Category: Dadah

WARGA ASING DITAHAN POSITIF DADAH

14 November 2019-Bertempat dipintu masuk ICQS Tebedu, Jabatan pengangkutan Jalan Serian telah mengadakan Operasi bersepadu khas bersama Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia , Jabatan imigresen Malaysia dan AADK Daerah Serian.

Hasil daripada saringan awal air kencing tersebut seorang warga asing telah didapati positif dadah jenis methamphetamine. Warga asing tersebut telah di serahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

#PerangiDadahHabisHabisan

#KomunitiKitaTanggungjawabKita

DUA PASANG SUAMI ISTERI ANTARA 26 PENAGIH POSITIF SYABU DI MIRI

MIRI. : Seramai 26 orang termasuk 2 pasang suami isteri ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dalam satu operasi Perdana AADK Miri di kawasan OSC MIDS Daerah Miri Dan Subis dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Penduduk (JKP) dan RELA Miri di sini operasi bermula 2 November dan berakhir hari ini.

Ketua AADK Miri En Mazlan Bin Jikran berkata daripada 32 orang suspek yang diurin 26 orang suspek berusia antara 14 hingga 58 tahun didapati positif dadah jenis Methamphetamine @syabu dalam saringan awal ujian urin.

Menurutnya, operasi tersebut dilakukan di kawasan Bekenu melibatkan kawasan Kampung Rancah – Rancah, Kampung Dagang, Kampung Satap, Kampung Tiris, Kampung Bekenu Asli, Kampung Opak, Kampung Bulau, Kampung Terahad, Kampung Sepurau, Kampung Kawang, Kampung Selanyau, Kampung Kelapa dan Kampung Jengalas.

Pasangan suami isteri muda berumur 20 Isteri 18 tahun amat merisaukan keluarga. Pasangan suami isteri kedua berumur 35 dan 31 tahun terkejut dengan kehadiran pihak penguatkuasaan dan aktiviti penagihan mereka terbongkar di hadapan ahli Keluarga.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

Fakta menarik:

6 orang remaja berumur 14 – 19 tahun positif dadah. Rata – rata ahli Keluarga mengetahui mereka terlibat dengan dadah dan diberi peluang untuk berubah. keputusan ujian Saringan air kencing mengecewakan mereka.

AADK SEKALI LAGI CEKUP 6 LELAKI POSITIF SYABU DI SARIKEI

SARIKEI, 1 November 2019 – AADK Daerah Sarikei dan AADK Negeri Sarawak telah menjalankan Ops Perdana Bil 4/19 di beberapa kawasan di sekitar Sarikei ( Bandar Sarikei , Kampung Baru Seberang , Taman Susur Jambu Sarikei ) yang disyaki terlibat dengan aktiviti penagihan dadah. Seramai 7 individu pelbagai bangsa telah diperiksa dan diarahkan menjalani ujian saringan awal air kencing. Hasilnya, 6 lelaki daripadanya didapati positif dadah jenis Syabu berumur antara 19 sehingga 40 tahun. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah

AADK CEKUP 10 LELAKI POSITIF SYABU DI SARIKEI

SARIKEI, 31 Oktober 2019 – AADK Daerah Sarikei dan AADK Negeri Sarawak telah menjalankan Ops Perdana di beberapa kawasan di sekitar Sarikei yang disyaki terlibat dengan aktiviti penagihan dadah. Seramai 11 individu pelbagai bangsa telah diperiksa dan diarahkan menjalani ujian saringan awal air kencing. Hasilnya, 10 lelaki daripadanya didapati positif dadah jenis Syabu berumur antara 19 sehingga 40 tahun. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah

SARANG DADAH DI MIRI DAN SUBIS DIGEMPOR : 41 PENAGIH DI TAHAN

MIRI. : Seramai 41 lelaki termasuk seorang wanita ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dalam satu operasi Perdana AADK Daerah Miri di kawasan OSC MIDS Daerah Miri Dan Subis dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Penduduk (JKP) dan RELA. Operasi bermula 25 Oktober dan berakhir hari ini.

Ketua AADK Miri En Mazlan Bin Jikran berkata daripada 51 orang suspek yang diurin 41 orang suspek berusia antara 16 hingga 50an didapati positif dadah jenis Methamphetamine @syabu dalam saringan awal ujian urin.

Menurutnya, operasi tersebut dilakukan di kawasan daerah Miri 25 – 28 oktober 2019 melibatkan kawasan Tudan, Senadin, Permyjaya, Pujut Adong, Pujut Padang Kerbau, Kg. Wireless dan kawasan Taman Tunku.

Operasi diteruskan di kawasan Daerah Subis bermula 28-30 Oktober 2019 melibatkan kawasan Simpang Bekenu Lama, Kampung Subak Dan kawasan Suai Niah.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

Fakta menarik:

Dua orang OKU berumur 18 – 27 tahun positif dadah Jenis syabu. Keluarga menafikan anak mereka terlibat dengan dadah dan akur apabila keputusan ujian saringan diperolehi.

Kehadiran penguatkuasa AADK mengejutkan seorang penagih berumur 24 tahun berniat membawa lari tong gas daripada rumah untuk dijual semasa ahli Keluarga sedang tidur.

AADK TAHAN 9 PENAGIH SYABU DI SIMANGGANG

SIMANGGANG, 29 Oktober 2019 – AADK Daerah Simanggang dan AADK Negeri Sarawak telah menjalankan Ops Perdana di beberapa kawasan di sekitar Simanggang yang disyaki terlibah aktiviti penagihan dadah.

Seramai 13 individu pelbagai bangsa telah diperiksa dan diarahkan menjalani ujian saringan awal air kencing.

Hasilnya, 9 lelaki daripadanya didapati positif dadah jenis Syabu berumur antara 19 sehingga 40 tahun. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah

AADK TAHAN 9 PENAGIH SYABU DIBETONG

BETONG, 30 Oktober 2019 – AADK Daerah Betong dan AADK Negeri Sarawak telah menjalankan Ops Perdana di beberapa kawasan di sekitar Betong yang disyaki terlibat aktiviti penagihan dadah. Seramai 9 individu pelbagai bangsa telah diperiksa dan diarahkan menjalani ujian saringan awal air kencing.

Hasilnya, kesemua lelaki didapati positif dadah jenis Syabu berumur antara 19 sehingga 50 tahun. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah

SEORANG REMAJA DIPENJARA DAN 4 REMAJA DIPERINTAH MENJALANI RAWATAN DAN PEMULIHAN

SERIAN : 10.10.2019 (Khamis) Mahkamah Serian telah memerintahkan 4 orang lelaki berusia lingkungan 20 an hingga 30an untuk menjalani Rawatan dan Pemulihan Di PUSPEN Kuching selama 2 tahun di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998 dan Seorang lelaki berusia lingkungan 20an dijatuh hukuman penjara 6 bulan di penjara puncak borneo dibawah seksyen 6(2) Akta Rawatan Dan Pemulihan 1983

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

KREDIT : AADK SERIAN

7 LELAKI DI TAHAN POSITIF SYABU DI SERIAN

SERIAN, 17 Sept 2019 – AADK Daerah Serian telah menjalankan Ops Cegah di beberapa kawasan di sekitar Serian. Seramai 12 individu telah diperiksa dan diarahkan menjalani ujian saringan air awal kencing. Hasilnya, 7 lelaki didapati positif dadah jenis Syabu berumur antara 15 sehingga 52 tahun. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah

11 PENAGIH DIPERINTAH MENJALANI RAWATAN DAN PEMULIHAN

BETONG : 13.9.2019( Jumaat ) Mahkamah Betong telah memerintahkan 4 orang lelaki berusia lingkungan 20an hingga 30an untuk menjalani Rawatan dan Pemulihan Di PUSPEN Kuching selama 2 tahun di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998 dan Manakala juga 7 lagi lelaki berusia lingkungan 20-40an diperintahkan untuk menjalani rawatan dalam Komuniti (Pengawasan) dibawah seksyen 6(1)(b) Akta Rawatan Dan Pemulihan 1983

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

KREDIT : AADK BETONG