Category: Belaga

PENGHANTARAN BANTUAN UNTOK MANGSA BANJIR DI LONG KAJANG DAN LONG ABIT BELAGA

Pada (8 Jun 2109) rombongan selamat sampai ke Long Kajang pada 5.30 petang.

Untuk makluman umum, hujan lebat berterusan pada 04-06 Jun 2019 menyebabkan 2 buah kampung (Uma Penan Long Kajang & Uma Penan Long Abit) terputus hubungan.

Penghantaran bantuan dan rombongan juga turut menggunakan perahu/bot berikutan lokasi penempatan/kampung yang terletak di seberang & hilir sungai.

Seramai 183 orang mangsa dari 58 buah keluarga terlibat dari 2 buah kampung tersebut.

Simbolik penyerahan bantuan telah dibuat di Uma Penan Long Kajang pada jam 9 malam 08/06/2019 dan Uma Penan Long Abit pada keesokan harinya iaitu pada jam 12.18 petang 09/06/2019 oleh YB Kennedy Chuk Pai Ugon.

Agensi2 yg terlibat adalah Pejabat Daerah Belaga,Rombongan YB Kennedy Chuk Pai Ugon,APM ,LLP dan JKM.

Sumber:

APM Belaga

Sekretariat JPBD Belaga

Disediakan oleh:

Mej(PA) Ismail bin Mahedin

APM Sarawak

Sekretariat JPBN Sarawak

KEDUA2 MAYAT MANGSA BOT KARAM DI BATU KELING EMPANGAN BAKUN ,BELAGA TELAH DITEMUI

12/5/2019 @11.20 malam

mangsa pertama timbul dipermukaan air di lokasi yang sama bot terbalik. Mangsa dicam adalah Wahab Jabu melalui pakaian yang digunakan.

13/5/2019 @4 pagi

mangsa ke-2 dijumpai terapung dipermukaan air dalam jarak 6 kaki dari mangsa pertama dijumpai. Mangsa dicam adalah Law Yew Ngee melalui pakaian yang digunakan.

Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

MAYAT MANGSA KARAM BOT DI BATU KELING BELAGA DIJUMPAI MALAM TADI

Foto Jeti Bakun

kredit Margerita Murib

Mayat mangsa di temui terapong semalam

Mayat salah seorang mangsa bot karam ,Wahab Jabu 50an telah di temui oleh pasukan SAR terapong pada pukul 11.30 malam tadi.

Pada 11.05.19(Sabtu) ,bot yg dinaiki mangsa terbalik dan karam di Batu Keling Empangan Bakun,Belaga.Dua mangsa Wahab Jabu dan Law Yew Ngee 43 tahun dilaporkan hilang di bawa arus sungai yg deras.Pemandu bot Siring Angah 60 tahun berjaya menyelamatkan diri.

OPS SAR maseh berterusan bagi mencari seorang lagi mangsa yg belum ditemui.

Link pautan