan selanjutnya. Sejumlah hasil tangkapan ikan campur juga turut dirampas.

Zon Maritim Tg. Manis akan terus mempergiatkan usaha pemantauan serta rondaan yang berterusan bagi memastikan sebarang aktiviti yang melanggar atau menyalahi undang-undang di laut dapat dibendung serta dibenteras dengan sewajarnya.

Oleh yang demikan, sebarang pelakuan salah laku serta kesalahan jenayah, pencerobohan zon menangkap ikan di laut atau sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang, pengadu bolehlah membuat aduan dengan menghubungi terus Bilik Operasi Zon Maritim Tg. Manis di talian: 084-613292/084-613293 atau MERS 999 (24 jam).

WAN KAMARUDDIN HILANG SELEPAS KELUAR MENANGKAP KETAM

Menurut iNFO dari keluarga nya,Wan Kamaruddin Bin Wan Mohammad yg berumur 30 tahun telah keluar dari rumah nya di Kpg HJ Gobil Samariang pada pukul 4 petang semalam.Seperti kebiasaan nya,dia menaiki motosikal (warna merah) dgn Plat no QKM528 utk ke lokasi tempat memasang bubu ketam.

Beliau memberitahu isterinya dia hendak pergi menangkap ketam di sungai.Antara lokasi yg selalu dilawati nya adalah kawasan Sungai Lumut di jalan baru belakang Madarasah.

Sehingga kini,Wan Kamaruddin maseh belum balik lagi.Keluarga nya sangat risau dan telah membuat laporan polis.

Pihak keluarga nya telah berusaha pergi ke beberapa kawasan sekitar Sungai Lumut namun gagal menemui nya.

BOATBASED OPEN CASTING COMPETITION 2019 DI KPG SAMPADI ANJURAN KUCHING ANGLERS COMMUNITY ,MAIN SPONSOR DAIWA MALAYSIA

DAIWA boatbased casting competition open KING OF SEMPADI anjuran kuching anglers community dan jkkk kampung sempadi lundu pada sabtu 29/6/19

Bersama hafiz suip

Dan bg sesiapa yg berminat untuk belajar atau mengetahui tentang memancing teknik casting,jigging, bolehlah menghadiri fishing clinic anjuran Daiwa pada 30.06.2019(Ahad)

Ada hadiah bg sesiapa yg dtg join fishing clinic

iNFO Razali Lee

LELAKI HILANG KETIKA KELUAR MENANGKAP KETAM DI KUALA SIBUKANG LIMBANG

Mangsa dikenali sebagai Jimney Abdullah @ Tan Hui Ming berusia 38 tahun.

Mangsa keluar bersendirian ke laut pada jam 6.30 pagi tadi bertolak dari Jeti Kampung Sibukang bagi tujuan aktiviti mencari ketam.

Bot mangsa ditemui oleh rakan nya tanpa pengemudi pada pukul 12.30 tengahari tadi di Muara Sungai Sibukang.

Bapanya terus membuat laporan polis berkenaan kehilangan anak nya itu.Mangsa dikatakan tidak pandai berenang.

Pihak BOMBA ,PDRM,APM dan penduduk kampung terlibat dalam OPS SAR mencari mangsa pada hari ini.

TLDM TAHAN 3 BUAH BOT NELAYAN ASING

Kota Kinabalu, 23 Mei 19 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya menahan 3 buah Bot Nelayan Asing dipercayai dari Vietnam lebih kurang 15batu nautika Timur Laut Stesen PAPA TLDM.

Bot nelayan bersama 33 orang awak-awak serta tekong itu telah ditahan oleh Kapal  Auxilary Bunga Mas 5 (KA BM5) pada 21 Mei 19 jam 1530H.

 

Pegawai Memerintah KA BM5 Kdr Banggau Anak Limbing TLDM berkata, bot tersebut telah dikesan menceroboh perairan negara dipercayai untuk melaksanakan aktiviti menangkap ikan secara haram. 

Siasatan awal mendapati kesemua awak-awak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah serta dipercayai warganegara Vietnam. Bot beserta awak-awak tersebut diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan lanjut.

TLDM dalam kenyataannya memaklumkan kejayaan penangkapan Bot Nelayan Vietnam tersebut adalah kali kedua selepas penangkapan di perairan Kuching yang lalu oleh KD TODAK.

TLDM akan meneruskan rondaan dan meningkatkan pengoperasian di kawasan tertumpu bagi memastikan perairan negara tidak diceroboh dan sumber maritim dicuri sewenang-wenangnya oleh anasir luar.

SARAPAN SESAR DAN SAGUK 👍

Sebenarnya melambangkan dua aktiviti ekonomi tradisi melanau.

Sesar unjur – hasil aktiviti ekonomi melanau yang mendiami pesisir pantai. Diperbuat daripada payak merah (udang) yang disalai. Payak merah banyak diperolehi di kawasan Pulau Bruit pada Mac dan April.

Saguk diperbuat menggunakan tepung yang dihasilkan dari pokok sagu/rumbia/mulung – tepung lemantak. Pokok rumbia banyak ditanam di kawasan Mukah, Dalat dan Oya. Aktiviti ekonomi ini dijalankan oleh masyarakat Melanau di kawasan agak jauh dari pantai.

kredit jipo : Enche Saibi