Category: DBKU

PERSEMBAHAN DARUL HANA MUSICAL FOUNTAIN BEROPERASI SEPERTI BIASA

Seperti yang kita sedia maklum, di sepanjang bulan Ramadan 1440H (6 Mei sehingga 4 Jun 2019) persembahan Darul Hana Musical Fountain telah dimainkan pada jam 10.30 malam sahaja bagi menghormati aktiviti keagamaan di sepanjang bulan Ramadan.

Selepas tarikh tersebut, persembahan Darul Hana Musical Fountain kembali kepada jadual asalnya:-

Ahad – Khamis (2 Sesi Persembahan)

8.30pm – 8.45pm

9.30pm – 9.45pm

Jumaat – Sabtu (3 Sesi Persembahan)

8.30pm – 8.45pm

9.30pm – 9.45pm

10.30pm – 10.45pm

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sentiasa menitikberatkan kesejahteraan semua pihak dan mempastikan setiap perkhidmatan yang disampaikan adalah dilaksana dengan sebaik mungkin.

Justeru, DBKU menyangkal dakwaan yang menyatakan persembahan Darul Hana Musical Fountain tidak beroperasi baru-baru ini.

Wargakota telah berpusu-pusu berkunjung ke Tebingan Kuching pada setiap malam untuk menyaksikan persembahan Musical Fountain, ikon pelancongan terkini Bumi Kenyalang.

(Gambar disertakan bersama)

Sekiranya ada pertanyaan, sila berhubung dengan Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-512200.

Sekian. Terima kasih.

Awang Mohamad Awang Yusuf

Bahagian Perhubungan Awam

Dewan Bandaraya Kuching Utara

TINDAKAN TEGAS OLEH DBKU TERHADAP PREMIS2 PERNIAGAAN YG MEMASANG KANOPI TANPA PERMIT

KUCHING; 17 Mei 2019 (Jumaat) : Menjelang perayaan Hari Gawai dan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, senario mendirikan kanopi di sepanjang jalan raya dan tempat parkir kereta semakin berleluasa. Keadaan ini telah menimbulkan ketidakselesaan kepada orang awam kerana pemasangan kanopi seumpama ini menyebabkan halangan laluan kenderaan dan kekurangan tempat letak kereta awam lebih-lebih lagi terdapat pemasangan tanpa kelulusan dan permit DBKU.

Pemasangan apa-apa struktur tanpa kebenaran dari DBKU merupakan satu kesalahan di bawah Section 22, Buildings Ordinance, 1994 seperti berikut :

Movable shed not to be erected without permission

22. Any person who erects or causes or permits to be erected, keeps or permits to be kept, on his land or the land which he occupies any movable shed or movable structure intended to act as a roof without the prior written permission of the local authority shall be guilty of an offence : Penalty, a fine of one thousand ringgit and the Court before whichthe person is convicted shall, on application of the local authority, make a mandatory order requiring such person to remove such movable shed or structure.

Dalam hal ini, DBKU telah mengenalpasti sebanyak 10 buah premis perniagaan yang telah memasang kanopi di tempat awam seperti jalanraya dan tempat letak kereta. Walaupun sebelum ini DBKU telah mengeluarkan notis kepada pemilik-pemilik  premis sebanyak 3 (tiga) kali untuk mendapatkan kebenaran atau membuka sendiri kanopi-kanopi yang dipasang tanpa kebenaran namun sehingga kini tiada sebarang pematuhan oleh pemilik-pemilik premis ke atas notis tersebut.

Oleh itu,  DBKU perlu mengambil tindakan tegas untuk membuka kanopi tersebut dengan kadar segera ke atas premis-premis perniagaan yang tidak mematuhi notis yang telah dikeluarkan dan ke atas sebarang pemasangan kanopi jualan baru yang didirikan di atas kawasan tempat letak kereta.

Untuk keterangan lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi IP Mazlan Ridzuan, Bahagian Penguatkuasa  di talian 082-442696.

#SayangiKCH

SheemaDean

Bahagian Perhubungan Awam

Dewan Bandaraya Kuching Utara

MASA PERSEMBAHAN DARUL HANA MUSICAL FOUNTAIN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1440H

Bagi menghormati aktiviti keagamaan sepanjang Bulan Ramadhan, persembahan Darul Hana Musical Fountain dimainkan pada Jam 10:30 malam sejak 6 Mei lalu sehingga 4 Jun 2019.

“SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA & SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DITERIMA DAN MENDAPAT GANJARAN DARI YANG MAHA ESA..”

SheemaDean

Bahagian Perhubungan Awam

Dewan Bandaraya Kuching Utara