Category: Betong

AADK TAHAN 9 PENAGIH SYABU DIBETONG

BETONG, 30 Oktober 2019 – AADK Daerah Betong dan AADK Negeri Sarawak telah menjalankan Ops Perdana di beberapa kawasan di sekitar Betong yang disyaki terlibat aktiviti penagihan dadah. Seramai 9 individu pelbagai bangsa telah diperiksa dan diarahkan menjalani ujian saringan awal air kencing.

Hasilnya, kesemua lelaki didapati positif dadah jenis Syabu berumur antara 19 sehingga 50 tahun. Kesemua mereka telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sebarang maklumat berkaitan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah boleh disalurkan terus ke pejabat AADK berdekatan.

#komunitikitatanggungjawabkita

#masyarakatbangkitmemerangidadah

#cegahsebelumparah

11 PENAGIH DIPERINTAH MENJALANI RAWATAN DAN PEMULIHAN

BETONG : 13.9.2019( Jumaat ) Mahkamah Betong telah memerintahkan 4 orang lelaki berusia lingkungan 20an hingga 30an untuk menjalani Rawatan dan Pemulihan Di PUSPEN Kuching selama 2 tahun di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998 dan Manakala juga 7 lagi lelaki berusia lingkungan 20-40an diperintahkan untuk menjalani rawatan dalam Komuniti (Pengawasan) dibawah seksyen 6(1)(b) Akta Rawatan Dan Pemulihan 1983

KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#PERANGIDADAHHABISHABISAN

#UNITEDAGAINSTDRUGS

#STOPSTIGMA

KREDIT : AADK BETONG

EMPAT MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI BERDEKATAN SKIM SKRANG, KM52, JALAN BETONG – SRI AMAN AWAL PAGI TADI

Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan kargo dan kenderaan kereta Perodua Kancil telah bertembung di tengah laluan jalan raya.

Terdapat kesemua, enam (06) orang mangsa masih didalam kenderaan. Dua (02) mangsa tersepit di tempat duduk hadapan dan empat (04) mangsa lagi di tempat duduk belakang manakala pemandu dan kelindan lori selamat tanpa kecederaan.

Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas RTA _‘rescue tool’_ untuk kerja-kerja menyelamat sehingga kesemua mangsa dalam kendeeraan kenderaan Kancil berjaya dikeluarkan.

Empat (04) mangsa yang tidak sedarkan diri telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Ambulans.

Manakala, dua (02) mangsa lagi cedera parah masih sedar terus diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan seterusnya. Mangsa yang masih keadaan sedar ini berada di tempat duduk belakang. Kesemua mangsa kemalangan adalah lelaki dewasa.

Operasi ditamatkan pada pukul 3 pagi setelah kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta.

MANGSA BENCANA BANJIR 2019 TERIMA BANTUAN WANG IHSAN

05 OGOS 2019, BETONG – Di Sarawak, semua mangsa bencana banjir bagi monsun timur laut 2018/2019 ataupun musim tengkujuh yang lalu telah menerima bantuan wang ihsan bencana banjir.

Bantuan wang ihsan bencana ini merupakan salah satu usaha kerajaan di dalam membantu rakyat ketika bencana banjir berlaku yang terikat dengan polisi dan prosedur yang sedia ada.

Atas pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, peruntukan daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), selaku penyelaras dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai pelaksana majlis pemberian bantuan wang ihsan banjir di seluruh negara.

Tujuan pemberian bantuan wang ihsan adalah:

1. Sebagai tanda keprihatinan dan rasa tanggungjawab Kerajaan Malaysia dalam memberikan sumbangan kepada mangsa bencana yang terlibat.

2. Membantu meringankan beban mangsa bencana buat sementara waktu dan merupakan sumbangan ikhlas tertakluk kepada kadar-kadar dan kelulusan yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; dan

3. Membantu mangsa bencana memulakan kehidupan setelah dilanda bencana, namun bantuan wang ihsan ini bukanlah ganti rugi atau pun pampasan.

Pada tahun ini, bencana banjir telah berlaku di 9 buah daerah iaitu Kuching, Bau, Lundu, Simunjan, Betong, Pakan, Kanowit, Selangau dan Bukit Mabong. Sebanyak 1,339 keluarga telah diberi bantuan wang ihsan dengan bantuan berjumlah RM 669,500. Bantuan yang paling banyak disalurkan adalah di Daerah Kecil Debak,Betong iaitu melibatkan seramai 612 keluarga yang berpindah dan tidak berpindah di pusat pemindahan dengan peruntukan berjumlah RM306,000. setiap keluarga menerima RM 500 untuk sekali dalam kitaran musim monsun timur laut. Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan yang telah diadakan di Dewan Perpaduan Debak telah disampaikan oleh Tuan Sofhi bin Jebal, Pegawai Daerah Betong. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Nazari bin Bujang, Pegawai daerah Kecil Debak , Mejar (PA) Ismail bin Mahedin, Sekretariat JPBN Sarawak dan Kapten (PA) Husman bin Harto, Sekretariat JPBB Betong.

Bagi kelayakan penerima bantuan wang ihsan adalah:

1. Warganegara Malaysia yang memiliki MYKAD berwarna biru

2. Penerima adalah mangsa bencana

3. Jenis rumah adalah rumah kediaman

4. Berumur 18 tahun ke atas; dan

5. Hanya satu rumah yang terlibat layak untuk mendapat sekali bantuan wang ihsan bencana tanpa mengira isi rumah / keluarga

6. Kelayakan bantuan hanya diberikan sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diisytiharkan. sekiranya bencana berlaku melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

Disediakan oleh:

Mejar (PA) Ismail bin Mahedin

APM Sarawak

Sekretariat JPBN Sarawak

AADK SARAWAK TAHAN 3 PENAGIH SYABU DI BETONG

BETONG 25.07.2019 10.00 Pagi hingga 1.40 5.30 petang : 3 orang daripada 7 lelaki tempatan ditahan AADK Betong & Aadk Negeri melalui Satu OPS PERDANA .

Ketua Operasi En Sapini berkata 3 individu yang dikesan positif dadah Jenis methamphetamine@syabu terdiri dari pelbagai bangsa dan berusia dalam lingkungan 21 hingga 39 tahun .Kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 3 akta penagih dadah rawatan dan pemulihan1983

Komuniti kita tanggungjawab kita

#unitedagainstdrugs

KEMALANGAN NGERI DI KM 84 JALAN BETONG SARIKEI ,SARATOK MLM TADIK

Menurut laporan polis,kereta yang dipandu mangsa telah masok ke laluan bertentangan dan bertembong dgn sebuah lori yg dlm perjalanan dari Kuching ke Sibu.

Pemandu kereta ,Jerry Bujang berumur 35 tahun berasal dari Belaga cedera parah di kepala dan badan , disahkan oleh unit perubatan maut di tempat kejadian.Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa telah dibawa ke unit Forensik Hospital Saratok

Kes disiasat di bawah Sek. 41(1) APJ 1987.