Category: Buaya

BUAYA TERSANGKUT PANCING DI SERIAN PAGI TADI

SEEKOR buaya terkena pancing di sungai di Serian pagi tadi. Saiz buaya berkenaan lebih kurang 3meter panjang , lilitan badan 2 meter dan berat lebih kurang 250 kilo

Pihak BOMBA yg tiba di lokasi seterusnya menggunakan tali dan membuat running bowline masuk ke mulut buaya dan terus tarik buaya tersebut ke daratan.Buaya berkenaan berjaya ditarik ke darat dengan menutup mata buaya menggunakan guni, dan buaya tersebut telah diikat kesemua kaki dan ekor demi keselamatan anggota.

Buaya tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.