Category: Community

HARI BERSAMA PELANGGAN IPD PADAWAN DAN MPP TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan bersama Majlis Perbandaran Padawan hari ini mengadakan Program Hari Bersama Pelangan (Dialog Keselamatan) bersama masyarakat di Perkarangan Masjid Kampung Haji Baki.

Program dihadiri oleh YB Loh Khere Chang (Pengerusi MPP), Dato Ahmad Bin Dato Seri Ibrahim (Timb. Pengerusi MPP), DSP Lim Jaw Shyong (Timb. KPD Padawan), Puan Elizabeth Lo (S/Usaha MPP), Encik Rangen ak Jibang (S.A.O. Padawan), Encik Ranum ak Bari (S.A.O. Siburan), Hjh. Sabtuyah Yusof (Penghulu Kg.Hj Baki), Baslie Bin Hj Sulaiman, 10 orang Ketua Bahagian IPD Padawan, Wakil ketua jabatan kerajaan, wakil Rakan Media, Ketua Kampung, 11 wakil KRT/SRS

(m) 10 wakil Ketua kaum/Ketua masyarakat, 8 orang guru dan 80 pelajar SK Kg Hj Baki, 12 Pegawai Kanan Polis, 55 Pegawai Rendah Polis dan 300 orang awam.

Semasa Program diadakan, isu dadah yang dijangka akan diketengahkan oleh masyarakat kampung Haji Baki pada kali ini tidak disuarakan memandang pihak BSJND kerap melakukan tangkapan dan ianya akan diteruskan lagi dari masa ke semasa.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak pengurusan MPP, Persatuan Penduduk Kampung Haji Baki dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Kampung Haji Baki.

Program ini mirip program ‘Town Hall’ masyarakat umum bukan sahaja berpeluang bertanya tentang isu berkaitan polis malah boleh bertanya terus kepada Pengerusi MPP tentang isu berkaitan PBT.

Penganjuran bersama antara PDRM IPD Padawan dengan kerjasama MPP selaku PBT mampu mengurangkan kos perbelanjaan dan memberi lebih manafaat kepada masyarakat setempat.

Wakil rakyat dan NGO anjur program Back to School, ringankan beban ibu bapa

Setiap awal sesi persekolahan, ibu bapalah yang paling sibuk dengan persiapan untuk anak-anak.

Beli pakaian seragam, beg sekolah, alat tulis dan gunting rambut.

Bagi ibu bapa dari golongan kurang berkemampuan dan anak-anak ramai, sudah pasti permulaan sesi persekolahan agak mencabar dari aspek kewangan.

Justeru, wakil-wakil rakyat dan NGO-NGO yang prihatin dan amat menitikberatkan pendidikan generasi muda, mereka membantu dengan pelbagai cara.

Ada yang mengadakan program bergunting rambut percuma, dan ada membantu membeli pakaian dan peralatan sekolah.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, YB Yusuf Abd Wahab menghulurkan bantuan kepada tiga anak yatim piatu di kawasannya – Bintangor.

Dia membawa Aisah binti Abdullah,
Nuraisyah binti Abdullah dan Osman bin Kipli membeli pakaian seragam dan peralatan sekolah.

Program Balik ke Sekolah pada 29 Disember 2019 itu turut menyaksikan YB Yusuf menyampaikan wang saku kepada tiga yang terbabit.

Manakala pada 25 Disember 2019, di Bintangor, Pemuda PBB N46 Maradong menganjurkan program Gunting Rambut Percuma.

Ia mendapat sambutan amat menggalakkan.

Meneruskan misi membantu meringankan beban ibu bapa, Saberkas Cawangan N42 Semop akan mengadakan program gunting rambut secara percuma untuk murid sekolah pada 30 Disember 2019.

Program itu diadakan mengikut zon.

Zon 1. PALOH, Kedang, Berangan.
Zon 2. KUT, Saai, Semop, Serdeng.
Zon 3.Penuai, Penibong, Betanak dan Salah Kecil.
Zon 4. Penipah, Tekajong, Bruit.

Tukang gunting dari zon-zon berkenaan akan bergerak dari kampung ke kampung.

Tempat gunting rambut ialah di dewan atau sekolah.

Begitu juga di Dalat, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dalat menganjurkan perkhidmatan menggunting rambut percuma.

Ia diadakan di dua lokasi, Oya Square di pekan Oya dan Waterfront di pekan Dalat pada 31 Disember ini.