Category: Bau

TERKINI : PAKCIK CHOO DOSING TELAH DI TEMUI SELAMAT

Warga emas Pakcik Choo Dosing 61 tahun yg dilaporkan hilang di kawasan hutan Kpg Rumih Opar Bau semalam telah ditemui oleh pasukan SAR pada jam 10.30 pagi tadi.

Semasa dijumpai pakcik sedang baring dibawah pokok dalam keadaan lemah tapi selamat.

Pakcik Choo seterusnya dibawa keluar oleh pasukan SAR dan dihantar ke hospital Bau oleh pihak APM.Operasi SAR ditamatkan pada jam 11 pagi.