Category: Bomba

CEMAS..KERETA TIBA2 BERASAP LALU TERBAKAR!!!

29 OGOS : Sebuah kereta dilaporkan terbakar di simpang lampu isyarat Jalan Permyjaya berdekatan IKBN, 11 km dari BBP Lopeng, Miri.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak terima laporan berhubung kejadian dan Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut kata encik Gibbson James ak Bubale@Mansom, kereta beliau jenis proton SAVY ,ketika berhenti lebih kurang 15 meter dari lampu isyrat berdekatan IKBN tiba-tiba terlihat asap dan api keluar dari bonet injin dan terus keluar dari kereta.

Seorang pengawal dari IKBN kebetulan melihat keadaan kejadian, segera memberi bantuan dengan membawa seunit alat pemadam api jeis debu untuk memadam kebakaran tersebut tetapi api masih merebak.

Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian api masih marak dan terus membentang satu aliran bantu mula dan berjaya mengawal dan memadam kebakaran tersebut sepenuhnya.

Kebakaran telah memusnahkan 40 % kenderaan tersebut.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.52 malam tadi.

Fotos ehsan Bomba Sarawak

EMPAT MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI BERDEKATAN SKIM SKRANG, KM52, JALAN BETONG – SRI AMAN AWAL PAGI TADI

Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan kargo dan kenderaan kereta Perodua Kancil telah bertembung di tengah laluan jalan raya.

Terdapat kesemua, enam (06) orang mangsa masih didalam kenderaan. Dua (02) mangsa tersepit di tempat duduk hadapan dan empat (04) mangsa lagi di tempat duduk belakang manakala pemandu dan kelindan lori selamat tanpa kecederaan.

Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas RTA _‘rescue tool’_ untuk kerja-kerja menyelamat sehingga kesemua mangsa dalam kendeeraan kenderaan Kancil berjaya dikeluarkan.

Empat (04) mangsa yang tidak sedarkan diri telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Ambulans.

Manakala, dua (02) mangsa lagi cedera parah masih sedar terus diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan seterusnya. Mangsa yang masih keadaan sedar ini berada di tempat duduk belakang. Kesemua mangsa kemalangan adalah lelaki dewasa.

Operasi ditamatkan pada pukul 3 pagi setelah kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta.

5 SEKELUARGA NYARIS MAUT KERETA TERBABAS KE DLM GAUNG😢

Lima sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Batu 29 Jalan Kuching Serian di sini pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian berkata, sebanyak 12 anggota di ketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Sim Mui Chai menggunakan Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) atau Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dan sebuah utiliti dikerahkan ke lokasi kejadiaan setelah menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.07 pagi.

“Kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh Liew Giew Hoong, 38, bersama empat anak-anaknya yang berumur antara 13, 6, 2, dan 1 tahun dalam perjalanan balik dari menghantar suami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung dan terbalik,”katanya.

“Kelima-lima mangsa diantaranya telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak kami tiba,”jelasnya.

Tambahnya lagi, kesemua mangsa terselamat dan hanya mengalami luka-luka dan telah di beri rawatan awal oleh Unit EMRS Bomba.

Mangsa cedera di bawa ke hospital bagi mendapat rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 10.43 pagi katanya ketika dihubungi-SarawakEdition-

Kredit BBP Serian @ Khairol

PENUMPANG WANITA TERCAMPAK KELUAR MANAKALA PEMANDU LELAKI TERSEPIT : KEDUA2 MANGSA MAUT DLM EKSIDEN DI JLN SERIAN SRI AMAN MALAM TADI

Sebuah kereta hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dekat Kpg Semukoi A ,jalan Serian Sri Aman pada pukul 9 malam tadi.

Komander Operasi membuat size up dan didapati ada seorang mangsa lelaki terperangkap di bahagian hadapan tempat duduk dan seorang lagi mangsa seorang wanita telah tercampak keluar dari kereta .

Pihak Bomba seterusnya menggunakan alat Rescue tool untuk mengumpil pintu kereta, dan dalam tempoh 9 minit mangsa lelaki berjaya di keluarkan.

Kedua- dua mangsa telah meninggal dunia dan disahkan oleh Pegawai Perubatan dari hospital Serian.

3 BUAH RUMAH RANAP DIJILAT API DI KPG BAHAGIA JAYA SIBU AWAL PAGI TADI 😢

Sibu: Tiga rumah papan di Lorong Bahagia Selatan 5A, Kampung Bahagia Jaya, Sibu di sini, hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, api memusnahkan 100 peratus rumah, manakala penghuninya sempat lari menyelamatkan diri.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 02.51 pagi sebelum menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi bersama bantuan daripada BBP Sibu dengan kekuatan 16 anggota bersamadua buah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah kenderaan utiliti Hilux.

Menurut Ketua Zon 4, Penguasa Kanan Bomba II Wan Kamarudin bin Wan Ahmad berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati api sedang marak memusnahkan ketia-tiga rumah jenis tidak kekal itu.

“Kita menggunakan dua aliran 300 kaki dan 3 nozel bagi mengawal serta memadamkan kebakaran yang berlaku dan kebakaran dapat dikawal pada jam 03.20 pagi.

Jelasnya, kesemua 20 penghuni yang terjejas kini menetap sementara di rumah sanak saudara berdekatan sementara menunggu bantuan tiba.

“Operasi tamat pada jam dan punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami penghuni masih lagi dalam siasatan,”katanya ketika dihubungi.

EKSIDEN KERETA DENGAN LORI TANKER MINYAK SAWIT DI BATU 18 JLN BINTULU MIRI PAGI TADIK

Kemalangan melibatkan lori tanker dengan muatan minyak sawit perlanggaran dengan kenderaan kereta Saga FLX.

Pihak bomba terus menjalankan kerja kerja menyelamat seorang mangsa masih dalam keadaan sedar tersepit di bahagian tempat duduk pemandu hadapan.

Mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan Ambulans untuk dibawa ke hospital.

Manakala seramai 2 mangsa cedera ringan telah dikeluarkan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam.

SUAMI MASEH TERSEPIT DLM KERETA,ISTERI DAN 2 ANAK TELAH DIKELUARKAN DARI KERETA OLEH ORG AWAM

UPDATED 06.08.19

Seorang bayi lelaki berumur dua bulan maut selepas kereta dinaiki bersama ibu bapanya bertembung dengan lori dalam kemalangan di Batu 21 Jalan Bintulu – Miri, sekitar jam 4.45 petang Isnin.

Kemalangan berpunca apabila kereta yg dipandu keluarga ya hilang kawalan lalu masok ke laluan bersebelahan dan bertembong the lori.

Dua lagi mangsa ,pemandu kereta yg tersepit, ayah kepada mangsa ,cedera parah manakala ibu mangsa hanya cedera ringan.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

LORI 3 TAN TURUT MUSNAH DALAM KEBAKARAN STOR DI KPG MELAYU BARU KAPIT PADA LEWAT PETANG TADIK

Menurut Ketua Balai Bomba Kapit PPgB Erwandy Tugo ,kebakaran yg dilaporkan pada pukul 6.54 petang tadi melibatkan struktur separuh kekal 20′ x 18′ dan melibatkan lori 3 tan telah musnah dalam kebakaran tanpa melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Kebakaran memusnahkan struktur setor penyimpanan barang termasuk lori 3 tan 100%.

Operasi pemadaman tamat pada pukul 9 malam tadi.

WARGA EMAS HILANG SELEPAS KELUAR MENCARI SAYOR DI KPG LOPENG MIRI PETANG SEMALAM

Maklumat dari anak mangsa, bapa nya Lai Song Kong 72 tahun, keluar ke hutan yang berhampiran Kampung lopeng untuk mencari sayur pada pukul 4.16 petang semalam, namun sehingga pukul 6 petang mangsa dikatakan tidak balik ke rumah.

Usaha mencari dilakukan oleh anak mangsa dan menemui kenderaan Perodua kancil milik bapa mangsa yang pakir ditepi jalan iaitu kira-kira 2 KM dari laluan utama yang berdekatan Sekolah Menengah lopeng. Usaha mencari oleh anak mangsa gagal lalu menghubungi Pasukan Bomba untuk bantuan.

OPS SAR bermula pada pukul 8 pagi ini dengan bantuan pihak BOMBA,PDRM ,Jawatan Kuasa Pendudok Miri dan ahli keluarga mangsa.

Maklumat akan dikemaskini.