Category: Bintulu

3 BUAH RUMAH PEKERJA KILANG RANAP DI JILAT API AWAL PAGI TADI

Tiga buah rumah pekerja kilang kayu di Kuala Segan, Kemena Industrial, Bintulu dekat sini musnah terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, ketiga-tiga rumah berkenaan terbakar 100 peratus.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Mohamad bin Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.41 pagi.

Jelasnya, sepasukan 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu menggunakan dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Servis (EMRS) yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Stephen kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar ketiga -tiga blok rumah pekerja yang mempunyai 100 unit kediaman.

“Pasukan bomba kemudian segera bertindak membuat operasi pemadaman bagi mengelak api merebak ke tiga lagi blok rumah yang berdekatan lain,” katanya di sini pagi ini.

Mohamad menambah, kebakaran tersebut berjaya dikawal dan kerja kerja pemadaman peringkat ‘overhaul’ sedang dijalankan oleh anggota bomba sehingga berita ini ditulis.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam proses siasatan,” katanya.

-wiraalam-SA

TERKINI : KEMALANGAN NGERI DI JALAN PESISIR BINTULU MIRI😢

Bintulu: Tiga maut manakala tujuh lagi cedera apabila kereta jenis Fortuner yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di KM42 Jalan Pesisir Bintulu – Miri, di sini, awal petang tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian jam 1.45 petang itu dikenali sebagai Nuai Anak Bakar, 24,Gensa Anak Unggau, 36, dan Lengidi Anak Koling, 58.

Sementara mangsa cedera dikenali sebagai Fhiymina Alicia Cendu anak Ngindang, 23, Billy Beti anak Jelaing, 5,Tera anak Bow, 56, Jelaing anak Bakar, 35 tahun, Ngindang anak Bau, 61(pemandu Fortuner), Esther, 1 serta seorang lagi yang belum diketahui identitinya.

Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan identitinya belum diketahui.

Sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu diketuai PB Azman Johari bersama sebuah kenderaan FRT dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian untuk tugas menyelamat.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan manakala mangsa yang maut  diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Operasi ditamatkan pada jam 3.05 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili dalam kenyataan ya berkata kemalangan maut itu berlaku semasa kenderaan jenis Toyota Fortuner yang dipandu oleh Ngindang bergerak dari arah Bintulu ke Miri semasa melalui satu selekoh telah hilang kawalan lalu masuk laluan bertentangan dan merempuh bahagian kiri hadapan sebuah lori treler sebelum terbabas ke bahu jalan.

Impak kemalangan itu menyebabkan Ngindang mengalami kecederaan di kepala manakala tiga penumpang wanita(Nuai, Lengidi dan Gensa) tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala penumpang mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital Bintulu untuk mendapat rawatan lanjut.

Akibat pertembungn tersebut, katanya, Toyota Fortuner mengalami kerosakan teruk ekoran terbalik.

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Ketika kejadian, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke Limbang selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Kuching.

Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori trailer dan sebuah kereta Toyota Fortuner.Tiada mangsa yang tersepit dilaporkan.

Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam yang berada ditempat kejadian.

Menurut Komander Operasi BOMBA seramai 10 orang mangsa yang terlibat didalam kenderaan Fortuner tersebut iaitu 2 kanak dan 8 orang dewasa.

Difahamkan 3 orang meninggal dunia di tempat kejadian iaitu 3 orang perempuan. EMRS Bomba menghantar salah seorang mangsa ke hospital Bintulu.. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital Bintulu manakala yang meninggal diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.. Operasi ditamatkan pada pukul 3.05 petang.

MOHON iNFO : SYED NIRWAN SHAH HILANG DARI SEMALAM

Dari fb post Dayang Nazreen

Harap kerjasama dari semua. Sepatutnya dia pergi membaiki kereta dari pagi semalam dan menurut tokey kedai dia pergi ambik duit di bank untuk bayar kereta dan meninggalkan ic nya di kdai sebagai cagaran. Sampai sekarang belum dijumpai dan tidak dapat dihubungi. Hilang di bintulu. Perkara ini adalah kali pertama berlaku dlm keluarga kami dan kami semua risau akan keselamatannya. Diharap sesiapa yang ada maklumat atau ternampak dia Syed Nirwan Shah mahupun kereta viva elite putih brnombor QAY 2437 untuk menghubungi saya di no. 010-9854449. Terima Kasih

KEMALANGAN NGERI!!😬 4 MANGSA TERPELANTING KELUAR DARI KERETA ,SEORANG TERSEPIT EKSIDEN DI KM20 JLN BINTULU MIRI

#Bintulu: Seorang warga negara Indonesia maut, manakala empat lagi rakan termasuk dua daripadanya warga negara Bangladesh cedera setelah kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabit dalam kemalangan di KM 20 Jalan Bintulu – MIRI, Bintulu , di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Mohamad Meramit berkata, sebanyak 9 anggota diketuai oleh PBK II Mustapha bin Wasli bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 7.12 malam.

“Maklumat awal mendapati kenderaan dari arah Miri ke Bintulu itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik.

“Akibatnya, empat mangsa terpelanting keluar dari kenderaan manakala seorang mangsa lelaki dikenali sebagai Samawen, 27 tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba. Mangsa mengalami kecederaan serius sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebaik sahaja dikeluarkan dari kenderaan itu.

“Empat lagi rakan mangsa 1 perempuan, 1 lelaki warganegara indonesia dan 2 lelaki warganegara bangladesh cedera dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 8.53 malam.

-wiraalam-SA

REMAJA LEMAS KETIKA MANDI DI SEBUAH TASIK DEKAT PPR BANDAR RIA PARK JLN BINTULU SIBU LEWAT PETANG TADI

Maklumat dari rakan-rakan mangsa, mangsa dikatakan mandi di dalam tasik bersama-sama rakan di tempat yang agak dalam namun mangsa dikatakan tidak timbul apabila rakan-rakan yang lain naik ke atas. Rakan mangsa cuba mencari namun gagal. Rakan mangsa mohon bantuan penduduk setempat untuk mencari mangsa. Beberapa orang penduduk setempat menyelam mencari mangsa. Mangsa berjaya ditemui dan dibawa ke tebing.

Setibanya pasukan Bomba ditempat kejadian didapati seorang budak berumur lingkungan 18 tahun telah lemas. Pasukan Bomba membuat CPR terhadap mangsa tapi tiada tanda-tanda mangsa bernafas. Pasukan Ambulan Hospital juga berusaha melakukan CPR terhadap mangsa namun masih juga gagal.

Mangsa Richmond Teo Yii Wen 17 tahun, disahkan telah meninggal oleh pihak perubatan ambulan dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya. Operasi ditamatkan pada jam 6.55 petang.