Category: Bau

IBU DLM PERJALANAN KE HOSPITAL BERSALIN DI GERAI TANI KPG STENGGANG JLN BAU LUNDU

oleh Petrus Goel

Seorang wanita dari Lundu dalam perjalanan ke hospital selamat melahirkan anak lelaki di Gerai Tani Kampung Stenggang, jalan Bau Lundu pada pagi Ahad sebentar tadi.

Dimaklumkan mereka dalam perjalanan ke HUS dari Lundu tetapi dalam perjalanan menggunakan kenderaan sendiri, ibu sudah tidak dapat menahan dan mereka berhenti di Gerai Tani berkenaan.

Bayi disambut oleh seorang pembantu kesihatan/perubatan HUS dan dibantu beberapa penduduk kampung (antaranya juga jururawat perbidanan berasal kampung stenggang) yang juga berada di lokasi kebetulan selepas habis sembahyang hari ahad.

Ambulan daripada Hospital Bau telah datang dan membawa ibu serta bayi ke hospital. Dimaklumkan bayi dan ibu berada dalam keadaan yang baik. ‘Miracle Baby’.. 👶👶

HATI2 ANAK ANJING(WARNA CREAM) YG GIGIT DUA KANAK2 MASEH BEBAS DI KAWASAN TASIK BIRU

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak meminta bantuan penduduk di Tasik Biru, Bau untuk mengesan seekor anak anjing yang berkeliaran di kawasan tersebut.

Ini berikutan kejadian dua kanak-Kanak di Tasik Biru yang digigit oleh anak anjing peliharaan mereka, baru-baru ini.

Selepas kejadian, seekor daripada anak anjing tersebut telah dibuang oleh pemiliknya di kawasan Tasik Biru.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang menjalankan siasatan kemudiannya mengambil seekor lagi anak anjing yang masih disimpan pemiliknya.

Sampel anjing tersebut telah dihantar ke Makmal Diagnostik Veterinar pada 27 Jun lepas dan DISAHKAN POSITIF RABIES, semalam.

Orang ramai yang mungkin bersentuhan dengan anak-anak anjing tersebut termasuk dijilat dan digigit untuk pergi mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan dengan kadar segera.

PEMANDU DAN PENUMPANG KERETA TERSEPIT DLM KEMALANGAN DENGAN KERETA 4×4 DI JLN KPG BOGAG MENGHALA KE SERIKIN

Sepasang suami isteri dan bayi berusia 7 bulan nyaris maut selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux di Jalan Kampung Bogag, Bau di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.38 pagi itu mengakibatkan pemandu serta penumpang kereta mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Ebby Hirwandy bin Sabini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.38 pagi.

Jelasnya, sepasukan 14 anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kemalangan untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati pemandu kereta Toyota Vios masih berada dalam kereta, dalam keadaan cedera. Manakala isteri dan bayi telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa sebelum diberikan rawatan awal,” katanya di sini hari ini.

Ebby menambah, pemandu serta tiga penumpang Toyota Hilux pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada pukul 12.20 tegah hari,”ujarnya.

-wiraalam-SA

TERKINI : PAKCIK CHOO DOSING TELAH DI TEMUI SELAMAT

Warga emas Pakcik Choo Dosing 61 tahun yg dilaporkan hilang di kawasan hutan Kpg Rumih Opar Bau semalam telah ditemui oleh pasukan SAR pada jam 10.30 pagi tadi.

Semasa dijumpai pakcik sedang baring dibawah pokok dalam keadaan lemah tapi selamat.

Pakcik Choo seterusnya dibawa keluar oleh pasukan SAR dan dihantar ke hospital Bau oleh pihak APM.Operasi SAR ditamatkan pada jam 11 pagi.