Category: Fire

TERKINI : KEBAKARAN RUMAH DI KPG TABUAN HILIR KUCHING

Foto : Yang Yusof

Sebuah rumah dua tingkat hampir musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tabuan Melayu di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Zian Azizi bin Yusuf barkata, pihaknya terima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2.44 petang. Seramai 8 anggota dari balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Turut membantu mengawal dan memadamkan kebakaran ialah Balai Bomba dan Penyelamat Padungan,”katanya.

Tambahnya lagi, kebakaran melibatkan sebuah rumah 2 tingkat separuh kekal yang berkeluasan 60×30 kaki persegi.

Rumah berkenaan terbakar dan musnah hampir 100 peratus dibahgian atas dan tiada mangsa yang terlibat,” katanya.

Pihak penyelamat menggunakan 1 saliran iaitu 400 kaki dan air daripada sumber pili bomba bagi memadamkan kebakaran rumah.

Operasi yang tamat sekitar jam 4.35 petang itu diketuai oleh TPgB Faizal bin Sahari.

3 BUAH RUMAH PEKERJA KILANG RANAP DI JILAT API AWAL PAGI TADI

Tiga buah rumah pekerja kilang kayu di Kuala Segan, Kemena Industrial, Bintulu dekat sini musnah terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, ketiga-tiga rumah berkenaan terbakar 100 peratus.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Mohamad bin Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.41 pagi.

Jelasnya, sepasukan 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu menggunakan dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Servis (EMRS) yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Stephen kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar ketiga -tiga blok rumah pekerja yang mempunyai 100 unit kediaman.

“Pasukan bomba kemudian segera bertindak membuat operasi pemadaman bagi mengelak api merebak ke tiga lagi blok rumah yang berdekatan lain,” katanya di sini pagi ini.

Mohamad menambah, kebakaran tersebut berjaya dikawal dan kerja kerja pemadaman peringkat ‘overhaul’ sedang dijalankan oleh anggota bomba sehingga berita ini ditulis.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam proses siasatan,” katanya.

-wiraalam-SA

PASANGAN WARGA EMAS NYARIS RENTUNG APABILA RUMAH MEREKA RANAP DI JILAT API AWAL PAGI TADI

Sepasang suami isteri warga emas nyaris rentung apabila rumah kayu satu tingkat milik mereka musnah dalam satu kejadian kebakaran jalan Penrissen Batu 9, Kuching, di sini awal pagi tadi.

Kejadian itu mengakibatkan seorang lelaki warga emas 70-an, melecur pada tangan akibat disambar api semasa cuba menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Di-Hata Gobel ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara terbabit dan berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian berkenaan pada jam 1.25 pagi.

Katanya, dua buah Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan atau Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bersama 17 anggota termasuk Ketua Operasi Balai diaktifkan sejurus selepas menerima panggilan terbabit.

“Setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian pada kira-kira jam 1.26 pagi keadaan rumah mangsa sudah hampri 100 peratus musnah dijilat api. Kebakaran tersebut turut memusnahkan sebuah kereta dan sebuah motosikal milik mangsa.

Anggota bomba segera melakukan operasi pemadaman dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadam kebakaran tersebut,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya lagi, mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dengan EMRS Bomba, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 2.50 pagi.

-wiraalam-SA

TERKINI : BANGUNAN BEREK PEKERJA SALCRA SARATOK RANAP DIJILAT API

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak ,kebakaran melibatkan satu blok bangunan berek pekerja ladang sawit Salcra Saratok di Lubok Nitik Jln Saratok Roban.

Blok rumah pekerja yg mempunyai 6 unit pintu telah musnah 100%. Setakat ini kebakaran tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan jiwa. Kebakaran tersebut berjaya dikawal dan kerja kerja pemadaman peringkat ‘overhaul’ sedang dijalankan oleh anggota pemadaman.