Category: Dog

HATI2 ANAK ANJING(WARNA CREAM) YG GIGIT DUA KANAK2 MASEH BEBAS DI KAWASAN TASIK BIRU

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak meminta bantuan penduduk di Tasik Biru, Bau untuk mengesan seekor anak anjing yang berkeliaran di kawasan tersebut.

Ini berikutan kejadian dua kanak-Kanak di Tasik Biru yang digigit oleh anak anjing peliharaan mereka, baru-baru ini.

Selepas kejadian, seekor daripada anak anjing tersebut telah dibuang oleh pemiliknya di kawasan Tasik Biru.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang menjalankan siasatan kemudiannya mengambil seekor lagi anak anjing yang masih disimpan pemiliknya.

Sampel anjing tersebut telah dihantar ke Makmal Diagnostik Veterinar pada 27 Jun lepas dan DISAHKAN POSITIF RABIES, semalam.

Orang ramai yang mungkin bersentuhan dengan anak-anak anjing tersebut termasuk dijilat dan digigit untuk pergi mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan dengan kadar segera.