Category: Dabai

Musim buah dabai@dabey sudah bermula di kawasan utara Sarawak

Di Miri, buah dabai segar dijual mengikut gred, saiz dan kualiti buah. Awal musim begini, satu kilo buah dabai dijual pada harga RM20 sehingga RM50.00. Buah dabai menjadi kegemaran ramai tanpa mengira bangsa. Inovasi terbaharu buah dabai yang mula menjadi kegemaran ramai ialah sambal buah dabai dengan ikan bilis@pusuk.

Bertambah dua tiga pinggan nasi putih bila ada sambal buah dabai di atas meja.

Kredit : Zaliha Hassan