Category: Fire

KEBAKARAN RUMAH PANJANG DI LONG PALAI PADA AWAL PAGI TADI

13 Julai 2019 Miri

Kebakaran rumah panjang (kaum kenyah) di Long Palai pagi tadi jam 5.20

Adalah dipercayai kebakaran ini melibatkan blok yg mempunyai 5 bilik. (Lebih kurang 20 orang mangsa).

Maklumat lanjut masih belum diperolehi kerana masalah komunikasi.

Jarak perjalanan ke lokasi kebakaran memerlukan 7 ke 8 jam melalui jalan darat ( jalan balak)

Sejarah kebakaran di kawasan long palai pernah berlaku pada tahun 2017

kredit : Cikgu Don

PEMANDU VAN SEMPAT SELAMATKAN DIRI SEBELUM VAN NYA TERBAKARšŸ˜¢

Kuching: Seorang lelaki berhadapan dengan detik cemas apabila van yang dipandu tiba-tiba berasap dan terbakar dalam kejadian di Sungai Tapang Lorong 4 di sini malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Chaplin Wan berkata, dalam kejadian 8 malam itu pemandu sempat menyelamatkan diri.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan 8.35 malam sebuah jentera Fire Rescue Tander (FRT) bersama 8 anggota dikejarkan ke lokasi.

ā€œApabila tiba, kami dapati van jenis Ford telah terbakar hampir 100 peratus.

ā€œPemerikasaan awal mendapati, kebakaran bermula di bahagian enjin.

ā€œBagaimanapun, apabila mendapati keadaan tidak selamat pemandu itu terus memberhentikan van dibahu jalan dan terus belari keluar menyelamatkan diri,ā€katanya.

Chaplin berkata, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 9.17 malam.

-wiraalam-SA

LUPA PADAM KAN API KETIKA MEMASAK AIR DI DAPOR ,RUMAH TERBAKAR

Kebakaran di Taman pasir panas Sri Aman.

Kebakaran berlaku pagi ini. Rumah tersebut dimiliki tokey mee di pasar tamu MDSA lama.

Menurut jurucakap APM Daerah Sri Aman,Kapt (PA) Siti Huzaimah Bt Hj Ibrahim ,”penyewa yang tinggal rumah tersebut beliau sedang memasak air didapur dan terlupa untuk memadam dan terus keluar rumah untuk ke pasar.Jiran disebelah rumah mendengar bunyi letupan yang kuat dan melihat api serta asap tebal di bahagian dapur rumah tersebut terus bergegas mendapatkan bantuan dan memaklum kepada beliau”.

Pasukan penyelamat daripada APM, PDRM, JPBM berjaya membantu memadam api dan keadaan terkawal sepenuhnya pada pukul 8.30 pagi dan tiada kemalangn jiwa yang berlaku.

Info maklumat: Abg jeff jiran mangsa dan APM Sarawak.

Arfathma Abadi

TERKINI : SEMPAT KELUAR KERETA SEBELUM TERBAKARšŸ˜¢

Kuching: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Matang FAC, Kuching di sini malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Negeri Sarawak Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB Hashim bin Ramilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.20 malam.

Katanya, dua buah jentera sebuah jentera Fire Rescue Tander (FRT) manakala sebuah lagi Emergency Medical Rescue Servis (EMRS) bersama sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba tujuh minit kemudian.

“Ketika sampai, kereta Perodua Myvi itu terbakar hampir 100 peratus. Pemandu kenderaan bagaimanapun berjaya keluar menyelamatkan diri selepas mendapati keretanya terbakar di bahagian enjin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan dan pihaknya berjaya memadamkan api dalam tempoh lima minit.

Katanya, operasi tamat pada 8.49 malam.

-wiraalam-SA